Datuk Seri Najib Razak cuba mempertahankan kerajaan BN yang dipimpinnya
daripada tumbang kerana bimbang didakwa di mahkamah, terutamanya
berhubung dakwaan skandal pembabitan pembunuhan perempuan Mongolia,
Altantuya Shaaribuu seperti yang didedahkan dalam laman WikiLeaks, kata
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan
itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mempersoalkan media arus
perdana yang sengaja "memadam" menyiarkan dakwaan skandal berkenaan
seperti yang didedahkan oleh WikiLeaks.
"Sebab apa Najib mahu mempertahankan Putrajaya (kerana) takut didakwa (di mahkamah) kemudian hari... Mengapa media padam perkara (dakwaan) ini (daripada disiarkan)," katanya ketika menyampaikan ceramah di tapak pasar malam Taman Melati di Wangsa Maju malam semalam.

"Saya akan mempertahankan diri saya dan integriti saya. Saya mahu tanya Najib, adakah awak boleh mencabar Singapura agar membuktikan dakwaan itu. Itu sebabnya media Umno tidak berani melaporkan perkara itu.
"Apabila saya dituduh, saya akan melawan, tetapi apabila Najib dituduh apa beliau kata? Ini hanya perkara kecil," kata Anwar.
Dihantui Altantuya
Dalam ceramah itu, Anwar membaca petikan laporan pendedahan dalam WikiLeaks yang mendakwa masa depan Najib dihantui dengan skandal pembunuhan Altantuya.
Berikutan laporan dalam laman web berkenaan, Anwar juga mencabar Najib mengemukakan bukti berhubung dakwaan tersebut.
“Adakah kamu fikir saya ini bodoh untuk memasuki perangkap apabila tahu ia perangkap? Jangan cabar saya terlalu berlebihan! Saya akan dedahkan kes pembunuhan yang telah dilakukan dan cuba ditutup rapat.”
Dalam ceramahnya juga, Anwar turut menyelar bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew seperti yang didedahkan oleh WikiLeaks bahawa pegawai perisikan Singapura dan Australia percaya beliau memang terlibat dengan perilaku dalam tuduhan liwat yang sedang dihadapinya.
Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh - dalam ucapannya selama kira-kira 40 minit itu - menyifatkan perkara berkenaan sebagai "fitnah" dan mencabar pemimpin kanan itu mengemukakan bukti berhubung dakwaannya itu.

"Ada
bukti? Saya minta peguam saya menjawab. Ada bukti?... Lee Kuan Yew
(boleh) bawa ke mahkamah (dan) jadi saksi kepada Najib di mahkamah,"
katanya.
Menurut akhbar Australia, The Sun-Herald, kabel
Jabatan Negara Amerika yang bocor mendedahkan bahawa pegawai perisikan
Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew telah memberitahu pejabat
Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua
pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang
dihadapinya'."
“Wikileaks, apa bukti kamu, bawa Lee Kuan Yew ke mahkamah. Saya tidak peduli, kamu fikir saya buat atau tidak. Itu bukan urusan saya. Kamu ada rakaman video atau catatan doktor, bawa ke mahkamah.
“Wikileaks, apa bukti kamu, bawa Lee Kuan Yew ke mahkamah. Saya tidak peduli, kamu fikir saya buat atau tidak. Itu bukan urusan saya. Kamu ada rakaman video atau catatan doktor, bawa ke mahkamah.
"Ia fitnah kepada saya dan saya
akan mempertahankan (diri). Ada bukti, keluarkan video, keluarkan...
Bawa (bukti) ke mahkamah. Saya akan mempertahankan kehormatan saya. Ini
cara saya," katanya sambil mendapat sorakan daripada kira -kira 1,000
orang di ceramah berkenaan.
Kurang ajar sangat!
Selain
itu, Anwar juga membaca isi kandungan seperti yang didedahkan dalam
WikiLeaks yang mendakwa Najib adalah seorang yang "suka mengambil
kesempatan". Beliau juga meminta Singapura supaya tidak masuk campur
mengenai urusan Malaysia.
"Ini
bukan soal kamu... Kita (Pakatan Rakyat yang) lawan Najib.... Jaga
negara kamu, jangan sombong dan (jangan) kurang ajar sangat," katanya.
Dalam ceramah itu juga, Anwar turut membidas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melahirkan rasa ragu-ragu bahawa beliau adalah sasaran 'perangkap seks oleh musuhnya'.
"Dia sudah umur 80 tahun, jangan gaduh dengan dia. Jangan kacau... Orang dah umur 80 tahun, (sepatutnya) istighfar sudahlah," sindir Anwar sambil mendapat sorakan daripada hadirin.

Sebelum
mengakhiri ucapannya, Anwar menegaskan bahawa beliau tidak risau dengan
apa yang berlaku berhubung pendedahan dakwaan yang disiarkan dalam
laman WikiLeaks.
"Saya tidur masih nyenyak. Makan makanan enak. Isteri masih cantik dan setia. Alhamdulillah. Mereka mahu melemahkan kita, lagi banyak kita diserang, Alhamdulillah lagi banyak rakyat datang kepada kita.

Laungan reformasi dan takbir
"Kita ada komitmen dan keyakinan untuk membawa perubahan," katanya sambil melaungkan perkataan "reformasi dan takbir" sebanyak tiga kali yang kemudiaannya disambut oleh para hadirin.
"Kita ada komitmen dan keyakinan untuk membawa perubahan," katanya sambil melaungkan perkataan "reformasi dan takbir" sebanyak tiga kali yang kemudiaannya disambut oleh para hadirin.
Majlis
ceramah malam semalam - yang bermula jam 9 malam - turut dihadiri
antaranya Naib Presiden PKR Tian Chua; ahli parlimen Shah Alam Khalid
Samad, Exco Kerajaan Selangor Teresa Kok dan Ketua Angkatan Muda PKR
Shamsul Iskandar Md Akin.
Tian Chua (bawah, kanan) dalam ceramah itu berkata, pihaknya sedang berusaha supaya laporan WikiLeaks ini dibincangkan di Dewan Rakyat. Satu usul telah dibentangkan bagi membincangkan hal berkenaan.
“Kita mahu Dewan Rakyat bincangkan laporan terhadap Anwar dan juga dakwaan terhadap Najib berkaitan dengan pembunuhan terhadap Altantunya yang juga disebutkan dalam dokumen WikiLeaks ini,” katanya.
Sebelum
itu, semua penceramah yang hadir meringkaskan ucapan mereka untuk
memberi laluan kepada Anwar memberi penjelasan berhubung isu-isu semasa
yang dikaitkan dengan beliau setelah polis membenarkan waktu ceramah
hanya sehingga jam 10.30 malam.
Kira-kira 100 anggota polis
dikerahkan untuk memantau keadaan dan seawal jam 9.15 malam, mereka mula
berkeliaran di pentas mengingatkan penganjur supaya mematuhi kebenaran
masa yang ditetapkan. Tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan.
Semalam,
peguam Anwar mengumumkan pihaknya akan menyaman Lee Kuan Yew dan juga
Dr Mahathir yang berkata beliau yakin pemimpin Singapura itu tahu Anwar
melakukan liwat brkenaan.
Anwar mula menjelajah ke seluruh negara mulai semalam bagi menerangkan isu yang dihadapinya itu kepada rakyat. Esok, 16 Disember, beliau dijadualkan berada di Dataran Muhibbah, Kampung Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan dalam siri Ceramah Perdananya sehinggalah berakhir di Pulau Pinang pada 19 Disember ini.