BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Isnin, Disember 13, 2010

Hormati Perjanjian 1963, Pakatan Rakyat Janji Autonomi Penuh Kepada Sarawak

Timbalan Presiden parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Azmin Ali berjanji Sarawak akan diberikan kuasa autonomi sepenuh sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Berucap di hadapan lebih 300 penyokong Pakatan Rakyat pada majlis makan malam di Bintulu semalam, Azmin berkata ini berdasarkan kepada perjanjian 18 perkara yang ditandatangani oleh Sabah dan Sarawak pada 1963 ketika bersetuju menganggotai gagasan Persekutuan Malaysia.

“Sabah and Sarawak tidak menyertai Malaysia. Sabah dan Sarawak yang menwujudkan Malaysia bersama-sama negeri-negeri bersekutu Malaya,” kata Ahli Parlimen Gombak itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sarawak, Baru Bian hari ini.

Azmin juga membidas kepimpinan Barisan Nasional Sarawak yang didakwa bergelumang dengan budaya rasuah dan kronisme.

Beliau mencabar Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud agar membubarkan Dewan Undangan Negeri dengan serta merta jika BN yakin rakyat menyokongnya pada pilihan raya negeri nanti.
“Saya, Azmin, akan mempertahankan Sarawak dan akan berjuang untuk rakyat Sarawak. Agi idup agi ngelaban! (Selagi hidup, selagi itu berharap!)" said Azmin.

Baru Bian berkata kenyataan Azmin menghantar mesej jelas kepada rakyat Sarawak mengenai komitmen KEADILAN dan Pakatan Rakyat.

“Ini satu janji yang komited daripada KEADILAN untuk memperbetulkan segala kepincangan yang dilakukan oleh serta mengembalikan kehormatan dan maruah yang dipersetujui oleh pejuang kemerdekaan Sarawak 47 tahun dulu.

"Selama ini parti tempatan Sarawak mendabik dada mampu memenuhi kehendak dan keperluan rakyat Sarawak.

“Komitmen yang diberikan Azmin dengan jelas menunjukkan KEADILAN pada peringkat pusat memahami isu negeri dan mengambil langkah untuk memenuhi hasrat terbesar rakyat Sarawak  iaitu autonomi penuh," kata beliau dalam kenyataanya.



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB