BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Selasa, Jun 01, 2010

Tempoh 48 Jam Untuk Najib Adakan Sidang Khas Parlimen

Pakatan Rakyat hari ini memberi tempoh 48 jam kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengadakan Sidang Khas Parlimen bagi mengambil tindakan khusus bagi menyelamatkan rakyat Malaysia yang berada di atas kapal MV Mavi Marmara.

Najib juga diberi tempoh yang sama bagi membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Worldwide Sdn Bhd yang selama ini telah menjadi penasihat kepada Kerajaan Malaysia.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang berucap di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur pagi tadi mengeluarkan arahan yang tegas kepada Najib agar mengambil perkaran ini serius kerana rakyat sudah bangkit menentang kezaliman yang dilakukan oleh Israel.

"Pakatan Rakyat hari ini memberi tempoh 48 jam kepada Perdana Menteri untuk memanggil bagi mengadakan Sidang Khas Parlimen bagi membincangkan isu serangan Israel ke atas kapal yang membawa misi flotilla kebebasan yang menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza.

"Kita juga berikan kurang 48 jam untuk Najib membatalkan kontrak syarikat perundingan Apco Worldwide Sdn Bhd, kerana syarikat terbabit bersekongkol dengan rejim Zionis Israel yang zalim itu.

"Najib perlu ingat segala bentuk kewangan yang diberikan kepada Apco secara langsung akan disalurkan kepada Israel dan ini umpama kita membiayai pembelian nyawa seluruh rakyat Palestin dan juga rakyat Malaysia yang menyertai konvoi tersebut," kata beliau pada demonstrasi anti-Israel di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat tengahari tadi.

Mahfuz juga menjelaskan Pakatan memberi amaran kepada Kerajaan untuk menamatkan segala urusan perdagangan dengan Israel kerana tidak mahu wang rakyat Malaysia disalurkan di sana.

"Kita kecewa dengan tindak lembab Najib dalam menyatakan pendirian mereka semalam, Najib terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menyatakan pendirian sedangkan kejadian tersebut sudah berlakukan sejak dari pagi lagi.

"Kenapa kita perlu takut untuk menyatakan pendirian dalam menentang keganasan, seluruh masyarakat dunia menyatakan pendirian tetapi Kerajaan Malaysia pimpinan Najib berada dalam keadaan memerhati sebelum menyatakan pendirian mereka.

"Najib hanya menbuat kenyataan selepas didesak oleh pelbagai pihat yang menganggap kerajaan takut untuk terus berada dihadapan dalam membela nasib rakyat Malaysia yang turut sama dalam konvoi tersebut.

"Kita yakin tindakan lambat yang diambil oleh Najib kerana menunggu nasihat dari Apco agar teguran yang Najib lakukan itu tidak akan menyentuh soal Yahudi-Israel, dengan asalan bagi menjadi kepentingan Amerika terhadap malaysia," kata beliau lagi.

Beliau meyeru seluruh rakyat Malaysia menyertai perarakan demostrasi yang akan diadakan pada Jumaat ini, bermula dari Masjid Kampung  Baru hingga ke Kedutaan Amerika. 

Sebelum itu pada Khamis malam ini satu perhimpunan di adakan di Stadium Melawati Shah Alam dan wakil rakyat Palestin akan juga turut serta pada malam tersebut bagi memberi syarahan tentang kekejaman Israel.

Demostrasi di hadapan Kedutaan Amerika turut dihadiri pemimpin daripada Pakatan Rakyat bersama 1,000 penyokong dan juga badan bukan kerajaan. 

Satu memorandum telah diserahkan kepada Pegawai Kedutaan Amerika yang enggan memberi nama pada pukul 12.15 tengahari mendesak Kerajaan Amerika  mengambil tindakan ke atas rejim Zionis Israel.



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...