BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Selasa, Jun 01, 2010

Selepas Pulau Pinang, Selangor Turut Haramkan Judi Bola Sepak Piala Dunia 2010

Kerajaan Selangor tidak akan membenarkan mana-mana premis beroperasi di negeri ini untuk menjalankan aktiviti perjudian atau pertaruhan bola sepak.

Walaupun lesen perjudian bola sepak telah dikeluarkan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan mempunyai kuasa menghalang aktiviti perjudian bola sepak beroperasi di negeri ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata semua PBT telah diberi arahan supaya tidak mengeluarkan lesen perniagaan kepada mana-mana pihak bagi aktiviti perjudian bola sepak.

“Kerajaan Negeri melalui pihak berkuasa tempatan tidak akan teragak-agak untuk menutup mana-mana premis yang menjalan perjudian bola sepak secara haram,” tegasnya.

Sambil membantah  keputusan kerajaan Umno-BN mengeluarkan lesen perjudian sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia yang akan bermula Jun ini, Abdul Khalid berpendapat keputusan itu adalah langkah yang silap dan hanya menghalalkan segala penyakit sosial yang berterusan di negara ini.

"Tiada jaminan bahawa pemberian lesen perjudian itu akan menghapuskan perjudian haram, sebaliknya akan memburukkan lagi penyakit sosial menyebabkan golongan miskin yang sanggup menggunakan wang gaji atau simpanan untuk membuat pertaruhan.

"Keputusan kerajaan negeri diharap dapat mengelak orang ramai, sama ada Islam atau bukan Islam daripada terjerumus dengan perbuatan merugikan dan melalaikan itu," ujar beliau lagi.

Tambah beliau, kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat sepakat bahawa aktiviti perjudian adalah haram dan boleh meninggalkan kesan negatif kepada kehidupan sosial masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah.
 
Berikutan dengan keputusan tersebut, Selangor menjadi negeri kedua selepas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng turut mengarahkan PBT tidak mengeluarkan lesen untuk mengendalikan aktiviti judi bola sepak di negeri itu.
 


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...