Pakatan Rakyat hari ini memberi tempoh 48 jam kepada Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Razak untuk mengadakan Sidang Khas Parlimen bagi  mengambil tindakan khusus bagi menyelamatkan rakyat Malaysia yang berada  di atas kapal MV Mavi Marmara.
Najib juga diberi tempoh yang sama  bagi membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Worldwide Sdn Bhd  yang selama ini telah menjadi penasihat kepada Kerajaan Malaysia.
Naib  Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang berucap di hadapan Kedutaan  Amerika di Kuala Lumpur pagi tadi mengeluarkan arahan yang tegas kepada  Najib agar mengambil perkaran ini serius kerana rakyat sudah bangkit  menentang kezaliman yang dilakukan oleh Israel.
"Pakatan Rakyat  hari ini memberi tempoh 48 jam kepada Perdana Menteri untuk memanggil  bagi mengadakan Sidang Khas Parlimen bagi membincangkan isu serangan  Israel ke atas kapal yang membawa misi flotilla kebebasan yang  menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza.
"Kita juga berikan kurang  48 jam untuk Najib membatalkan kontrak syarikat perundingan  Apco Worldwide Sdn Bhd, kerana syarikat terbabit bersekongkol dengan  rejim Zionis Israel yang zalim itu.
"Najib perlu ingat segala  bentuk kewangan yang diberikan kepada Apco secara langsung  akan disalurkan kepada Israel dan ini umpama kita membiayai pembelian  nyawa seluruh rakyat Palestin dan juga rakyat Malaysia yang menyertai  konvoi tersebut," kata beliau pada demonstrasi anti-Israel di hadapan  Kedutaan Amerika Syarikat tengahari tadi.
Mahfuz juga menjelaskan  Pakatan memberi amaran kepada Kerajaan untuk menamatkan segala  urusan perdagangan dengan Israel kerana tidak mahu wang rakyat Malaysia  disalurkan di sana.
"Kita kecewa dengan tindak lembab Najib  dalam menyatakan pendirian mereka semalam, Najib terpaksa mengambil masa  yang agak lama untuk menyatakan pendirian sedangkan kejadian tersebut  sudah berlakukan sejak dari pagi lagi.
"Kenapa kita perlu takut  untuk menyatakan pendirian dalam menentang keganasan, seluruh masyarakat  dunia menyatakan pendirian tetapi Kerajaan Malaysia pimpinan Najib  berada dalam keadaan memerhati sebelum menyatakan pendirian mereka.
"Najib  hanya menbuat kenyataan selepas didesak oleh pelbagai pihat yang  menganggap kerajaan takut untuk terus berada dihadapan dalam membela  nasib rakyat Malaysia yang turut sama dalam konvoi tersebut.
"Kita  yakin tindakan lambat yang diambil oleh Najib kerana menunggu nasihat  dari Apco agar teguran yang Najib lakukan itu tidak akan menyentuh soal  Yahudi-Israel, dengan asalan bagi menjadi kepentingan Amerika terhadap  malaysia," kata beliau lagi.
Beliau meyeru seluruh rakyat  Malaysia menyertai perarakan demostrasi yang akan diadakan pada  Jumaat ini, bermula dari Masjid Kampung  Baru hingga ke Kedutaan  Amerika. 
Sebelum itu pada Khamis malam ini satu perhimpunan di  adakan di Stadium Melawati Shah Alam dan wakil rakyat Palestin akan juga  turut serta pada malam tersebut bagi memberi syarahan tentang  kekejaman Israel.
Demostrasi di hadapan Kedutaan Amerika  turut dihadiri pemimpin daripada Pakatan Rakyat bersama 1,000 penyokong  dan juga badan bukan kerajaan. 
Satu memorandum telah diserahkan  kepada Pegawai Kedutaan Amerika yang enggan memberi nama pada  pukul 12.15 tengahari mendesak Kerajaan Amerika  mengambil tindakan ke  atas rejim Zionis Israel.