BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Selasa, Disember 01, 2009

Pulau Pinang negeri ke dua haramkan BTN

Pulau Pinang hari ini menjadi negeri ke dua di Malaysia yang bertindak mengharamkan program indoktrinasi Biro Tata Negara (BTN) sekaligus mengikut jejak langkah Selangor pada 25 November lalu.

Ketua Menterinya Lim Guan Eng, berkata, beliau tidak melihat adanya keperluan untuk pegawai di negeri Pulau Mutiara itu untuk menjalani program tajaan BN itu yang disifatkannya sebagai propaganda politik semata-mata.


Menurutnya, program itu dianjurkan hanya untuk kepentingan BN bagi mempengaruhi pegawai kerajaan termasuk penuntut institusi pengajian tinggi awam atau swasta Pulau Pinang untuk menyokong BN.


“Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari pegawai kerajaan yang pernah mengikuti program BTN ia tidak lebih dari saluran proses doktrinisasi BN bagi melahirkan fenomena perkauman yang melampau.

“Kenyataan pemimpin Umno yang cuba menepis dakwaan keputusan kerajaan Selangor,” katanya.

Biro Tata Negara mengundang kontroversi selepas tujuh wakil rakyat Selangor menyerahkan memorandum menggesa penuntut di institut pendidikan milik kerajaan negeri dan penjawat awam negeri dilindungi dari program indoktrinasi BTN.

Memorandum tersebut menyatakan bahawa akal peserta BTN disusun-semula supaya membenci kaum Cina dan parti-parti yang tidak sealiran dengan Umno-BN.


Tujuh wakil rakyat itu ialah Amirudin Shari (Batu Caves), Lau Weng San (Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (Rawang).




Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB