BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Ahad, Disember 27, 2009

Menyambut Cabaran Dr Mahathir

Walaupun kami tidak percaya mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad serius, namun Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) mengalu-alukan cabaran beliau supaya pemerintah membentuk sebuah Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat pendedahan Barry Wain dalam buku tebarunya bahawa di bawah bekas PM itu lebih RM100 bilion lesap akibat rasuah dan pembaziran.

Sebenarnya Mahathir mencabar pemerintahan Umno-Bn yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak. Najib tidak perlu bertangguh-tangguh atau berdolak-dalik dan harus membentuk segera Suruhanjaya tersebut. Suruhanjaya itu hendaklah diberi bidang kuasa luas bagi menyiasat pendedahan Barry Wain dan juga mengkaji segela bentuk rasuah dan pembaziran yang dikaitkan dengan mantan PM Mahathir itu. Bahkan, jika perlu dan sesuai, Suruhanjaya ini boleh juga mengkaji segala yang belaku di bawah mantan PM Abdullah badawi, sebgaimana didakwa dan didesak oleh Mahathir.

Sesuai dengan “cabaran” Mahathir, Suruhanjaya ini hendaklah dianggotai bukan saja oleh hakim serta bekas hakim, tetapi juga tokoh-tokoh politik kerajaan serta bukan kerajaan dan tokoh-tokoh professional (misalnya dari golongan academia serta Majlis Peguam). Seharusnyalah ada jaminan supaya segala perakuan Suruhanjaya diambil tindakan oleh Kerajaan serta pihak berkuasa lain. Janganlah hendaknya ia ditimpa nasib seperti suruhajaya mengenai polis dan “Pita Lingam”.

Dr SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden KEADILAN

25 Disember 2009


Welcoming Dr Mahathir’s Challenge

Although we do not believe that former PM Dr Mahathir Mohamad is serious about it, nevertheless the People’s Justice Party (KEADILAN) welcomes his challenge that the government sets up an Independent Commission to investigate the exposure by Barry Wain in his latest book that under the former Prime Minister more than RM100 billion disappeared due to corruption and wastage.

Actually, Mahathir was throwing a challenge to the Umno-Bn government led now by Datuk Seri Najib Razak. Najib should not dilly dally or give excuses but instead quickly set up the Commission. It should be given wide powers to investigate the claims by Barry Wain as well as all forms of corruption and waste linked to former PM Mahathir. Indeed if necessary and appropriate, the Commission should also investigate into all hanky panky that occurred under former PM Abdullah Badawi, as claimed and urged by Mahathir.

Consistent with the challenge by Mahathir, the Commission members should consist not only of judges or retired judges, but also respected political personalities from government and opposition as well as from among the Professionals (like the academia and members of the Bar Council). Obviously there needs to be an assurance that all recommendations of the Commission will be acted upon. It should not suffer the fate of the police commission or the commission on “Lingam’s Tape”.


Dr SYED HUSIN ALI
KEADILAN Deputy President

25 December 2009


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB