BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Isnin, November 30, 2009

BTN : Yusmadi ketuai sekretariat kumpul pandangan rakyat

Penanti - Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff akan dilantik bagi mengetuai sebuah sekretariat bagi mengumpul pandangan rakyat berkaitan BTN yang selama ini dijadikan ejen indoktrinasi rejim BN.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, masyarakat yang mempunyai pengalaman dan pandangan berkaitan BTN boleh mengemukakannya kepada sekretariat yang akan ditubuhkan itu selain satu referendum akan dibuat berkaitan perkara itu dalam masa terdekat.

Beliau berkata demikian selepas mengumumkan pelantikan barisan baru kepimpinan AMK Pulau Pinang dalam majlis perhimpunan di Yayasan Aman, petang tadi.

Beberapa hari lalu, Yusmadi mencadangkan supaya kerajaan Pulau Pinang mencontohi Selangor berhubung isu BTN dan mengulangi cadangan itu pada perhimpunan tersebut.

Difahamkan, usul itu akan dicadangakan dalam persidangan Dun esok sebelum diluluskan.

Dalam majlis itu, Ketua AMK Permatang Pauh Amir Ghazali dilantik sebagai ketua AMK negeri yang baru menggantikan Yusmadi manakala Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Jerejak, Sim Tze Tzin sebagai timbalannya.

Ahmad Azrizal Tahir, Ong Chin Wen dan M.Muneswaran pula masing-masing dilantik sebagai Naib Ketua 1, 2 dan 3 manakala Syed Mikael Rizal Aidid sebagai Setiausaha dan Philip Thor sebagai Bendahari.



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...