BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Isnin, November 09, 2009

Konvensyen KeADILan Pulau Pinang


Dato' Seri Anwar Ibrahim semalam dalam caramahnya di Konvensyen KeADILan Pulau Pinang memberi amaran tegas kepada mana-mana pemimpin dan juga ahli yang enggan menerima perubahan pucuk pimpinan dan juga seringkali melahirkan rasa tidak puas hati kepada parti supaya meninggalkan parti jika tidak senang dengan apa yang di lakukan parti dan juga kepada ahli yang seringkali mengkritik secara terbuka pimpinan parti agar keluar dari parti dan menubuhkan parti sendiri.

"Kita tidak mahu ada yang hanya tahu mengkritik tetapi tidak membantu apa-apa, malahan ada pimpinan yang mahukan tindakan di ambil ke atas beberapa individu ahli parti, namun saya berlembut kerana mengenangkan jasa-jasa mereka, namun mereka juga perlu ingat bahawa mematuhi agenda dan perubahan parti itu penting untuk kita meneruskan perjuangan kita dan teruskan dengan lawan tetap lawan dan insyaAllah kita akan ke Putrajaya", demikian ucapan yang disambut dengan tepukan dari peserta yang hadir.

KeADILan baru-baru ini menerima sedikit tamparan apabila ADUN Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham telah keluar dari parti tersebut dan mengistiharkan dirinya calon BEBAS yang rapat dengan Umno.

Dalam hal ini DSAI menjelaskan bahawa soal ini adalah sesuatu yang diluar jangka pihak Parti kerana untuk pilihanraya akan datang KeADILan akan memastikan calon-calon yang dipilih adalah dari kalangan yang benar-benar komidted untuk bersama parti dan faham erti perjuangan parti.

"Jangan kita kesal dengan ada beberapa kerat yang telah meninggalkan parti. Biarkan mereka, namun kita akan pastikan pada pilihanraya akan datang calon yang akan kita pilih adalah calon yang benar-benar mahu bersama KeADILan dan juga setia bersama parti" demikian jelas beliau lagi.



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...