BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Isnin, Julai 28, 2008

TUDUHAN LIWAT HANYA REKAAN Laporan Doktor Mengesahkan Saiful Tidak Diliwat

Petaling Jaya

Ternyata tuduhan liwat terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim merupakan konspirasi politik yang bertujuan untuk membunuh karier politik beliau. Menurut laporan perubatan dari doktor yang memeriksa tubuh Mohd Saiful Bukhari Azlan mengesahkan tiada kesan yang menunjukkan dia diliwat.
Laporan yang telah didedahkan melalui laman web Malaysiatoday, menyatakan bahawa pada 28 Jun yang lalu Saiful menemui Doktor Mohamed Osman Abdul Hamid di Hospital Pusrawi mengadu dia merasa sakit di dubur ketika membuang air besar. Tetapi sebaik sahaja pemeriksaan dibuat ke atas tubuh Saiful mengesahkan tiada sebarang kesan liwat seperti yang didakwanya.
Dalam diagnosisnya di muka surat dua laporan itu, Doktor Mohamed mencatitkan TRO (to rule out) assault, ertinya menolak sebarang kemungkinan serangan (liwat). Ringkasnya Saiful tidak merasa sakit seperti yang didakwa dan dia juga tidak diserang (diliwat). Dalam laporan itu juga, dicatitkan 'plan to do police report', tujuan Saiful untuk membuat laporan polis selepas pemeriksaan itu. Difahamkan Doktor Mohamed mencadangkan supaya Saiful membuat satu lagi pemeriksaan perubatan di hospital kerajaan.
Saiful kemudian membuat pemeriksaan perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 4 petang hari yang sama, dimana difahamkan doktor di situ juga memperakukan laporan perubatan yang dibuat oleh Doktor Mohamed. Pada kira-kira jam 6 petang, Saiful kemudian membuat laporan polis di pondok polis HKL menyatakan beliau telah diliwat oleh Anwar Ibrahim.
Daripada sumber yang diperolehi oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shahrin yang mendedahkan bahawa Ezam Mohd Nor mungkin terlibat di dalam konspirasi kedua ini. Hujah ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan Ezam bahawa akan berlaku terhadap Anwar tuduhan yang sama tetapi watak yang berbeza, di dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Gerak di ibu pejabat organisasi tersebut di Kelana Jaya empat bulan lalu.
"Daripada percakapan itu Ezam membayangkan bahawa beliau mengetahui sesuatu akan berlaku ke atas Anwar dalam masa terdekat," Badrul mendedahkan. Badrul mendakwa Ezam juga membuat pertemuan sulit dengan Saiful sehari sebelum beliau membuat laporan polis tersebut iaitu sehari selepas Saiful mengadakan pertemuan dengan Najib. -sumber Suara Keadilan


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB