BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Sabtu, Julai 19, 2008

Perasmian Pusat Khidmat Rakyat ADUN Sungai Bakap


Sungai Bakap, 19hb Julai : Satu majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Rakyat serta Perasmian Pusat Khidmat Rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Sungai Bakap, YB Tuan Haji Maktar bin Haji Shapee telah diadakan di perkarangan Pusat Khidmat tersebut. Aturcara bermula dari 4.30 petang hingga 7.00 petang.

Tetamu yang hadir adalah dari kalangan ahli-ahli baru Parti Keadilan Rakyat Bahagian Nibong Tebal, manakala jemputan-jemputan khas terdiri daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan jabatan-jabatan kerajaan yang berdekatan. Pusat Khidmat Rakyat ADUN Sg. Bakap ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Zahrain Mohd Hashim, ahli parlimen Bayan Baru merangkap Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pulau Pinang.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Encik Mustafa Kamal (Pengarah Pilihanraya Negeri), Dr. Mansor (MPT Keadilan Pusat), YB Tuan Haji Abdul Malik (Exco Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna), YB Tan Beng Huat (ADUN Jawi) dan YB Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal).

Para hadirin telah disajikan jamuan ringan dengan laksa, bubur kacang dan sedikit kuih muih. Juga diadakan cabutan bertuah sebagai pelengkap majlis.

Jawatankuasa Penganjur Program ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada para jemputan yang hadir memeriahkan majlis tersebut terutamanya kepada Unit Keselamatan dan Urusetia yang bertungkus lumus menjayakan Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Rakyat serta Perasmian Pusat Khidmat Rakyat ADUN Sg. Bakap.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB