BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Sabtu, Julai 05, 2008

Kenyataan Rasmi KeADILan Berhubung Penarikan Semula Akuan Bersumpah Balasubramaniam

Semalam, di bilik sidang media ini, dan dengan kehadiran kebanyakan daripada anda sekali lagi, En Bala Subramaniam telah mengeluarkan perakuan bersumpah yang menampilkan bukti terhadap pelakuan jenayah menyembunyikan bahan bukti serta pembohongan terhadap kes bunuh Altantuya.

Dihadapan ramai hadirin, En Bala mempertahankan kenyataan bersumpahnya, tetapi menjawab kepada satu soalan, beliau mengakui bimbangkan keselamatan peribadinya berikutan kuasa dan kedudukan individu yang beliau kaitkan.

Saya berasa bimbang malam tadi, dalam apa carapun dan seperti yang En Bala risaukan, satu lagi jenayah telah berlaku.

Satu jenayah yang menyebabkan En Bala, pagi tadi telah menarik balik akuan bersumpah yang telah dibuatnya pada 1 Julai lalu yang telah beliau dedahkan kepada umum.

Kami juga menyedari bahawa setiap baris tertentu dalam kenyataan baru yang telah dibuat telah dibuang khususnya ayat yang mengaitkan nama Timbalan Perdana Menteri.

Episod sedih ini, mengesahkan seperti apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam - bahawa wujud corak yang konsisten memanipulasi sistem keadilan di negara kita.

Malam tadi telah menyaksikan satu lagi perbuatan memanipulasikan bukti yang berkaitan dengan perbicaraan pembunuhan yang amat penting.

Kami sangat berpuashati bahawa kenyataan bersumpah pertama En Bala dibuat secara sukarela dengan niat bahawa kebenaran tidak boleh lagi disembunyikan daripada rakyat - bahawa amat penting bagi kita untuk mengetahui mengenai rahsia yang disimpannya sejak Oktober/November 2006 lalu.

Keyakinan kita terhadap kenyataan bersumpah yang asal berdasarkan maklumat yang diberikan kepada kita oleh En. Americk singh Sidhu serta berdasakan permerhatian kami terhadap En Bala sendiri.

Untuk rekod, kenyataan bersumpahnya telah pertama kali ditunjukkan kepada kami pada hari Rabu, 2 Julai, iaitu sehari selepas akuan sumpah itu dibuat bersama peguamnya pada selasa, 1 hb Julai.

Kini, persoalan utama yang timbul adalah - mana satukah akuan bersumpah yang dibuat mewakili kebenaran? Inilah persoalan yang mesti diambil tindakan terlebih dahulu oleh Suruhanjaya DiRaja yang kami gesa ditubuhkan sertamerta.

Hakikat bahawa penarikan balik itu dibuat begitu pantas dan dimana keadaan yang menyaksikan En Bala berkata beliau diugut untuk membuat akuan bersumpah tetapi tidak menamakan pihak yang membuat ugutan menunjukkan keadaan itu sendiri.

Siapa yang memiliki motif untuk menghantar En Bala membuat dakwaan yang merosakkan terhadap, polis, kamar pendakwa raya dan Datuk Seri Najib dengan idea bahawa beliau kemudian akan menarik balik kenyataannya serta merta? Begitu sukar untuk meneka siapa.

Bagaimanapun, siapa yang mempunyai motif untuk mengugut En Bala menarik balik serta merta kenyataannya malam tadi? Sudah tentu, dari kandungan akuan sumpahnya yang pertama, beberapa orang mempunyai kepentingan.

Kami mendesak Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat persoalan utama yang dinyatakan di atas - mana satukah perakuan bersumpah yang mewakili kebenaran?

Isu ini mesti dipersoalkan dalam perbicaraan Altantuya oleh kedua-dua pihak supaya kebenaran akan dapat diwujudkan. Lagipun, pihak pendakwa sekarang perlu bertanggungjawab untuk menyiasat kembali kesemua dakwaan En Bala.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
Sivarasa Rasiah

4 Julai 2008, Petaling Jaya, Malaysia



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB