BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Rabu, Julai 02, 2008

PKR JADI PILIHAN

SEJAK kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), PKR Bahagian Nibong Tebal telah menerima kemasukan ahli yang diluar jangkaan. PKR telah menjadi pilihan utama rakyat kerana mereka yakin dengan agenda yang dibawa oleh parti yang tiada sempadan kaum ini.

Menurut Ketua Unit Politik yang juga Timbalan Ketua Bahagian, Hj Mohd Kamil Bin Abu Bakar yang lebih mesra dipanggil Hj Wan (gambar), kemasukan ahli baru kini telah melebihi 1,500 orang sejak PKR diumumkan menang di Kawasan Parlimen Nibong Tebal dan Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap. Sepanjang Mac sebanyak 11 Daerah Mengundi telah menubuhkan cawangan.

"Penubuhan Cawangan di Sungai Buaya, Sungai Udang, Sungai Tok Tuntong, Sungai Chenaam, Teluk Ipil, Tasek Cempedak, Sungai Bakau, Taman Ilmu, Jalan Bukit Panchor, Padang Lalang dan Taman Puteri Gunung, diharap akan menjadi pemangkin kepada kawasan-kawasan lain untuk menubuhkan Cawangan sebagai penghubung di antara parti dengan rakyat."

"Kita juga meletakkan tanggungjawab kepada semua Cawangan supaya menyalurkan maklumat dan aduan rakyat marhain untuk diambil tindakan oleh Pusat Khidmat Ahli Yang Berhormat." ujar beliau. PKR Bahagian Nibong Tebal menjangkakan akan mendapat permohonan keahlian yang berterusan dan mensasarkan menerima permohonan seramai 3,000 orang menjelang Ogos 2008.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB