BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Isnin, Julai 28, 2008

TUDUHAN LIWAT HANYA REKAAN Laporan Doktor Mengesahkan Saiful Tidak Diliwat

Petaling Jaya

Ternyata tuduhan liwat terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim merupakan konspirasi politik yang bertujuan untuk membunuh karier politik beliau. Menurut laporan perubatan dari doktor yang memeriksa tubuh Mohd Saiful Bukhari Azlan mengesahkan tiada kesan yang menunjukkan dia diliwat.
Laporan yang telah didedahkan melalui laman web Malaysiatoday, menyatakan bahawa pada 28 Jun yang lalu Saiful menemui Doktor Mohamed Osman Abdul Hamid di Hospital Pusrawi mengadu dia merasa sakit di dubur ketika membuang air besar. Tetapi sebaik sahaja pemeriksaan dibuat ke atas tubuh Saiful mengesahkan tiada sebarang kesan liwat seperti yang didakwanya.
Dalam diagnosisnya di muka surat dua laporan itu, Doktor Mohamed mencatitkan TRO (to rule out) assault, ertinya menolak sebarang kemungkinan serangan (liwat). Ringkasnya Saiful tidak merasa sakit seperti yang didakwa dan dia juga tidak diserang (diliwat). Dalam laporan itu juga, dicatitkan 'plan to do police report', tujuan Saiful untuk membuat laporan polis selepas pemeriksaan itu. Difahamkan Doktor Mohamed mencadangkan supaya Saiful membuat satu lagi pemeriksaan perubatan di hospital kerajaan.
Saiful kemudian membuat pemeriksaan perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 4 petang hari yang sama, dimana difahamkan doktor di situ juga memperakukan laporan perubatan yang dibuat oleh Doktor Mohamed. Pada kira-kira jam 6 petang, Saiful kemudian membuat laporan polis di pondok polis HKL menyatakan beliau telah diliwat oleh Anwar Ibrahim.
Daripada sumber yang diperolehi oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shahrin yang mendedahkan bahawa Ezam Mohd Nor mungkin terlibat di dalam konspirasi kedua ini. Hujah ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan Ezam bahawa akan berlaku terhadap Anwar tuduhan yang sama tetapi watak yang berbeza, di dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Gerak di ibu pejabat organisasi tersebut di Kelana Jaya empat bulan lalu.
"Daripada percakapan itu Ezam membayangkan bahawa beliau mengetahui sesuatu akan berlaku ke atas Anwar dalam masa terdekat," Badrul mendedahkan. Badrul mendakwa Ezam juga membuat pertemuan sulit dengan Saiful sehari sebelum beliau membuat laporan polis tersebut iaitu sehari selepas Saiful mengadakan pertemuan dengan Najib. -sumber Suara Keadilan

Selasa, Julai 22, 2008

Membahas Ucapan TYT Yang Di-Pertua Negeri bagi Sidang DUN (Teks Ucapan YB Ust. Maktar)

Saya bersyukur kehadrat Allah s.w.t. kerana hasrat yang saya kemukakan dalam masa kempen pilihanraya dahulu, iaitu “Sokonglah saya, Insya Allah saya akan mengetengahkan Fikrah-Fikrah Islamiah dalam Dewan Undangan Negeri”.

Petikan Ucapan saya adalah seperti berikut :

YB. Tuan Speaker, saya mohon menyokong cadangan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun kerana berkenan melafazkan ucapannya dalam Dewan yang mulia, kali ini.

YB. Tuan Speaker, banyak perkara yang boleh disentuh dalam ucapan Tuan Yang Terutama Tun, apa yang dibahaskan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sejak kelmarin dan insya Allah besok juga adalah mengenai benda, projek itu dan ini, program itu dan ini, semuanya adalah benda. Tetapi saya ingin bercakap mengenai orang, kerana orang yang mengurus benda. Kalau orang tidak sempurna sudah tentu perkara dan urusan yang dibuat juga tidak akan sempurna.

Mari kita ingat semula petikan seruan terakhir dari ucapan Tuan Yang Terutama Tun, iaitu

“Saya sekali lagi menyeru semua Ahli-Ahli Yang Berhormat agar menjalankan tugas yang diamanahkan oleh rakyat dengan ikhlas, jujur dan behemah demi kepentingan negeri yang kita cintai”.

Seruan ini merupakan seruan kepada semua kita, tidak kira pihak kerajaan mahupun pembangkang, Ahli-Ahli Yang Berhormat serta ketua-ketua jabatan yang terdapat dalam dewan ini.

Perkhidmatan harus diberi kepada semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum, pegangan agama dan fahaman politik. Kerana mereka adalah rakyat negeri ini dan kita dipilih oleh sebahagian besar daripada mereka.

Perkhidmatan yang diberi haruslah terbit dari hati yang IKHLAS, terbit dari hati yang suci, secara JUJUR dan BERHEMAH yakni berbudi pekerti yang tinggi.

Untuk mencapai saranan tersebut, juga sesuai dengan minat YAB Ketua Menteri yang ingin menerapkan nilai-nilai pentadbiran Umar Abd Aziz dalam pentadbiran negeri Pulau Pinang ini. Maka pendekatan utama yang perlu diambil oleh setiap orang dari kita ialah :

Pertama : Saling tolong menolong
Kedua : Saling nasihat menasihati.

Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah Al Maidah ayat 2 : (dengan izin)

".... وتعاونوا على البر واتقوا ولا تعاونوا على الاثم والعدوان واتقوا الله ان الله شديد العقاب"

“….. Hendaklah kamu bertolong-tolongan atas kebaikan dan kebaktian, dan jangan kamu bertolong-tolongan atas dosa dan permusuhan. Dan hendaklah takut kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah itu sangat keras seksanya”.

Marilah kita saling tolong menolong dalam melaksanakan projek-projek yang membawa faedah kepada rakyat. Jangan tolong dalam perkara-perkara yang merosakkan negeri dan rakyat.

Tolonglah kita bila kita mengharapkan pertolongan Ahli-Ahli yang berhormat, secara jujur dan ikhlas demi kemajuan negeri dan rakyat. Sentiasalah ingat dengan firman Allah yang disebutkan tadi. Di mana ada kebaikan, kita tolong di sana. Di mana ada kerosakan kita tolong juga, dengan cara MENASIHATI. Iaitu pendekatan yang kedua. Jangan mengambil sikap biarlah, lingkup pi lah, nanti yang rosak bukan negeri lain, negeri kita juga, dan begitu bangsa kita dan rakyat kita juga. Secara JUJUR dan IKHLAS.

Tentang Nasihat; Perkataan nasihat adalah suatu perkataan yang memang sebati dengan Islam, sebab itu baginda Muhammad s.a.w. menyebut Ad Dinun Nasihah (dengan izin) ertinya Agama itu adalah Nasihat. Yakni hendak mencapai kejayaan sesuatu urusan dalam Islam, perlu menggunakan pendekatan Nasihat. Jika diabaikan pasti gagal dan rugi. Seperti mana firman Allah dalam surah Al Asr:

“Demi masa manusia sentiasa dalam kerugian, kecuali … antara lain… nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran”

Oleh itu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru pihak pembangkang membantu pentadbiran kerajaan negeri sekarang ini dengan pendekatan Nasihat, bukan pendekatan Membangkang semata-mata. Kerana membangkang semata-mata adalah jelas tidak baik dan tidak pernah tercatat dalam mana-mana sejarah sama ada pendidikan, mahupun pentadbiran, malah apa jua berjaya melakukan sebarang kejayaan. Kerana ramai di kalangan mereka terdiri dari orang-orang yang berpengalaman.

Bercakap tentang pengalaman, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyokong tindakan YAB Ketua Menteri yang telah melantik tokoh daripada Gerakan menganggotai Jawatankuasa kerja Invest Penang. Kerana beliau ada kepakaran dalam bidang tersebut dan kita perlukan kepakarannya, kita jemput dan beliau bersedia membantu kita, maka kita dengan berlapang dada mengalu-alukan semua pihak membantu demi kepentingan negeri yang tercinta ini.

Sikap keterbukaan kita, kita tunjukkan lagi, apabila YB. Batu Maung merangkap Exco Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna melancarkan projek Consumer Watch atau Pemantau Pengguna dan melantik ahli-ahlinya terdiri dari semua Ahli-Ahli yang berhormat seluruh negeri, tak kira kerajaan atau pembangkang. Tetapi di kalangan kita ada yang tidak sanggup bekerjasama apakan daya. Sedangkan projek ini adalah projek yang baik bertujuan membantu pengguna-pengguna dalam mengawal harga barang mengikut pendekatan baru iaitu secara perbincangan dan Nasihat bersama pekedai-pekedai.

Akhir sekali, jika kita dapat membentuk sebuah pasukan pentadbiran negeri yang saling bantu membantu dan nasihat menasihati dalam semua bidang demi kebaikan rakyat, maka kita akan melihat Negeri Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang cukup cemerlang dan mendapat Rahmat daripada Allah s.w.t. dunia dan akhirat.

Isnin, Julai 21, 2008

Pengerusi JKKK mula berkhidmat


Nibong Tebal, 21 Julai : Setiap kawasan kampung dan taman perumahan kini mempunyai wakil-wakil yang dilantik oleh Kerajaan Negeri iaitu JKKK. Segala permasalahan rakyat kini boleh dikemukakan kepada JKKK tersebut. Malah fungsi JKKK itu juga sebagai penghubung diantara rakyat dan ADUN. Apa saja perancangan dan perlaksanaan yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri akan disalurkan melalui ADUN seterusnya kepada JKKK.

Kutipan Pasar Malam dan Dewan JKKK sedia ada adalah dibawah JKKK. Menurut YDP MPSP semasa taklimatnya kepada ADUN-ADUN Kerajaan Negeri, semua pasar malam dan pasar siang adalah dibawah kelolaan JKKK dan MPSP tidak membenarkan mana-mana Persatuan dan Pertubuhan untuk mengelola pasar-pasar tersebut. Sumber kutipan tersebut akan digunakan oleh JKKK untuk kegunaan pembangunan masyarakat setempat.

Manakala Dewan JKKK pada dasarnya adalah kepunyaan Kerajaan Negeri, segala barang yang ada di dalam dewan tersebut akan di Audit terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada JKKK Negeri. Walaupun terdapat di sesetengah tempat Dewan tersebut telah ditukar namanya kepada Dewan JKKP, tetapi untuk makluman JKKP tidak mempunyai sebarang dewan pun kerana mereka dibayar elaun oleh Kerajaan Persekutuan dan perlu menggunakan bangunan milik Kerajaan Persekutuan sahaja untuk beroperasi. Oleh itu JKKK Negeri boleh mengambilalih Dewan dan Pasar Malam berkuatkuasa dari tarikh perlantikan iaitu 1 Julai 2008.

Walau bagaimanapun, terdapat juga masalah yang timbul di dalam perlantikan Pengerusi JKKK di beberapa kawasan seperti Tasek, Sri Ampangan dan Sungai Acheh. Seperti sedia maklum, senarai calon Pengerusi JKKK harus melalui dan dipersetujui oleh ADUN dan Ketua Bahagian sebelum diserahkan kepada Kerajaan Negeri untuk proses pentauliahan. Tetapi malangnya di ketiga-tiga kawasan tadi terdapat ’tangan-tangan ajaib’ yang mengetepikan tugas-tugas ADUN dan Ketua Bahagian. Senarai nama Pengerusi JKKK yang diserahkan oleh Pusat Khidmat ADUN kepada Negeri, telah dihapuskan dan diganti dengan nama yang diberikan oleh mereka.

Parti Keadilan Rakyat Bahagian Nibong Tebal memandang serius perkara ini kerana ia boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap parti pemerintah. Hal ini telah dibangkitkan oleh Ketua Umum, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa taklimat beliau kepada wakil-wakil rakyat PKR pada April lalu bahawa perlantikan JKKK harus dilakukan sewajarnya oleh ADUN dan Kerajaan Negeri. Ahli Parlimen tidak boleh mencampuri urusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri kerana Ahli Parlimen masih pembangkang di Malaysia. Satu perkara yang ditekankan juga oleh beliau ialah kawasan majoriti Melayu-pengerusinya Melayu, majoriti Cina-pengerusinya Cina dan kawasan yang majoritinya India mesti diletakkan pengerusinya India. Ini adalah perkara yang sepatutnya berlaku demi keadilan dan kesaksamaan kepada semua kaum.

Sabtu, Julai 19, 2008

Perasmian Pusat Khidmat Rakyat ADUN Sungai Bakap


Sungai Bakap, 19hb Julai : Satu majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Rakyat serta Perasmian Pusat Khidmat Rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Sungai Bakap, YB Tuan Haji Maktar bin Haji Shapee telah diadakan di perkarangan Pusat Khidmat tersebut. Aturcara bermula dari 4.30 petang hingga 7.00 petang.

Tetamu yang hadir adalah dari kalangan ahli-ahli baru Parti Keadilan Rakyat Bahagian Nibong Tebal, manakala jemputan-jemputan khas terdiri daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan jabatan-jabatan kerajaan yang berdekatan. Pusat Khidmat Rakyat ADUN Sg. Bakap ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Zahrain Mohd Hashim, ahli parlimen Bayan Baru merangkap Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pulau Pinang.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Encik Mustafa Kamal (Pengarah Pilihanraya Negeri), Dr. Mansor (MPT Keadilan Pusat), YB Tuan Haji Abdul Malik (Exco Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna), YB Tan Beng Huat (ADUN Jawi) dan YB Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal).

Para hadirin telah disajikan jamuan ringan dengan laksa, bubur kacang dan sedikit kuih muih. Juga diadakan cabutan bertuah sebagai pelengkap majlis.

Jawatankuasa Penganjur Program ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada para jemputan yang hadir memeriahkan majlis tersebut terutamanya kepada Unit Keselamatan dan Urusetia yang bertungkus lumus menjayakan Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Rakyat serta Perasmian Pusat Khidmat Rakyat ADUN Sg. Bakap.

Jumaat, Julai 18, 2008

Lawatan TYT Yang Di-Pertua Negeri ke Hospital Sungai Bakap


SUNGAI BAKAP : Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas telah melawat Hospital Sungai Bakap (HSB) pada 17hb Julai yang lalu.

Dalam rangka lawatan tersebut TYT turut menziarahi pesakit-pesakit di wad sambil bertanyakan khabar disamping memberikan sedikit buah tangan untuk mereka. Semasa jamuan disajikan, kakitangan HSB turut menyediakan kek bersempena dengan sambutan hari jadi TYT yang ke 70.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Menteri Kesihatan, Exco Kesihatan Negeri; YB Phee Boon Poh, Pengarah Kesihatan Negeri, Speeker DUN; YB Abdul Halim Hussain, ADUN Sg. Bakap; YB Hj. Maktar Shapee, ADUN Jawi; YB Tan Beng Huat dan ketua-ketua jabatan di Daerah Seberang Perai Selatan.

Khamis, Julai 17, 2008

DATO' SERI ANWAR DIFITNAH!! Satu Konspirasi Politik

MATLAMAT KE PUTRAJAYA SUDAH HAMPIR
Sejak kemenangan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri, kerajaan Barisan Nasional terus bergolak. Sokongan telah beralih kepada DSAI dan ramai Wakil Rakyat BN ingin menyertai Pakatan Rakyat. Ini menyebabkan pemimpin UMNO tertekan, terutamanya Najib Razak. Dia mengidamkan kerusi Perdana Menteri (PM). Jadi untuk merealisasikan impiannya dia terpaksa menyusun strategi dan merancang konspirasi FITNAH terhadap DSAI. Mereka percaya dengan menghapuskan DSAI akan selesai segala masalah yang timbul ini kerana hanya DSAI saja dirasakan satu-satunya calon yang paling layak menjadi PM.

AKUAN BERSUMPAH RAJA PETRA TENTANG KAITAN NAJIB DAN ALTANTUYA
Dengan Akuan Bersumpah dari penulis blog terkenal Raja Petra tentang keterlibatan Najib dengan Altantuya, menambahkan lagi kerisauan dan ketakutan Najib. Kes ini boleh menghalang Najib dari menjadi PM. Untuk menutup kes ini dan mengalihkan perhatian rakyat, satu KONSPIRASI FITNAH telah direkacipta oleh Najib dan konco-konconya.

BUKTI PENGLIBATAN GHANI PATAIL DAN MUSA HASSAN DALAM PENYELEWENGAN FAKTA
DSAI telah mengumumkan tentang bukti baru yang akan dibawa ke mahkamah tentang penglibatan Peguam Negara, Ghani Patail dan Ketua Polis Negara, Musa Hassan dalam penyelewengan fakta kes mata lebam. Bukti ini telah menyebabkan kedua-dua individu yang terlibat bingung dan gelabah. Jalan yang terbaik ialah mengalihkan perhatian rakyat dengan ulangan FITNAH terhadap DSAI.

KEMARAHAN RAKYAT TERHADAP KERAJAAN BARISAN NASIONAL
Kenaikan harga minyak sehingga 40% menyebabkan kenaikan harga ke atas hampir semua barang. Ini juga menyebabkan kehidupan rakyat semakin tertekan. Rakyat hilang kepercayaan kepada BN. Rakyat mula menunjukkan kemarahan terhadap kerajaan melalui SMS dan tulisan di blog-blog. Menyedari masalah yang semakin membengkak, pemimpin UMNO mula gelisah dan mengatur rancangan untuk menyekat perkara ini dari terus merebak. Perhatian rakyat, terutamanya Melayu perlu dialih kepada satu perkara yang lebih besar. Jadi ulangan FITNAH terhadap DSAI adalah jawapannya. Disamping mengalihkan perhatian rakyat, ianya dapat menghalang DSAI dari menjadi PM.

MENGALIH TUMPUAN RAKYAT DARI MASALAH SEBENAR

Perhatian rakyat sekarang ini tertumpu kepada pergolakan di dalam kepimpinan BN terutamanya UMNO. Kenaikan harga minyak dan barang keperluan, kelemahan kepimpinan Abdullah serta isu keterlibatan Najib dengan kes kematian Altantuya juga menjadi topik utama cakap-cakap di kedai-kedai kopi, pejabat hingga ke padang golf serta SMS dan internet. Amat merbahaya bagi UMNO terutamanya Najib untuk membiarkan perkara ii berterusan. Maka tercetuslah idea FITNAH fasa 2 terhadap DSAI untuk mengalihkan isu sebenar yang dihadapi BN.

RAKYAT PERLU BERTINDAK!!

Keselamatan Dato' Seri Anwar Ibrahim semakin terancam, kerana misi sebenar pemimpin BN khasnya Najib ialah menghapuskan DSAI samada dari alam baqa' mahupun penglibatan dalam dunia politik. Seandainya DSAI bersama Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Pusat, maka berbondong-bondonglah pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional akan dibicarakan di Mahkamah lalu terus dihumban ke penjara. Jesteru itu demi survival politik penjenayah-penjenayah ini, mereka sanggup melakukan apa saja.

Sebagai rakyat Malaysia yang impikan kehidupan yang lebih selesa dan aman kita perlu lakukan sesuatu. Oleh itu perkara yang terdaya bagi kita terutamanya umat Islam ialah SOLAT HAJAT. Laksanakanlah SOLAT HAJAT tersebut secara perseorangan atau berjamaah 3 malam berturut-turut, kerana hanya inilah sahaja senjata yang kita ada demi menghancurkan kezaliman dan kemungkaran lantas menegakkan keadilan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

'Bersama Menghapuskan Kemungkaran'

Ahad, Julai 13, 2008

Tahniah kepada Presiden...


Georgetown, 12hb Julai 2008 - Sempena Ulangtahun Yang Dipertuan Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abas hari ini, Presiden Parti Keadilan Rakyat Dr Wan Azizah Wan Ismail dikurniakan darjah tertinggi Pulau Pinang: Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Dato' Seri.

Ketokohan dan kekentalan semangat beliau tidak boleh dinafikan malah terlalu sukar untuk mencari wanita seperti beliau di negara ini. Sebagai isteri, ibu dan pemimpin kebangkitan rakyat, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengharungi kancah politik tanpa suami yang dipenjarakan selama 6 tahun. Beliau menjadi ikon gerakan reformasi selepas suaminya dipecat dan dihukum atas tuduhan rasuah dan sodomi pada 1998. Mengepalai jutaan rakyat menuntut reformasi di seluruh negara, Dr Wan Azizah Wan Ismail diangkat sebagai Presiden Parti Keadilan Nasional (keADILan) yang ditubuhkan pada 1999, dan seterusnya Parti Keadilan Rakyat pada 2002.

Selepas Tsunami politik melanda pada Pilihan Raya Umum ke-12, Dr Wan Azizah Wan Ismail telah diberi penghormatan oleh rakan-rakan Pakatan Rakyat selaku Ketua Pembangkang di Parlimen. Perlantikan beliau melakar satu lagi sejarah, menjadikannya wanita pertama dilantik Ketua Pembangkang di negara ini.

Warga Editorial media NT dan Pusat Khidmat Rakyat DUN Sg. Bakap mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hasrat Adik Nurhidayu Tercapai

Sungai Bakap - Nurhidayu Bt. Mat Rasid, 18 tahun merupakan anak istimewa yang lahir dari keluarga OKU (pekak dan bisu). Malah beliau juga turut mengalami masalah yang sama. Walaupun demikian, adik Nurhidayu tetap tabah dan cekal dalam pelajaran sehingga beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Politeknik Khas Johor dalam Jurusan Rekaan Pakaian.

Bapanya, Mat Rasid B. Hassan bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan yang tidak menentu menyukarkan beliau untuk mendaftarkan anaknya. Memandangkan masa semakin suntuk untuk pendaftaran pada 4hb Julai yang lalu, Mat Rasid datang ke Pusat Khidmat Rakyat ADUN Sg. Bakap menyuarakan masalah beliau.

Pada 30hb Jun 2008, YB. Ustaz Mokhtar telah menyampaikan sumbangan kepada adik Nurhidayu demi merealisasikan impian keluarga ini. Alhamdulillah... kini adik Nurhidayu sudah mengikuti pengajiannya di Politeknik Khas Johor bersama kawan-kawan baru.

Isnin, Julai 07, 2008

Kerajaan Negeri Perkenalkan Consumer Watch




Jumaat, 4 Julai 2008

Georgetown - Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperkenalkan satu sistem pemantauan harga barang demi memastikan pengguna, khususnya rakyat negeri boleh membuat pilihan dalam membeli barangan keperluan.

Pelancaran Consumer Watch di Plaza Gurney telah dirasmikan oleh Ketua Menteri, YB. Lim Guan Eng. Dalam ucapannya, beliau menjelaskan matlamat program ini bukan sebagai penguatkuasa yang mengambil tindakan kepada peniaga-peniaga yang menjual barang mahal, tetapi adalah untuk memantau peniaga-peniaga dan mengesyorkan kepada pengguna agar membeli di kedai yang telah dikenalpasti murah.

Di samping itu, wakil-wakil yang dilantik berperanan sebagai mata dan telinga kerajaan negeri dalam memastikan pentadbiran negeri lancar dan telus. "Sekiranya terdapat kakitangan atau agensi kerajaan yang meminta sogokan dan terlibat dengan rasuah, laporkan kepada kami (Kerajaan Negeri) dan jika individu itu dibuktikan bersalah, saya akan ambil tindakan." ujarnya lagi.

Kerajaan Negeri telah melantik seramai 40 orang di seluruh negeri, dan setiap orang menjadi ketua pemantau di setiap DUN. Bahagian Nibong Tebal diwakili oleh YB. Tuan Hj. Maktar (Sg.Bakap), YB. Tan Beng Huat (Jawi) dan Tuan Hj. Mohd Kamil (Sg. Acheh). Mereka akan melantik ahli jawatankuasa di peringkat DUN bagi melicinkan lagi pentadbiran kerajaan negeri.

Sabtu, Julai 05, 2008

Protes Sejuta Rakyat Diteruskan

Sabtu, 5 Julai 2008

Protes Sejuta Rakyat yang akan diadakan pada 6 Julai 2008 di Stadium MBPJ Kelana Jaya akan diteruskan seperti jadual.

Sebaran SMS mengatakan perhimpunan itu dibatalkan oleh ahli jawatankuasa Protes atau Pemimpin Tertinggi Pakatan Rakyat adalah tidak benar.

Sekian harap maklum.

Kenyataan Rasmi KeADILan Berhubung Penarikan Semula Akuan Bersumpah Balasubramaniam

Semalam, di bilik sidang media ini, dan dengan kehadiran kebanyakan daripada anda sekali lagi, En Bala Subramaniam telah mengeluarkan perakuan bersumpah yang menampilkan bukti terhadap pelakuan jenayah menyembunyikan bahan bukti serta pembohongan terhadap kes bunuh Altantuya.

Dihadapan ramai hadirin, En Bala mempertahankan kenyataan bersumpahnya, tetapi menjawab kepada satu soalan, beliau mengakui bimbangkan keselamatan peribadinya berikutan kuasa dan kedudukan individu yang beliau kaitkan.

Saya berasa bimbang malam tadi, dalam apa carapun dan seperti yang En Bala risaukan, satu lagi jenayah telah berlaku.

Satu jenayah yang menyebabkan En Bala, pagi tadi telah menarik balik akuan bersumpah yang telah dibuatnya pada 1 Julai lalu yang telah beliau dedahkan kepada umum.

Kami juga menyedari bahawa setiap baris tertentu dalam kenyataan baru yang telah dibuat telah dibuang khususnya ayat yang mengaitkan nama Timbalan Perdana Menteri.

Episod sedih ini, mengesahkan seperti apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam - bahawa wujud corak yang konsisten memanipulasi sistem keadilan di negara kita.

Malam tadi telah menyaksikan satu lagi perbuatan memanipulasikan bukti yang berkaitan dengan perbicaraan pembunuhan yang amat penting.

Kami sangat berpuashati bahawa kenyataan bersumpah pertama En Bala dibuat secara sukarela dengan niat bahawa kebenaran tidak boleh lagi disembunyikan daripada rakyat - bahawa amat penting bagi kita untuk mengetahui mengenai rahsia yang disimpannya sejak Oktober/November 2006 lalu.

Keyakinan kita terhadap kenyataan bersumpah yang asal berdasarkan maklumat yang diberikan kepada kita oleh En. Americk singh Sidhu serta berdasakan permerhatian kami terhadap En Bala sendiri.

Untuk rekod, kenyataan bersumpahnya telah pertama kali ditunjukkan kepada kami pada hari Rabu, 2 Julai, iaitu sehari selepas akuan sumpah itu dibuat bersama peguamnya pada selasa, 1 hb Julai.

Kini, persoalan utama yang timbul adalah - mana satukah akuan bersumpah yang dibuat mewakili kebenaran? Inilah persoalan yang mesti diambil tindakan terlebih dahulu oleh Suruhanjaya DiRaja yang kami gesa ditubuhkan sertamerta.

Hakikat bahawa penarikan balik itu dibuat begitu pantas dan dimana keadaan yang menyaksikan En Bala berkata beliau diugut untuk membuat akuan bersumpah tetapi tidak menamakan pihak yang membuat ugutan menunjukkan keadaan itu sendiri.

Siapa yang memiliki motif untuk menghantar En Bala membuat dakwaan yang merosakkan terhadap, polis, kamar pendakwa raya dan Datuk Seri Najib dengan idea bahawa beliau kemudian akan menarik balik kenyataannya serta merta? Begitu sukar untuk meneka siapa.

Bagaimanapun, siapa yang mempunyai motif untuk mengugut En Bala menarik balik serta merta kenyataannya malam tadi? Sudah tentu, dari kandungan akuan sumpahnya yang pertama, beberapa orang mempunyai kepentingan.

Kami mendesak Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat persoalan utama yang dinyatakan di atas - mana satukah perakuan bersumpah yang mewakili kebenaran?

Isu ini mesti dipersoalkan dalam perbicaraan Altantuya oleh kedua-dua pihak supaya kebenaran akan dapat diwujudkan. Lagipun, pihak pendakwa sekarang perlu bertanggungjawab untuk menyiasat kembali kesemua dakwaan En Bala.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
Sivarasa Rasiah

4 Julai 2008, Petaling Jaya, Malaysia

Respon Rasmi Peguambela Balasubramaniam Berhubung Penarikan Akuan Bersumpah

Kenyataan media yang buat oleh Americk Singh Sidhu pada 4 Julai 2008, Petaling Jaya, Malaysia.

Saya difahamkan bahawa En Balasubramaniam a/l Perumal telah mengeluarkan kenyataan dalam satu sidang media di Hotel Prince, 11 pagi tadi, menarik balik kenyataannya yang dibuat pada 1 julai 2008.

Alasan yang diberikan untuk menarik balik akuan bersumpah asal yang dibuat, yang dirakamkan oleh diri saya sendiri, ialah “dipaksa membuat pengesahan melalui ugutan”.

Tiada sebarang butiran berhubung paksaan dan ugutan telah diketengahkan. En Bala dilaporkan tidak menjawab soalan yang dikemukakan pagi tadi di dalam sidang medianya siapa yang mengugutnya.

Untuk rekod, Saya mengesahkan bahawa perakuan bersumpah yang dilakukan oleh En Bala pada 1 Julai 2008 yang disiarkannya semalam dibuat secara sukarela dihadapan kehadiran saya dan pesuruhjaya sumpah, Dr T. Yokheswarem.

Saya menemui En Bala untuk pertama kalinya, dengan kehadiran beberapa individu lain kira-kira dua bulan lalu dimana beliau telah meminta bantuan saya untuk menyediakan satu dokumen rasmi merangkumi beberapa bukti yang telah tidak diketengahkan dalam perbicaraan Altantuya yang sedang berlangsung.

Saya memulakan proses berkenaan dua minggu selepas itu. Saya telah menemuinya beberapa kali dimana apa yang dinyatakan oleh En Bala pada saya telah saya rakamkan secara bertulis.

Saya tidak mempunyai alasan untuk meragui apa yang En Bala nyatakan pada saya selain daripada ia adalah yang benar dan peranan saya adalah untuk mendengar apa yang beliau katakan dan menulisnya menjadi satu perakuan bersumpah dalam format yang sistematik dan komprehensif.

Kenyataan bersumpah itu kemudian dilakukan pengesahan dihadapan pesuruhjaya sumpah yang dinyatakan di atas yang bertanyakan pada En Bala samada beliau faham isi kandungannya dan samada ia adalah pengakuan bersumpah beliau sendiri..

Selepas En Bala mengesahkannya, beliau telah diminta untuk menandatangani tiga salinan dan pesuruhjaya kemudiannya mengesahkannya. En Bala telah diminta menunjukkan kad pengenalannya kepada pesuruhjaya sumpah dan kemudiannya menandatangani buku rekod.

Sehubungan itu, saya amat terkejut dengan tindakan En Bala yang dalam masa 24 jam telah mendapatkan perkhidmatan peguam lain dan membuat satu lagi perakuan bersumpah menyatakan perakuan bersumpah yang pertama adalah tidak benar dan beliau dipaksa membuatnya.

Oleh kerana saya amat mengenali sifat En Bala, selepas menghabiskan masa berjam-jam merakamkan kenyataannya, saya meragui beliau menandatangani perakuan bersumpah yang kedua dengan rela dan saya yakin beliau diugut berbuat demikian samada melalui ancaman ataupun janji kerana saya tidak dapat memikirkan alasan lain.

Pesuruhjaya sumpah yang mengesahkan perakuan bersumpah yang pertama bersedia untuk megesahkan apa yang telah saya katakan di atas berkaitan perakuan bersumpah telah dibuat oleh En Bala dengan secara sukarela.

Lagipun, En Bala mengenali pesuruhjaya sumpah berkenaan sebaik saja En Bala nampak beliau kerana mereka berasal daripada perkampungan yang sama di Slim River, yang sesuatu tidak saya ketahui.

Americk Singh Sidhu.

(sumber, Suara Keadilan)

Khamis, Julai 03, 2008

Najib kenalkan Altantuya kepada Razak Baginda : Anwar

KUALA LUMPUR, 3 Julai (SK) - Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim mendedahkan Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak telah memperkenalkan Altantuya kepada Razak Baginda ketika di Pameran Berlian di Singapura.

berikut adalah kenyataan Anwar Ibrahim


Press Statement - for immediate release —

3 July 2008, Petaling Jaya, Malaysia

Today we witness another episode of a consistent pattern of abuse of power and manipulation of the criminal justice system.

Recently one of the witnesses in the Altantuya trial approached us with detailed information of events connected to her disappearance and murder. The information was shocking.

Mr. P. Balasubramaniam, who was engaged by Abdul Razak Baginda as a private investigator was advised to seek legal counsel and document his story independently.

Today he is releasing a statutory declaration dated 1st July 2008 to the public detailing the story that he has to tell about what actually happened and what was told to him by key personalities in this saga including Abdul Razak Baginda and Altantuya herself.

These revelations speak for themselves. They reveal, amongst others, the following allegations:

1. Mr. Balasubramaniam was engaged by Abdul Razak Baginda to deal with alleged harassment by Altantuya in relation to debts owed to her (Paragraph 5 and 6).
2. Altantuya was promised a commission of USD 500,000 for assisting in a submarine deal in Paris (Paragraph 22, Paragraph 25.5 and Paragraph 28.2 and 28.3 ).
3. Altantuya was introduced to Razak Baginda by Datuk Seri Najib Tun Razak at a diamond exhibition in Singapore ( Paragraph 25.5 and Paragraph 28.1).
4. Altantuya, Datuk Seri Najib and Razak Baginda had all been seen together at a dinner in Paris (Paragraph 28.2).
5. After the disappearance of Altantuya, a commotion took place in front of Razak Baginda’s house several days after 20 December 2006 where girl friends of Altantuya and one Mr.Ang (Altantuya’s own private investigator) arrived searching for Altantuya. Balasubramaniam had to call the police. A patrol car arrived shortly. Shortly thereafter an investigating officer from Dang Wangi Police Station who was handling the missing persons report lodged by one of Altantuya’s girl friends arrived. Balasubramaniam then informed Razak Baginda who was at home to inform him of the events taking place at his front gate. Razak then called one DSP Musa Safri who called him back informing him that Musa would be calling him on his handphone and that he was to pass the phone to the inspector from Dang Wangi Police station. Balasubramaniam then received the call from Musa Safri and duly passed the phone to the inspector. After the conversation of 3 – 4 minutes, the inspector told the girls to disperse and to see him the next day (Paragraphs 34 – 38). We believe DSP Musa Safri was aide-de-camp to Datuk Seri Najib at the material time.
6. Balasubramaniam was interrogated at Bukit Aman for seven consecutive days and his statement recorded at the end of November 2008. He says that he told the police all that he knew including everything Razak Baginda and Altantuya had told him about their relationships with Najib. These details were omitted from the statement he was asked to sign (Paragraph 49).
7. During the trial of Sirul, Azilah and Razak Baginda at at the Shah Alam High Court, the prosecutor did not ask him any questions in respect of the relationship Altantuya had with Datuk Seri Najib or of the phone call that he had received form DSP Musa Safri (Paragraph 50).
8. When Razak Baginda was arrested, Balasubramaniam was told by him that he had sent an SMS messsage to Najib the evening before (Paragraph 51). Razak also informed Balasubramaniam that he had received an SMS from Najib and showed it to him; the message read “I am seeing IGP at 11 A.M. today …. matter will be solved … be cool”.

Mr. Balasubramaniam’s evidence also mentions the extent of the relationship between Altantuya and Datuk Seri Najib Tun Razak. We are not interested in the personal nature of the relationship. That is entirely his own business and hers.

However the allegations revealed by him raise key questions of public interest:

a) Suppression of evidence by the police investigating officers and those responsible for prosecuting this case. Such suppression could only have happened with the full knowledge of top public officials such as the IGP and the AG.
b) The question is also raised as to whether such suppression of evidence was the reason behind the last minute switch in DPP’s handling the case – where the head of the Criminal Division of the AG’s Chambers, Datuk Yusuf Zainal Abiden was completely sidelined from the case leading him and the senior DPP originally slotted for the case Sallehudin Saidin to put in papers for early retirement some months later.
c) Questions can be raised now with regard to the sudden switching of the judge fixed to hear the case which took place in March 2007 – why was this really done?
d) Did Datuk Seri Najib lie when he said that he had never met Altantuya before?
e) Did Datuk Seri Najib lie when he said that he was not involved in any commission deals for the purchases of the Scorpene submarines”

Mr.Balasubramaniam’s evidence vindicate what we have been saying all along; there has been no proper investigation of the murder of Altantuya and the investigation and proceedings in court seem to following a pre-arranged script for a pre-arranged outcome.

This has serious implications for the administration of justice in the country where the integrity and credibility of our key institutions such as the police, the AG’s chambers and the judiciary are already severely tarnished.

Today’s revelations further confirm a clear and consistent pattern of manipulation of the criminal justice system that we have witnessed in this country since 1998.

The allegations revealed here warrant a full Royal Commission of Inquiry.

ANWAR IBRAHIM

SAIFUL BUKAN PEMBANTU KHAS DATO' SERI ANWAR

Dalam perhimpunan di Stadium Melawati Shah Alam malam kelmarin, Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Saiful Bukhari Azlan bukanlah Pembantu Khas kepada beliau seperti yang didakwa sebaliknya hanyalah seorang penolong kepada staff di pejabatnya.

Di hadapan lebih 20,000 orang penyokong Pakatan Rakyat, bakal Perdana Menteri ini turut menyatakan beliau mempunyai bukti kukuh bahawa Saiful ada kaitan dengan Najib Tun Razak dan isterinya, Rosmah.

Rabu, Julai 02, 2008

Siapa SAIFUL BUKHARI sebenarnya ?


Beliau ialah umpan yang dipasang sejak musim pilihan raya baru-baru ini. Menurut sumber yang boleh dipercayai, pengkhianat ini telah dihantar oleh Najib Tun Razak sebagai pengintip di dalam PKR.

Walaupun telah dimaklumkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung keakraban pengkhianat ini dengan Menteri-menteri Kabinet, tetapi sebagai seorang Islam DSAI mengambil sikap Husnuz Dzon (berbaik sangka) dan tidak langsung menyangka Saiful Bukhari yang diambil bekerja dengan beliau akan menikam dari belakang.

Pengkhianat ini sebenarnya ditugaskan untuk memberi maklumat dalaman PKR kepada pemerintah agar mereka dapat menghalang segala perancangan yang akan dibuat oleh Pakatan Rakyat. Setelah pihak pemerintah mendapat tekanan yang hebat dari pelbagai sudut; samada dari parti komponen BN, keputusan mahkamah yang membenarkan DSAI bertanding dan akuan bersumpah Raja Petra mengenai penglibatan secara langsung Rosmah (isteri Najib) di dalam kes pembunuhan Altantuya. Mereka menjadi marah dan hilang pertimbangan lalu menyuruh BARUA mereka ini membuat laporan palsu yang mendakwa dia diliwat oleh DSAI.

Tujuan pihak yang merancang konspirasi ini adalah untuk membunuh kerjaya politik DS Anwar yang kini hanya menunggu masa untuk mengambil-alih Kerajaan Persekutuan daripada Barisan Nasional. Apabila pihak pemerintah merasa tertekan dengan pelbagai masalah dalaman dan dakwaan-dakwaan salahlaku orang kenamaan, mereka sanggup menghalalkan cara dengan mengulangi skrip 1998.

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA PENGUNDI PARTI KEADILAN RAKYAT


Terima kasih tidak terhingga kepada para pengundi dan penyokong dalam DUN Sungai Bakap. Saya mohon maaf kerana tidak dapat berkunjung ke serata tempat dalam DUN ini selepas pilihanraya kerana terlalu banyak urusan-urusan mesyuarat rasmi yang dianjurkan oleh kerajaan negeri ( seperti sedia maklum Pakatan Rakyat baru mendapat mandat sebagai kerajaan ), banyak yang perlu dipelajari.

Namun kita telah banyak menghadiri jemputan-jemputan kenduri dan menziarahi mayat / kematian orang-orang Melayu, India dan Cina dalam DUN ini. Melawat tempat-tempat berlakunya bencana seperti banjir, kebakaran dan kerosakan akibat ribut serta lawatan kerja ke Jabatan-jabatan kerajaan, swasta, NGO dan sebagainya.

Keadaan ini agak kurang lancar disebabkan proses perlantikan JKKK belum selesai. InsyaAllah apabila selesai perlantikan ini ianya akan berjalan lancar dengan pelbagai program yang akan diatur melalui Jentera JKKK antaranya seperti Pertandingan Desa dan Kampung Cemerlang ( PDKC ) dan penubuhan Badan Kebajikan Masyarakat Nibong Tebal, Pulau Pinang ( BKMPP ).

Melalui program PDKC setiap pelusuk kampung dan taman perumahan di dalam DUN ini dilawati dan diperbaiki. Dan dalam tempoh setahun InsyaAllah dengan pertolongan semua pihak terutamanya Ketua-ketua Jabatan dari agensi-agensi kerajaan dalam daerah ini khususnya, seluruh DUN Sungai Bakap akan jadi benar-benar cemerlang.

Selain dari itu, Pusat Khidmat Rakyat DUN Sungai Bakap telah menerima berbagai aduan daripada rakyat setiap hari. Laporan dan aduan yang diterima bukan hanya dari dalam DUN Sungai Bakap sahaja, bahkan dari seluruh Parlimen Nibong Tebal terutamanya dari kawasan DUN Sungai Acheh (yang dimenangi pembangkang).

Akhir sekali selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang diamanahkan oleh tuan-tuan dan puan-puan, saya merayu sokongan dan tunjuk ajar yang berterusan daripada pihak tuan dan puan supaya seluruh DUN ini khususnya dan Negeri/Negara kita amnya mencapai kemakmuran dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat. Terima Kasih.

YB Tuan Hj. Maktar Bin Hj. Shapee AMN.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap,
Ketua PKR Bahagian Nibong Tebal

WARKAH BUAT PEJUANG

SALAM REFORMASI…untuk pertama kali warkah ini kucoret kepada sahabat-sahabatku yang juga pejuang-pejuang sejati yang tidak pernah berganjak dari prinsip & pegangan.,melawan & terus melawan hingga saat ini.Kalianlah sebenarnya pencetus revolusi & tidak salah kalau aku nobatkan kalian sebagai Pahlawan Sejati abad ini.

Masih ingatkah kalian semenjak SEPT’98,disaat kali pertama kita melaungkan kata-kata keramat “REFORMASI” & dari saat itu kita terus berdiri berjuang menentang arus..apa kita dapat??????hanya maki & kata-kata perli yang amat menyakitkan hati tetapi kalian semua tabah menerima & terus menelannya…tidak pernah ada sedikit pun sesal dihati…

Aku sendiri menjadi saksi,walaupun tewas pada PRU10-kalian masih lagi terus hidup memperjuangkan reformasi…kita tidak mati..malah kita semakin matang & pantas berlari.kita tinggalkan jejak hitam’99 untuk kembali berjuang pada PRU11(2004) dengan senjata-senjata baru kita melawan untuk sekelian kali..tetapi nasib masih lagi tidak menyebelahi..kita tewas untuk kedua kali..airmata pun mengalir membasahi pipi bukan kerana meratapi kekalahan tetapi menangisi dengan bangsa sendiri yang masih tidak memahami perjuangan ini.. ‘Kalau tidak hari ini,kalau tidak bulan ini,kalau tidak tahun ini…pasti suatu hari kita akan beroleh kejayaan..Lawan Tetap Lawan..'inilah kata-kata dari Bapa Reformasi menjadi tangkal azimat buat kita.

Hari yang ditunggu telah tiba..pada 8Mac2008 (PRU12)dengan pedang yang telah diasah tajam bersama jati diri serta prinsip & pegangan yang tidak pernah kita lepaskan..kita melaungkan sumpah keramat berlari terus ke medan perjuangan tanpa menoleh ke belakang lagi..Allah perkenankan doa kita..kita menang dalam perjuangan kali ini..bukan setakat DUN Sg Bakap kita tawan malah Negeri Pulau Pinang yang kita cintai kini dalam genggaman..kali ini airmata mengalir bukan kerana sedih tetapi kerana gembira untuk pertama kalinya sejak sekian lama…SYABAS..untukmu anak-anak muda…Jasa & Pengorbanan kalian semua,mudah-mudahan dirahmati ALLAH.

Semoga kalian semua mengekalkan rentak kemenangan ini pada PRU-PRU akan datang kerana kalianlah PENCETUS REVOLUSI ini..kalian juga adalah HARAPAN BARU untuk Agama, Bangsa & Negara..

ALLAHUAKBAR…ALLAHUAKBAR…ALLAHUAKBAR….REFORMASI…..

p/s-kepada rakan-rakan kita yang disebelah sana.semoga dibukakan ALLAH pintu hati mereka untuk bersama-sama kita pada masa hadapan…

…THEGUNNERS...

PAKATAN RAKYAT AMBIL ALIH KERAJAAN PERSEKUTUAN SEPTEMBER INI

Bahtera usang yang membawa parti komponen BN kini semakin uzur dan bakal karam ditelan ombak Tsunami politik tanahair. Pergolakan dalaman Barisan Nasional tidak dapat dielak lagi, malah di kalangan ahli-ahli Parlimen mereka ramai yang telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN.

Ahli-ahli parlimen BN ini dikatakan ingin menyertai Pakatan Rakyat kerana yakin dengan dasar yang dibawa iaitu menegakkan pemerintahan yang telus dan memelihara perlembagaan serta membela nasib rakyat. Pakatan Rakyat kini mempunyai 82 kerusi di Parlimen hanya memerlukan 30 kerusi sahaja untuk memerintah Malaysia.

Sebagai langkah awal, Parti Rakyat Sabah (SAPP) dalam sidang media telah mengisytihar mereka hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri. Ini akan disusuli oleh ahli-ahli Parlimen yang lain, bukan hanya dari Sabah dan Sarawak tetapi lebih membimbangkan Pak Lah ada kalangan ahli Parlimen yang bakal menyeberang ke Pakatan Rakyat adalah dari semenanjung.

Menurut Ketua Umum Keadilan, Dato' Seri Anwar Ibrahim beberapa ahli Parlimen MCA akan menyertai kita tidak lama lagi. "Antara yang mengadakan pertemuan dengan saya termasuklah seorang menteri kabinet. Masanya tidak lama lagi…saya tidak akan menyatakan bila, tetapi apa yang boleh saya katakan ialah kita semakin hampir ke Putrajaya."ujarnya.

SELEPAS 100 HARI, apa yang dicapai ?

  • Menyelesaikan masalah tanah di Jalan Sentosa, Makau Suah, Permatang Ara & Kg. Lima.
  • Menyelesaikan masalah rumah terbengkalai sejak 12 tahun yang lalu di Taman Widuri dan Taman Pekatra Indah.
  • Menganjurkan Kelas Persediaan Peperiksaan (PREPS) secara percuma kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk menghantar anak ke kelas tambahan.
  • Menganjurkan kursus untuk Ibu Tunggal.Mengimarahkan kembali masjid-masjid dan surau-surau dengan kuliah-kuliah Agama.
  • Menguruskan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam seperti banjir, kebakaran dan ribut.

YB TURUN PADANG

PERIHATIN - Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Bakap, YB. Hj Maktar Shapee telah memulakan kerja menjenguk dan meninjau rakyat di seluruh Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Sungai Bakap.
Bermula dari 9 Mac, YB telah melawat seluruh KADUN yang memerlukan perhatian yang serius dari pihak YB. Keadaan ini berlaku kerana pemerintah yang dulu tidak menjalankan tugas dengan serius.
YB Hj. Maktar dilihat begitu perihatin terhadap rakyat bukan sahaja di sekitar kawasan DUN Sungai Bakap malah hingga meliputi keseluruh bahagian Nibong Tebal, terutama DUN Sungai Acheh yang gagal ditawan PKR dalam pilihanraya yang lalu.
Keperihatinan YB Hj. Maktar terhadap rakyat disambut baik oleh semua golongan rakyat Nibong Tebal khasnya Sungai Bakap, kerana keadaan ini belum pernah berlaku sebelum ini.
Mengulas situasi ini, salah seorang penduduk di Tasek Cempedak, Samsudin Ahmad menegaskan bahawa pemimpin perlulah turun meninjau kesusahan yang ditanggung oleh rakyat yang juga pengundi yang memilih pemimpin.
" Inilah pemimpin sebenar yang kita cari, pemimpin yang peka dengan kesusahan rakyat, ini kerana kita yang memilih mereka untuk menjadi wakil kita" ujarnya.
Situasi terbaru ini amat berbeza dengan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang hanya menjengah rakyat lima tahun sekali apabila menjelang pilihanraya.

PKR JADI PILIHAN

SEJAK kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), PKR Bahagian Nibong Tebal telah menerima kemasukan ahli yang diluar jangkaan. PKR telah menjadi pilihan utama rakyat kerana mereka yakin dengan agenda yang dibawa oleh parti yang tiada sempadan kaum ini.

Menurut Ketua Unit Politik yang juga Timbalan Ketua Bahagian, Hj Mohd Kamil Bin Abu Bakar yang lebih mesra dipanggil Hj Wan (gambar), kemasukan ahli baru kini telah melebihi 1,500 orang sejak PKR diumumkan menang di Kawasan Parlimen Nibong Tebal dan Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap. Sepanjang Mac sebanyak 11 Daerah Mengundi telah menubuhkan cawangan.

"Penubuhan Cawangan di Sungai Buaya, Sungai Udang, Sungai Tok Tuntong, Sungai Chenaam, Teluk Ipil, Tasek Cempedak, Sungai Bakau, Taman Ilmu, Jalan Bukit Panchor, Padang Lalang dan Taman Puteri Gunung, diharap akan menjadi pemangkin kepada kawasan-kawasan lain untuk menubuhkan Cawangan sebagai penghubung di antara parti dengan rakyat."

"Kita juga meletakkan tanggungjawab kepada semua Cawangan supaya menyalurkan maklumat dan aduan rakyat marhain untuk diambil tindakan oleh Pusat Khidmat Ahli Yang Berhormat." ujar beliau. PKR Bahagian Nibong Tebal menjangkakan akan mendapat permohonan keahlian yang berterusan dan mensasarkan menerima permohonan seramai 3,000 orang menjelang Ogos 2008.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB