Sungai Bakap - Bengkel Pembangunan Keluarga Bahagia anjuran Badan Kebajikan Masyarakat Nibong Tebal Pulau Pinang (BKMPP) telah mencapai sasaran dan mendapat pujian LPPKN.
LPPKN Pulau Pinang yang diketuai oleh En. Abdullah bin Hj. Muda, telah mengendalikan bengkel tersebut bermula dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengahari. Beliau yang merupakan Penolong Pegawai Penerangan LPPKN Pulau Pinang memuji pihak penganjur kerana berjaya menghimpunkan peserta dari seluruh Nibong Tebal dan memaklumkan pertama kali LPPKN turun ke Dewan PERDA Sungai Duri untuk bertemu masyarakat setempat.

Bengkel tersebut telah dirasmikan pembukaannya oleh Timbalan Pengerusi BKMPP, Tuan Haji Mohd Kamil Abu Bakar dan ditutup majlisnya oleh ADUN Sungai Bakap, YB Tuan Haji Maktar bin Haji Shapee.