BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Ahad, November 30, 2008

Sorotan November : 2 - JKM vs Pusat Khidmat Rakyat

Pusat Khidmat Rakyat ADUN Sungai Bakap telah diakui oleh pimpinan Kerajaan Negeri sebagai Pusat Khidmat yang paling aktif dan Berjaya menyumbang serta menyelesaikan pelbagai masalah yang dikemukakan oleh orang-ramai.

Malah Timbalan Ketua Menteri 2, YB Prof Dr P.Ramasamy di dalam satu majlis Deepavali memuji staf Pusat Khidmat Rakyat yang turut hadir ke majlis tersebut dan memberitahu Pusat Khidmat ADUN Sg.Bakap amat masyhur dan menjadi buah mulut dikalangan masyarakat dan beliau turut menyatakan Pusat Khidmat tersebut adalah yang terbaik di Pulau Pinang jika hendak dibandingkan mutu perkhidmatan dengan Pusat Khidmat yang lain samada BN mahupun PR.

Secara ringkasnya, dimaklumkan bahawa Pusat Khidmat Rakyat ADUN Sg.Bakap sentiasa menerima apa sahaja masalah yang dikemukakan rakyat tanpa mengira bangsa, agama, fahaman politik dan kawasan (bukan sekadar rakyat di DUN Sg.Bakap malah dari negeri-negeri jiran turut dilayan).

Dari khidmat nasihat hingga kepada permohonan bantuan Pusat Urus Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pusat Khidmat Rakyat ini turut membantu. Boleh dikatakan setiap hari menerima purata kunjungan 10 – 15 orang. Permohonan JKM melalui pejabat ini bertambah dari masa ke semasa.

Oleh yang demikian, ia menjadi masalah yang besar kepada JKM kerana menjejaskan kredebiliti pegawai mereka. Selama ini belum pernah Pejabat JKM Daerah Seberang Perai Selatan didatangi oleh borang-borang yang bertimbun, tetapi dengan khidmat yang cemerlang yang ditunjukkan oleh JKKK dan ADUN, pegawai JKM seolah-olah malu dengan perkhidmatan mereka selama ini.

JKM Daerah dengan bantuan bekas ADUN Jawi, Tan Cheng Liang baru-baru ini telah merekrutkan 3 orang yang diambil sebagai pekerja kontrak untuk membantu JKM.

Mereka ditugaskan untuk masuk ke kampung-kampung dan mencari sepuluh orang penerima bantuan sehari sebelum penerima-penerima tersebut datang memohon di Pusat Khidmat Rakyat.

Alangkah dangkalnya pemikiran mereka. Penerima-penerima bantuan (orang yang memerlukan) ini patut dibantu tanpa mengira siapa mereka. Ini seolah-olah perlumbaan politik. Adakah disebabkan JKM dari kerajaan Persekutuan maka ia menggambarkan jentera BN?

Sepatutnya JKM mahupun jabatan-jabatan yang lain perlu bergerak seiring dengan kerajaan Negeri. Disamping saling bantu membantu, ia juga secara tidak langsung membantu meringankan tugas JKM itu sendiri.



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB