Kg. Besar, Nibong Tebal - YB Tuan Haji Maktar bin Haji Shapee telah menyerahkan sumbangan baju sekolah kepada murid-murid dan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga yang kurang mampu dan berpotensi di seluruh DUN Sungai Bakap. Lebih 200 orang penerima dikenal pasti.
Pada majlis penyerahan tersebut yang diadakan di Balai Raya Kg. Besar, seramai 30 orang penerima dari kawasan JKKK Kg. Besar sebelum YB ADUN ke kawasan JKKK Sg. Kechil untuk program yang sama.
Dalam ucapan perasmian, YB Tuan Haji Maktar menekankan bahawa pelajaran perlu diutamakan kerana dengan kejayaan dalam pelajaran akan menjamin masa depan seseorang pelajar.
Terdahulu, pada majlis yang sama yang diadakan di Tasek, Simpang Ampat pada hari Sabtu (22 Nov, 2008), seramai lebih 200 orang dari kalangan penerima dan ibubapa hadir untuk bertemu YB. Pada majlis tersebut tiga kawasan JKKK bergabung untuk menghimpunkan penerima bantuan, Kawasan JKKK tersebut ialah Tasek, Padang Lalang dan Kepala Gajah.
"Walau bagaimana susah sekalipun, kepentingan pelajaran anak-anak harus diutamakan." pesan YB
Pemberian tiada sempadan politik, agama dan bangsa
Lokasi : Balai Raya Kampung Besar
Lokasi : Dewan JKKK Tasek
Para ibubapa memenuhi segenap ruang dewan
Orang ramai turut disajikan dengan jamuan