BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Khamis, November 20, 2008

Malam Muafakat Pakatan Rakyat

20 Nov 2008

Bertempat di Hotel De Palma Ampang, Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan sulungnya selepas pilihanraya umum Mac lalu. Majlis dihadiri 60 ahli Parlimen dan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri. Acara dimulakan dengan makan malam yang kemudiannya disusuli ucapan Ustaz Hadi, Kit Siang dan saya sendiri.

Pertemuan tersebut diadakan untuk memperkukuhkan muafakat Pakatan Rakyat serta ruang buat berkongsi dan melontarkan pandangan bagi memperhebat upaya melakukan Perubahan.
Selain mengeratkan dan pengukuhan hubungan dikalangan Pakatan Rakyat, perbincangan turut menyentuh serangan media yang dipintal bagi mencipta gambaran negatif serta tidak tepat mengenai pembangkang, terutamanya di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

Prestasi negeri-negeri yang ditadbir juga disentuh selain kesungguhan ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat di dalam mengangkat mutu perbahasan di tingkat yang sepatutnya. Usaha juga dibuat untuk melibatkan ahli-ahli parlimen BN di dalam kaukus kehakiman dan integriti, kaukus wanita, kaukus demokrasi, kaukus pekerja dan kaukus ISA dan hak asasi.

ANWAR IBRAHIM


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB