Pada suatu pagi, YB Tuan Haji Maktar ditemani Setiausaha Politiknya dalam perjalanan ke suatu majlis rasmi.
Apabila sampai di hadapan kilang Silitech Corp. mereka ternampak 2 anggota polis yang menaiki motosikal berasingan menghampiri 2 warga asing (
Setelah membelok ke belakang bangunan tersebut, mereka mendapati kedua-dua anggota polis terbabit sedang menyoal siasat mangsa sambil tangan digari.
Lantas YB menuju kearah mereka sambil memperkenalkan diri, anggota polis tersebut menjadi gelabah dan wajah mereka bertukar pucat.
YB menyoal anggota polis tersebut apa yang terjadi? Sambil terketar-ketar anggota polis terbabit memberitahu mangsa menipu.
YB terus menyoal mangsa dan mendapati mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan, malah seorang dari mangsa memaklumkan bahawa beliau datang dari Kuala Lumpur dan melawat kawannya di Simpang Ampat sambil menunjukkan pasportnya yang masih sah (tarikh tamat tempoh pada Disember 2008).
Dengan penjelasan tersebut, YB mengarahkan Hj. Wan mencatatkan No. Polis anggota terbabit lalu menasihatkan mereka agar lebih beretika semasa menyoal siasat orang ramai lebih-lebih lagi warga asing. Sekiranya mereka didapati bersalah sekalipun, haruslah dibawa ke balai polis untuk disiasat.
YB menasihatkan mereka agar tidak mengulangi perkara yang sama kerana kejadian ini memalukan dan menjatuhkan imej negara Malaysia.
Rumusan :
- Tindakan kedua-dua anggota polis terbabit sedikit sebanyak telah mencemarkan Institusi Kepolisian itu sendiri.
- Seandainya anggota polis tersebut tidak melakukan kesalahan, mengapa gelabah dan pucat apabila di tanya YB? Ini menimbulkan perasangka bahawa anggota polis terbabit hendak memeras ugut mangsa. (kebiasaannya berlaku kepada warga asing)
- Seorang dari anggota tersebut memaklumkan bahawa beliau berpangkat Lans Koperal. Harus diingatkan tiada siapa kebal dari undang-undang walaupun beliau seorang Ketua Polis sekalipun. Harus mengikut prosidur yang telah ditetapkan apabila menjalankan tugas.