BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Isnin, November 10, 2008

Rasuah adalah darah daging UMNO

KUALA LUMPUR - Benarkah sejumlah besar wang ringgit jadi motivasi yang digandingkan dengan arahan makhluk ghaib itu supaya sesetengah bahagian tertentu memberikan pencalonan kepada Datuk Seri Ali Rustam atau Tan Sri Muhammad Muhd Taib?

Persoalan itu dibangkitkan oleh bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad dalam blognya kuda-kepang.blogspot.com

"Soalnya, betulkah begitu dan siapakah makhluk ghaib berkenaan?" beliau mempersoalkan.
Walaupun tidak mempersoalkan prinsip kebebasan memilih di dalam Umno, tetapi beliau membangkitkan cakap-cakap mengenai "wujudnya makhluk ghaib yang kononnya telah mengarahkan segelintir bahagian tertentu mencalonkan Ali atau Muhammad ke jawatan Timbalan Presiden Umno Malaysia".

"Kononnya, makhluk ghaib itu mahukan Tan Sri Muhyiddin Yassin dinafikan kemenangan tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno Malaysia," kata beliau.

"Ini kerana Muhyiddin disifatkan oleh makhluk ghaib itu sebagai pemimpin yang terlalu sangat memperjuangkan suara warga Umno akar umbi sehingga menyebabkan proses peralihan kuasa dipercepatkan dari Jun 2009 kepada Mac 2009".

Ruhanie membayangkan kemungkinan calon-calon terbabit akan terlibat dalam rasuah politik dengan pertandingan tiga penjuru itu.

"Kini akan terjadi pertandingan tiga penjuru antara Muhyiddin-Ali-Muhammad bagi jawatan Timbalan Presiden Umno Malaysia.

"Kepada segelintir perwakilan yang tidak berprinsip, situasi ini amat menguntungkan. Ini akan membolehkan mereka mengugut calon-calon terbabit untuk terlibat dalam rasuah politik.
"Mungkin juga sesetengah calon tertentu akan melakukan rasuah politik secara sukarela demi keghairahan mendapatkan undi dan kemenangan," kata bekas Setiausaha Politik Tun Musa Hitam itu.

Beliau berharap Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan badan-badan perisikan yang lainnya akan memantau kemungkinan ini secara ikhlas dan jujur di semua peringkat, termasuk bagi pertandingan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Bernama sebelum ini melaporkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan calon-calon lain untuk jawatan Timbalan Presiden Umno selain Muhyiddin sebagai "pak lawak". Mengenai orang yang berkemungkinan menjadi timbalan Datuk Seri Najib Razak, Dr Mahathir berkata, ia sepatutnya Muhyiddin dan pesaing lain yang ada sekarang bagi mengisi jawatan Timbalan Presiden Umno hanyalah ?pak lawak? semata-mata.

Kini lebih daripada 900 aduan telah dibuat oleh ahli-ahli UMNO tentang tawaran Rasuah berupa wang ringgit oleh Pimpinan UMNO.

Dalam hal berkaitan, semalam Sinar Harian mendedahkan bahawa seorang ahli UMNO telah ditawarkan RM1000 sebagai ganjaran.

Antara kandungan berita tersebut;

Belumpun reda isu panas mengenai perwakilan hantu yang ditimbulkan semasa Mesyuarat Agung Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Selayang, yang disiarkan akhbar ini dua hari lalu, kali ini Wanita peringkat bahagian yang sama, mengetengahkan pula isu politik wang.

Naib Ketua Wanita UMNO Cawangan Kundang Muhibbah, Sabariah Mat Soom, 49, yang menegaskan atas dasar mahukan pemilihan yang bersih pucuk pimpinan sayap Wanita, beliau mendakwa menerima wang suapan sebanyak RM1,000 daripada salah seorang calon Ketua Wanita Bahagian Selayang sebelum persidangan bahagian, baru-bru ini.

Menurutnya, dia terkejut ketika menerima wang tersebut dan bertindak membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Lembaga Disiplin UMNO namun tiada tindakan diambil.

“Saya yang terkejut ketika menerima wang tersebut, segera membuat laporan kepada BPR dan Lembaga Disiplin UMNO. Namun, bermula pengakuan itu dibuat, pada awal Ogos lalu sehingga sekarang, belum ada sebarang perkembangan tindakan lanjut dilakukan oleh mereka yang bertanggungjawab.

“Saya membuat pengakuan ini bukan kerana mahu publisiti semata-mata, tetapi ianya melibatkan maruah dan menjatuhkan saya. Selama berkecimpung dalam politik, saya tidak pernah menerima wang daripada mana-mana pihak ketika pemilihan bahagian lebih-lebih lagi ketika isu politik wang menjadi topik perbincangan hangat.” katanya.

Menurutnya, dia tidak mahu perbuatan seumpama ini menjadi ‘barah’ serta satu budaya dalam UMNO yang jika ianya terus diamalkan dan berterusan tanpa sebarang tindakan.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB