Akhbar Berita Harian pada 13 November 2008 melaporkan bahawa Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menyatakan bahawa dua ibu tunggal di Pulau Pinang terpaksa melacurkan diri kepada rakan sekerja, termasuk sanggup dibayar secara ansuran, bagi menyara anak mereka. Mungkin terpengaruh dengan fatwa ustazah UMNO agaknya.
Sebelum ini, kenyataan bekas Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim mengenai isu ibu tunggal boleh melacur jika darurat dibidas Ustaz Ismail Noh (PAS Pasir Mas).
Berhubung kes di Pulau Pinang tersebut, seorang daripada mereka bekerja sebagai jaga dan mempunyai enam anak, manakala seorang lagi tukang cuci, terpaksa berbuat demikian kerana kesempitan hidup apabila bekas suami gagal memberi nafkah anak-anak, walaupun Mahkamah Syariah mengeluarkan perintah berkenaan, sejak tiga tahun lalu.
Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie JKSM, Datuk Ibrahim Lembut, berkata berdasarkan maklumat diperoleh kelmarin, ibu tunggal enam anak itu terpaksa melacurkan dirinya selepas dua bulan diceraikan.
"Dia sudah tiga tahun diceraikan dan pada bulan kedua dia mula melacurkan diri kepada rakan sekerja, malah menerima bayaran secara ansuran kerana mahu menyara anaknya kerana gajinya sebagai jaga terlalu kecil."
"Seorang lagi ibu tunggal yang bekerja sebagai tukang cuci juga mengambil jalan sama bagi menyara beberapa anaknya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Isu-Isu Mahkamah Syariah Ke-10 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, hari ini.
Ustaz Ismail berkata, tindakan ustazah UMNO, Dr. Mashitah menyatakan bahawa ibu tunggal boleh melacur dalam keadaan darurat untuk menyara anak-anak adalah satu kenyataan tidak berdasarkan kepada nas mahupun hadith.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Keterangan Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) (pindaan 2005) di Dewan Rakyat sebelum ini. “Saya terkejut yang berhormat Dr Mashitah seorang yang mengaji, tetapi mengeluarkan kenyataan seperti ini” katanya.
Dalam keadaan ini, Dr. Mashitah seharusnya memberi jawapan bahawa ibu tunggal yang dalam keadaan darurat lebih baik meminta sedekah atau buat kerja lain daripada berzina. Secara jelas dalam Islam tidak ada kias yang membolehkan seseorang yang darurat itu melacur kerana melacur ini adalah berzina, katanya. Ujar beliau, di dalam Al-Quran sendiripun secara jelas memperincikan soal haramnya aktiviti penzinaan.
“Jangan mendekati zina” kata Ustaz Ismail yang memberi maksud petikan ayat Al-Quran.
Justeru, beliau menyeru Dr. Mashitah supaya prihatin terhadap apa yang telah diucapkannya berhubung isu pelacuran seperti yang dilapor dalam akhbar sebelum ini.
Selasa, November 25, 2008
Fatwa sesat halal melacur dapat sambutan!
ARKIB
-
▼
2008
(142)
-
▼
November
(24)
- Sorotan November : 2 - JKM vs Pusat Khidmat Rakyat
- Sorotan November : 1 - YB tangkap Polis
- Jumpa cacing dalam otak pesakit wanita
- Diabetes Risk Higher In Chubby Children
- Fatwa sesat halal melacur dapat sambutan!
- Harga minyak sepatutnya RM1.52!
- Pemberian Sumbangan Baju Sekolah
- Gotong-royong di Kg.Besar
- Harga minyak RM2, rakyat bayar cukai 38 sen seliter
- DSAI menghantar usul untuk menangguhkan dewan rakyat
- Altantuya: Pelik, bagaimana Razak tahu?
- Malam Muafakat Pakatan Rakyat
- Pulau Pinang lancar ‘task force’ hab halal antarab...
- Ekonomi Negara Meruncing
- Tradisi diteruskan...
- Program BKMPP mendapat pujian LPPKN
- Seminar Bimbingan Usahawan Rakyat
- Skandal Najib terhadap KWSP-ValueCap
- RENUNGAN - Iktibar dari Surah Ar-Rahman
- Rasuah adalah darah daging UMNO
- Aktiviti BKMPP di masa terdekat
- Ke Arah Perubahan Kerajaan Pakatan, Sekadar Jawapa...
- Pembinaan Jambatan Kedua diteruskan
- Badan Kebajikan Masyarakat Nibong Tebal Pulau Pina...
-
▼
November
(24)