BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya
Memaparkan catatan dengan label BKMPP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BKMPP. Papar semua catatan

Sabtu, Disember 06, 2008

Pelbagai lapisan masyarakat menyertai Seminar Kesihatan Mental




Jawi - Seminar Kesihatan Mental yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat ADUN Sg. Bakap bersama Badan Kebajikan Masyarakat Nibong Tebal Pulau Pinang (BKMPP) dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada kaum India, Melayu dan Cina.

Program yang diadakan di Dewan Kompleks Belia dan Sukan itu telah dirasmikan oleh ADUN Sg. Bakap, YB Tuan Hj. Maktar bin Hj. Shapee.

Taklimat kesihatan mental disampaikan oleh D'Home Mental Health Association Pulau Pinang.

Jumaat, Disember 05, 2008

Memohon Sumbangan

Badan Kebajikan Masyarakat Nibong Tebal Pulau Pinang (BKMPP) telah melancarkan Tabung Bencana bagi membantu mangsa bencana serta mereka yang memerlukan khasnya Orang Kurang Upaya (OKU), Fakir Miskin dan Ibu Tunggal tanpa mengira kaum, agama serta fahaman politik.

Sumbangan daripada pengunjung blog ini, para dermawan dan korporat amat diperlukan.

Menyumbanglah kepada Badan Kebajikan Masyarakat Nibong Tebal Pulau Pinang (BKMPP) melalui akaun RHB 20710300031149

Semoga sumbangan ikhlas tuan/puan akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT...

Jadual Aktiviti Hujung Minggu Sekitar Daerah

Seminar Kesihatan Mental
anjuran Badan Kebajikan Masyarakat Nibong Tebal Pulau Pinang (BKMPP)
bersama D'Home Mental Health Association

Tarikh : 6 Disember 2008 (Sabtu)
Masa : 8 pagi - 12.15 tengahari
Tempat : Dewan Kompleks Masyarakat Penyayang, Jawi

Perasmian oleh :
YB Tuan Haji Maktar bin Haji Shapee, AMN
Ahli Dewan Undangan Negeri, Sungai Bakap
merangkap Pengerusi BKMPP



Debat Perdana : MELAYU - KE MANA HALA TUJU
anjuran Pejabat Agama Daerah Parit Buntar

Tarikh : 6 Disember 2008
Masa : 8 malam
Tempat : Parit Buntar INN

Ahli Panel :
1. YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar

2. YB Dato' Tajudin Abdul Rahman
Ahli Parlimen Pasir Salak

3. Ust. Hafiz Haji Mustafa Lubis
TERAS

Tetamu Jemputan :
YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin
Menteri Besar Perak

*Bayaran tiket RM2, tempat terhad untuk 400 orang.

Ahad, November 16, 2008

Program BKMPP mendapat pujian LPPKN


































Sungai Bakap - Bengkel Pembangunan Keluarga Bahagia anjuran Badan Kebajikan Masyarakat Nibong Tebal Pulau Pinang (BKMPP) telah mencapai sasaran dan mendapat pujian LPPKN.

LPPKN Pulau Pinang yang diketuai oleh En. Abdullah bin Hj. Muda, telah mengendalikan bengkel tersebut bermula dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengahari. Beliau yang merupakan Penolong Pegawai Penerangan LPPKN Pulau Pinang memuji pihak penganjur kerana berjaya menghimpunkan peserta dari seluruh Nibong Tebal dan memaklumkan pertama kali LPPKN turun ke Dewan PERDA Sungai Duri untuk bertemu masyarakat setempat.

Bengkel tersebut telah dirasmikan pembukaannya oleh Timbalan Pengerusi BKMPP, Tuan Haji Mohd Kamil Abu Bakar dan ditutup majlisnya oleh ADUN Sungai Bakap, YB Tuan Haji Maktar bin Haji Shapee.

Isnin, November 10, 2008

Aktiviti BKMPP di masa terdekat

Pembangunan Keluarga Bahagia
oleh LPPKN
Tarikh : 16 November 2008
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Dewan PERDA, Sungai Duri
Lingkungan Umur : 21 - 45 tahun
* Terhad kepada 60 peserta dan mereka yang sudah berkahwin.
Masalah Mental
oleh D'Home dan AADK
Tarikh : 6 Disember 2008
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Dewan Kompleks Rakan Muda, Jawi
Lingkungan Umur : 18 - 40 tahun
* Terhad kepada 60 peserta
Bengkel Hak-hak Wanita dan Undang-undang
oleh WCC
Tarikh : 20 Disember 2008
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Dewan JKKK Permatang Ara, Sungai Bakap
Lingkungan Umur : 18 - 40 tahun
* Terhad kepada 60 peserta dan perempuan sahaja

Rabu, November 05, 2008

Badan Kebajikan Masyarakat Nibong Tebal Pulau Pinang (BKMPP)

BKMPP ditubuhkan dengan matlamat menggembleng tenaga para ahli dan sukarelawan yang ada untuk membantu dan berkhidmat kepada masyarakat serta mewujudkan sebuah pusat motivasi, pengembangan ilmu pengetahuan dan pusat sumber kepada masyarakat. selain itu berperanan menyediakan tabung bantuan kecemasan kadar segera kepada masyarakat yang terlibat dalam kemalangan atau bencana alam.

BKMPP tidak terbatas dengan sempadan kaum dan agama. Sesiapa sahaja yang didapati layak, akan menerima bantuan tanpa mengira Melayu/India/Cina serta fahaman politik.

Walaupun BKMPP telah menyumbang bakti sejak penghujung tahun lalu, pendaftaran pertubuhan ini hanya diterima pada 18 Jun 2008 oleh Pendaftar Pertubuhan, Malaysia.

Selain memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan, BKMPP juga telah menganjurkan kursus menjana ekonomi untuk golongan ibu tunggal iaitu Kursus TASKA pada bulan Ogos baru-baru ini.

Semalam, rombongan sukarelawan BKMPP telah ke Yayasan Kebajikan Malaysia di Kuala Lumpur untuk mendapatkan tunjuk ajar dan maklumbalas tentang perkhidmatan Kemasyarakatan yang ditawarkan.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...