BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya
Memaparkan catatan dengan label Kuari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuari. Papar semua catatan

Isnin, April 27, 2009

Kerajaan Negeri kemuka hasil siasatan kuari

Georgetown - Hasil siasatan tiga buah kuari yang didakwa mengurangkan pengiraan pembayaran royalti bahan batuan kepada Kerajaan Negeri oleh Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tembatan Banjir Negeri, Law Choo Kiang mendapati dua daripadanya dikenakan pembayaran balik tunggakan berjumlah RM6,013,626.56 manakala satu lagi bebas daripada sebarang pembayaran.

Dua kuari yang bersalah itu ialah Kuat Sdn Bhd dikenakan RM3,607,958.46 dan Batu Tiga Quarry Sdn Bhd berjumlah RM2,405,668.10 keduanya beroperasi di Penanti, Bukit Mertajam.


Sebuah lagi kuari Saw Chong Teok Quarry Sdn Bhd yang terletak di Sungai Sembilang, Juru dibebaskan kerana mengikuti etika yang ditetapkan seperti penggunaan mesin dan kapisiti yang lebih tinggi berbanding pengeluaran dari jenis mesin yang sama oleh dua syarikat lain.


"Semuanya telah selesai setakat ini dan kami berpuas hati dengan hasil siasatan yang dibuat terhadap tiga kuari berkenaan. Dua daripadanya dikenakan pembayaran balik tunggakan manakala satu lagi bebas kerana membuat pembayaran dengan baik," ujar Law Choo Kiang semasa kenyataan medianya di Dewan Nilam Tingkat 53 Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) baru-baru ini.


Menurutnya Jawatankuasa Tanah yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah meneliti hasil siasatan pada 22 April kemudian dibincang dan diterima oleh mesyuarat Exco pada 23 April sehari selepas itu.


Memandangkan terdapatnya kekurangan pembayaran royalti oleh dua syariakt tersebut maka Ketua Menteri telah mengarahkan 12 lagi kuari disiasat semata-mata memastikan pentadbiran Kerajaan Negeri mencapai matlamat Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).


"Untuk makluman semua ketiga-tiga kuari yang dihentikan sementara kini boleh beroperasi seperti biasa pada hari Isnin ini (27 April 2009), " tegasnya yang hadir bersama Timbalan Pengerusi Siasatan yang juga Ahli Dewan Unndangan Negeri (Adun) Bukit Tengah, Ong Chee Wen.


Mengikut formula pengiraan royalti setiap kuari kena beroperasi lapan jam sehari dan 26 hari sebulan. Setiap tahun kuari berkenaan dikehendaki deklarasi pengupayaan mesin melalui surat kepada Pejabat Daerah dan Tanah untuk mengira pembayaran royalti bahan batuan.


Bukan itu sahaja malahan siasatan juga merujuk kepada katalog mesin 'Primary Crusher' untuk mengenal pasti deklarasi tahunan yang dibuat. Satu akuan bersumpah juga perlu disediakan oleh setiap kuari untuk kapisiti mesin primary crusher bagi mengenal pasti kejujuran pengusaha terhadap mesin yang diguna sekarang atau lalu.


Jelas beliau kesalahan Syarikat Kuat Sdn Bhd ialah tidak memaklumkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (SPT) dengan mesin jenis Jaques ST47 dan memaklumkan pada pejabat yang sama terhadap mesin Svedala 1208HD.


Manakala Syarikat Batu Tiga Quarry Sdn Bhd pula ialah tidak melapurkan Pejabat Daerah yang sama apabila mesin primary crusher ditukar kepada Kobe 5442 dalam tempuh Disember 2004 - April 2005 serta kegagalan syarikat berkenaan melapur kepada Pejabat Daerah dan Tanah SPT tentang kenaikan kapisiti mesin daripada 149 sejam kepada 370 tan sejam apabila mesin Kobe mula digunakan.


"Semua dokuman yang disiasat bermula daripada bulan Januari 2004 sehingga Desember 2008 iaitu jangkamasa lima tahun. Kami berharap syarikat yang telah dikenakan tunggakan pembayaran tidak mengulangi kesalahan itu lagi sebaliknya mematuhi perundangan yang ditetapkan, " terangnya

Jumaat, April 24, 2009

Fairus kekal letak jawatan, nyata sokongan kepada Anwar

Sumber : Suara Keadilan Online

Kuala Lumpur - Bekas Adun Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin mengulangi akan tetap meletak jawatan sebagai Adun kawasan itu, walaupun didapati tidak bersalah atas tuduhan rasuah.


Fairus yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang mengemukakan surat perletakan jawatan 16 April lepas selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes membabitkan syarikat kuari di Seberang Perai.


Semalam SPRM mengesahkan tidak ada bukti terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya dan ini mengundang spekulasi mengenai kemungkinan Fairuz akan menarik balik perletakan jawatan beliau.


Tetapi menurut Fairus, beliau tidak akan mengubah pendiriannya.


“Saya dengan ini mengulangi ketegasan saya untuk meletakkan jawatan selaku Adun N12 Penanti serta menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat di bawah teraju Ketua Umumnya; Anwar Ibrahim,” kata Fairus dalam sebuah kenyataan akhbar.


“Pengumuman SPRM yang telah membebaskan saya dari segala tuduhan adalah suatu manifestasi kebenaran saya yang telah selama ini saya pertahankan,” tambah beliau.


Berikutan pengumuman itu juga, Fairus berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk menyaman individu dan pihak media tertentu yang sebelum ini memburukkan nama beliau.


Ahad, April 05, 2009

Laporan siasatan kuari dua minggu lagi

Georgetown - Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengumumkan laporan siasatan melibatkan pengurangan pembayaran royalti tanah merah dan batuan kecil yang digali dalam tempoh dua minggu lagi.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam sidang media hari ini menambah, Exco Pertanian, Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tembatan Bajir Negeri, Law Choo Kiang akan mengumumkan kepada awam bila semua siasatan selesai dibuat.


"Kerajaan Negeri akan umumkan segala laporan yang disiasat pada umum dalam tempuh dua minggu lagi sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tanah Negeri pada 30 Mac lepas. Kita buat begitu selari dengan slogan kerajaan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), " tegasnya.


Jelas beliau lagi, siasatan itu dilakukan ekoran Kerajaan Negeri kehilangan pendapatan hasil royalti RM3 setiap meter cubit tanah merah atau batuan yang digali.


Akibat tindakan penyiasatan itu, tiga kuari dibekukan buat sementara iaitu Kuat Sdn Bhd, Batu Tiga Quarry Sdn Bhd dan Saw Chong Teok Sdn Bhd. Ketiga-tiganya beroperasi di Seberang Perai Tengah (SPT).


Pembekuan itu hanya sementara dan akan dibenarkan operasi semula bilamana siasatan mendapati kuari terbabit tidak terlibat.


"Pembekuan itu bukan bermakna kuari milik mereka terlibat dalam kes yang hangat diperkatakan sebaliknya akan membenarkan kerja-kerja kuari sebaik saja kes membuktikan kuari mereka tidak terlibat, " ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Rabu, April 01, 2009

Kerajaan Pulau Pinang bekukan operasi 3 kuari

Georgetown - Kerajaan Negeri Pulau Pinang membekukan sementara tiga kuari untuk membantu siasatan pembayaran royalti dan menyebabkan kehilangan hasil negeri serta merta sehingga siasatan selesai.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya berkata, melalui pembayaran royalti RM3 setiap meter kubik tanah merah atau batuan yang digali Kerajaan Negeri memperolehi sumber yang agak besar.


Tetapi, setelah timbul pertikaian tentang pembayaran royalti semua projek berkenaan dihentikan sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankausa Tanah Negeri semalam.


"Setelah mengambil kira siasatan maka dengan ini saya mengisytiharkan pembekuan semua operasi tiga syarikat kuari di Seberang Perai Tengah (SPT) iaitu Kuad Sdn Bhd. Batu Tiga Quarry Sdn. Bhd, Saw Chong Teok Quarry Sdn. Bhd," tegasnya.


Sehubungan itu juga, Jawatankuasa Tanah Negeri telah melantik Law Choo Kiang untuk mengetuai siasatan perkara tersebut dengan teliti agar pendapatan hasil kuari itu diperolehi Kerajaan Negeri.


Katanya, pembekuan itu pastinya memakan masa yang panjang dan akan pembekuan akan ditamatkan setelah hasil siasat siap.


Law Choo Kiang yang juga Exco Pertanian, Asas Tani, Luar Bandar dan Tebatan Banjir Negeri juga diamanahkan menyiasat satu kes yang melibatkan royalti tanah merah dan bahan batuan yang dikurangkan daripada RM3 ke RM1 per meter kubik.


Justeru, Lim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Puteh meminta ketiga-tiga kuari terlibat memberikan kerjasama semasa siasatan di buat.


Minggu lalu Timbalan Ketua Menteri 1, Mohamad Fairus Khairudin ditahan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasat kononnya beliau dikatakan terlibat dengan isu berkenaan.


Akibat dikatakan terheret dalam kancah tersebut beliau mengemukan surat perletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 berkuat kuasa 8 April depan.

Jumaat, Mac 06, 2009

Isu Kuari - Kenyataan akhbar Sdr. Amizudin Ahmat

Bukit Minyak - Ketua Angkatan Muda Kepala Batas, Sdr. Amizudin Ahmat semalam telah membuat sidang akhbar di Pejabat ADUN Bukit Tengah berkenaan Isu Kuari yang beliau dedahkan kepada media sebelum ini.

Turut hadir memberi sokongan ialah Ketua Angkatan Muda Permatang Pauh; Sdr Amir Ghazali, Ketua Angkatan Muda Tasek Glugor; Sdr Solehin Ahmad, Ketua Angkatan Muda Balik Pulau; Sdr Nazdri Ishak, Ketua Angkatan Muda Bayan Baru; Sdr Ahmad Azrizal Tahir, Tim. Ketua Angkatan Muda Bayan Baru; Sdr Zulfazdli Md Noordin, Naib Ketua Angkatan Muda Bayan Baru; Sdr Mohd Yusof, Bendahari Angkatan Muda Bayan Baru; Sdr Zulkarnain Mohd Ali, Setiausaha Angkatan Muda Tasek Glugor; Sdr Azhar, Exco Angkatan Muda Malaysia; Sdr Zulkifli Ibrahim dan AJK Angkatan Muda Batu Kawan; Sdr Jordan Kee.

Klik imej di bawah untuk baca dengan jelas,


AMK bantah nama pengadu diletakkan dalam surat aduan

Kenyataan akhbar tersebut telah dibacakan oleh Exco Angkatan Muda Malaysia, Sdr. Zulkifli Ibrahim pada majlis yang sama.

Sila klik imej di bawah untuk tatapan lebih jelas,


AMK Nibong Tebal nyatakan sokongan

Ketika diminta mengulas berhubung isu tersebut, Naib Ketua Angkatan Muda Nibong Tebal, Sdr Munir Hj. Maktar menyatakan bahawa seluruh Jawatankuasa AMK Nibong Tebal menyokong tindakan yang diambil oleh Sdr. Amizudin.

"Bagi memulihkan kembali imej KeADILan khususnya di Pulau Pinang, Pimpinan haruslah menyiasat sedalam-dalamnya isu yang dibangkitkan. Jangan kita membiarkan masyarakat memandang serong terhadap parti kita."

"Sehingga ada sesetengah pihak melabelkan pemimpin KeADILan ini 'lebih UMNO dari UMNO'. Ini akan menunjukkan bahawa kita telah lari dari prinsip asal perjuangan sekiranya isu ini tidak dapat ditangani sebaik mungkin," tambahnya lagi.



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...