Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa MCA membangkitkan isu
negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil Tenang kerana mahu
menghalang bukan Islam daripada mengenali Islam.
Beliau berkata tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam semata-mata mahu
menimbulkan rasa “ketakutan” di kalangan bukan Melayu di Tenang
terutamanya orang Cina.
“Dia (Dr Chua) tak mahu kita tahu antara satu sama lain, sebab itu tidak mahu kita kenali Islam.
“Memang itu yang mereka mahu, itu yang pemimpin MCA mahu.
“Ia penting, tapi kita tidak bimbang jika MCA gunakan isu negara
Islam kerana isu ini dah digunakan sejak pilihan raya 2008 lagi,”
katanya pada sidang media di sini.
Terdahulu, Dr Chua berkata akan terus menyerang PAS dengan memberi
amaran kepada pengundi-pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan
memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.
Beliau berkata berkata meskipun DAP menjadi rakan komponen dalam
Pakatan Rakyat parti itu tidak mampu menghalang PAS daripada meneruskan
dasar negara Islamnya.
“Jika Pakatan (Rakyat) menang di peringkat persekutuan, yang saya
rasa tidak mungkin, PAS akan menjadi ketua, selaku parti yang ada lebih
banyak sumber berbanding DAP dan (Parti) Keadilan (Rakyat),” katanya.
Baru-baru ini Dr Chua berhadapan dengan kecaman PAS kerana mendakwa
calonnya Normala Sudirman enggan bersalaman dengan pengundi lelaki.
Menurut Lim, Umno dan MCA yang merupakan parti komponen Barisan
Nasional (BN) akan terus memainkan isu-isu yang akan menyebabkan
sokongan rakyat beralih kepada pengundi daripada Pakatan Rakyat.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu menegaskan Pakatan Rakyat yang
dianggotai PAS, PKR dan DAP tidak mempergunakan antara satu sama lain.
“MCA akan dendangkan lagu dengan mengatakan kita adalah alat yang diperkudakan PAS kepada pengundi Cina.
“Tapi Umno pula akan kata PAS diperkudakan DAP kepada pengundi
Melayu, saya nak tegaskan di sini PAS tidak perkudakan DAP, DAP tidak
perkudakan PAS. Kita dalam Pakatan Rakyat tidak perkudakan sesiapa.
“Ada kata DAP dimelayukan kerana cakap bahasa Malaysia, kita rakyat
Malaysia jadi kenapa tidak bercakap bahasa Malaysia. Lagipun bahasa
Malaysia adalah bahasa rasmi negara,” katanya.
Menurut Lim, Pakatan Rakyat akan menghadapi setiap serangan yang akan dilakukan BN dalam kempen pilihan raya kecil kawasan itu.
“Apa yang penting adalah kita memperjuangkan prinsip kebebasan, keadilan dan demokrasi untuk semua.
“Kita akan hadapi mereka dengan berlandaskan kebebasan, keadilan dan demokrasi,” katanya.
“Ia (salam) tidak perlu dibangkitkan dan Dr Chua tidak harus membuat serangan peribadi.
“Itu adalah pilihan Normala, kalau nak buat serangan peribadi kita pun boleh buat tapi kita tidak mahu.
“Saya harap Soi Lek faham, jangan nanti makan tuan,” katanya.
"Kita
gesa kementerian kewangan menjawab (dakwaan ini) dan segala siasatan
yang berhubung perkara itu," kata Anwar dalam sebuah program parti di
Ampang hari ini.
Anwar yang juga bekas menteri kewangan turut mengakui terkejut dengan jumlah besar wang yang didakwa terlibat. 







Sidang tersebut diadakan mengikut Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.
"Terdapat
dakwaan atau kenyataan dari Wikileaks, - pertama kepimpinan negara
(Malaysia) tidak kompeten, kedua; Najib adalah oportunistik dan ketiga,
beliau akan melakukan apa yang terdaya bagi mengelakkan dirinya daripada
didakwa berhubung kes pembunuhan Altantuya.
Amah berkenaan juga telah menafikan dakwaan berkenaan dan disebarkan secara meluas di internet.
"Kita
tidak pernah membuat keputusan dan saya tidak ada mengeluarkan
kenyataan berhubung perkara itu. Tetapi ada dakwaan, ada penafian, ia
siasatan terbuka. Saya tidak pernah mengandaikan Rais itu bersalah.
Menurut
Anwar, adalah wajar bagi Najib menerima pelawaan berdebat kerana Najib
sering-kali mempersoal dan memperlekehkan dasar Pakatan serta perangkaan
ekonomi yang dikemukakan dalam rancangan 100 hari transformasi Pakatan
Rakyat.
"Kita
boleh senarai pelbagai fakta. Tidak baik untuk mempermain dan perolok
program kita semata kerana nak bagi RM500 elaun tambahan kepada guru
sedangkan mereka bayar RM 77 juta kepada Apco. Keutamaan inilah yang
membimbangkan kita," kata Anwar.
Anwar
berkata Najib harus tampil secara terbuka berbahas dengan beliau untuk
memperinci
Lim (tengah), yang mengadakan sidang akhbar tergempar di Komtar hari ini 