Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais
Yatim mempunyai tanggunjawab untuk menjelaskan mengapa terdapat
dwi-standard apabila laporan berita negatif yang membabitkannya ditapis
manakala berita buruk membabitkan yang lain disiarkan, kata ketua
pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada sidang akhbarnya di ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, Anwar berkata terdapat dua set undang-undang di negara ini, khususnya jika ia membabitkan seorang menteri atau perdana menteri.
Anwar merujuk kepada cara maklumat disekat. Beliau mengambil contoh, bagaimana pendedahan kontroversial laman sesawang Wikileaks berhubung Datuk Seri Najib Razak ditapis.
Anwar merujuk kepada cara maklumat disekat. Beliau mengambil contoh, bagaimana pendedahan kontroversial laman sesawang Wikileaks berhubung Datuk Seri Najib Razak ditapis.
"Wikileaks juga merujuk kepada pembunuhan Altantuya dan usaha oleh perdana menteri bagi melindungi dirinya daripada didakwa.

"Mengapa ini disekat? Mengapa apabila ada rujukan ke atas Anwar, awak menghebahkannya?
Siapa kata Rais bersalah?
Anwar, yang juga ketua umum KEADILAN juga menafikan beliau atau mana-mana pemimpin KEADILAN membuat kenyataan mempersoalkan pembabitan Rais dalam dakwaan terpalit dengan kes perogolan amah Indonesia pada 2007.

Gerakan baru-baru ini mengeluarkan kenyataan media memberi amaran kepada KEADILAN supaya berhenti mempersoalkan Rais berhubung kejadian itu.

"Adakan siasatan bebas yang berkecuali. Pendirian kita adalah jelas, kita belum mengeluarkan kenytataan dan jika dapati ada ahli yang membuat tuduhan liar, kita akan menasihatkan mereka. Kita mesti hormati undang-undang,” katanya.