BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Ahad, Julai 11, 2010

Demonstrasi: Mainan politik sempit Umno

JELUTONG, 10 Julai: Kehadiran Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Pulau Pinang, Norman Zailan pada demonstrasi jalanan di hadapan Masjid Jamek Jelutong selepas solat fardhu Jumaat semalam mengesahkan Umno merupakan dalang kepada usaha memburuk-burukan kerajaan negeri kononnya mengkhianati penduduk Kampung Pokok Asam yang bakal dibangunkan dengan projek mega.

Timbalan Yang Dipertua PAS Jelutong, Mohd Yusof Mohd Noor (gambar) menyifatkan apa yang diperkatakan oleh Umno dan konco-konconya sewaktu demonstrasi tersebut tidak benar sama sekali sebaliknya merupakan mainan politik sempit parti itu setelah kalah pada pilihan raya umum lalu.

"Sah Umno dalang segala-galanya dalam perhimpunan selepas Jumaat semalam. Walaupun beliau tidak berucap namun jelas motif mereka menerusi ucapan individu yang terlibat.

“Mereka menghentam kerajaan negeri, pimpinan PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Majlis MPPP kononnya bersubahat dengan pemaju mahu menghalau penduduk Melayu dari Kampung Pokok Asam," ujarnya kesal.

Jelas beliau, matlamat mereka tidak lain semata-mata mahu melihat kestabilan kerajaan negeri Pakatan Rakyat terus tergugat dan akhirnya kalah pada pilihanraya umum ke-13 kelak.

Sedangkan, tambahnya semasa berkuasa, mereka tidak membela nasib rakyat bahkan mengambil peluang keemasan menambah wang saku atau memperkasakan kedudukan kroni.

“Sekarang ini bila hilang kuasa lantas mereka mengambil sikap mengamuk dan cuba mengancam dengan berbagai ragam untuk mengambil perhatian kononya menjadi pembela kepada orang Melayu ketika di bawah pimpinan DAP.

"Buktikan apa yang mereka buat ketika berkuasa. Adakah mereka turun padang mendengar rintihan rakyat atau membantu ketika kemusnahan beberapa buah kampung Melayu di Jelutong sebelum ini melainkan menjauhkan diri di samping mengambil peluang mendapatkan kewangan, " katanya.

Yusoff juga mengingatkan penduduk kampung berkenaan agar tidak terikut dengan rentak Umno dan individu yang kini bersekongkol dengan Barisan Nasional (BN) sebaliknya bersama di meja rundingan dengan kerajaan negeri.

Jelasnya, pertemuan antara kariah Masjid Jamek Jelutong dan penduduk Kampung Pokok Asam baru-baru ini bermatlamat membantu mendapatkan maklumat bagi menyalurkan pandangan kepada kerajaan negeri demi kebaikan masyarakat di situ.

"Jangan ada yang melatah mengeluarkan kenyataan yang keras kononnya kerajaan dan Ahli Majlis MPPP tidak mahu membantu bahkan bersekongkol dengan pemaju mengusir penduduk Melayu. Kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah buat kerja kotor melainkan kepimpinan Umno dan konco-konconya semasa di era BN berkuasa," tegasnya yang juga Ahli Majlis MPPP.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB