BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Sabtu, Februari 27, 2010

UMNO Pulau Pinang takut tenggelam : Guru-guru jadi mangsa fitnah

Oleh : KedahLama

Petang kelmarin, sorang kawan aku berjawatan Guru Besar di sebuah sekolah di Pulau Pinang maklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) mula panggil cikgu-cikgu sekolah dan pegawai-pegawai di JPN dan PPD untuk disoal siasat kerana dituduh sbg pro parti pembangkang (PAS dan PKR). DAP takdak pun, pasai bangsa Cina tak pernah buat naya kpd kaum sendiri walaupun depa bukan beragama Islam.

Katanya cikgu-cikgu ni dituduh manjadi anggota atau ahli PAS atau PKR dan ada juga yang dipanggil kerana dianggap menyokong Pakatan Rakyat. Maka ramailah yang kena panggil. Aku dimaklumkan juga seramai 42 guru dan pegawai telah dipanggil dan depa ni disoalsiasat bertubi-tubi dan diperlakukan seperti penjenayah perang.

Yang heran tu, arahan ni mai dari Perhubungan UMNO Pulau Pinang. Senarai nama katanya dihantar oleh Bahagian-bahagian UMNO di Pulau Pinang. Zahid Hamidi dikatakan telah bawa senarai nama dan pertuduhan tu kepada Pengarah JPN Pulau Pinang, Haji Ibrahim Bin Ahmad. Pengarah JPN P.Pinang ditekan dan dipaksa untuk ambik tindakan kpd guru-guru ni. Kalau Pengarah JPN tak ambil tindakan kepada guru-guru, maka Zahid Hamidi akan ambil tindakan kepada Pengarah JPN P.Pinang.

Akibat tekanan hebat ni, maka Timbalan Pengarah JPN dan beberapa Ketua Sektor JPN P.Pinang telah turun ke setiap daerah dan menyoal siasat guru-guru ni. Ada guru yang katanya terpinga-pinga dan tidak percaya dengan tuduhan yang dilemparkan kpd depa. Ada juga guru yang dipaksa mengaku terlibat dengan PAS dan PKR. Ada guru yang pi kuliah agama dengar ustaz baca kitab pun dituduh PAS. Mcm-mcm lagi dakwaan yang kawan aku habag.

Yang peliknya pasai apa UMNO P.Pinang dok kacau JPN? JPN dan cikgu-cikgu ni bukannya depa yg bayag gaji. Lagipun UMNO ni bukannya kerajaan. Dia hanya parti politik. DAP yang memerintah P.Pinang pun tak pernah ambil tindakan kpd kakitangan Kerajaan Negeri yang pro UMNO dan BN. Malah DAP bagi kebebasan dan hak kpd kakitangan Kerajaan Negeri untuk pilih mana-mana parti yg depa mau.

Kalalulah mcm ni pun angkara bermakna amat durjanalah UMNO. UMNO masih kolot dan primitif dan otordog.
UMNO sebenagnya pelingkup Melayu. Penuh dengki khianat. Hati busuk dan penuh dendam kesumat. Nampaknya Lim Guan Eng lebih cerdik dan dihormati. Tak sama dengan Zahidi Hamidi yang bodoh, dungu, jahat dan berhati iblis. Zahid Midi ni penjahanam dan pelingkup Melayu.

Ingatlah masa hampa akan sampai. Kalau dalam PRU-13 nanti Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, siaplah hampa. Talibarut yang jahat dan durjana yg dok jadi informer di JPN dan PPD seluruh negara akan dihukum kerana dosa menjahanamkan bangsa sendiri. Hampa ingat hampa akan berkuasa selamanya ka?

Aku pesan kat member aku tu, supaya senaraikan nama-nama talibarut UMNO yang dok jadi hantu dan bangsat di sekolah, PPD dan JPN. Masa akan sampai untuk depa pulak. Depa yg memulakan permainan jahat ni, dan depa pasti akan dihukum bila tiba masanya.......kesian cikgu-cikgu di Pulau Pinang.....tak pasai-pasai kena panggil mengadap dan dituduh serta dilayan mcm penjenayah oleh Ketua Sektor Pendidikan Pulau Pinang yang mnjadi jurucakap UMNO semasa sesi soalsiasat......


Sambutan Maulidur Rasul : Ada cubaan Sabotaj di Pulau Pinang

Majlis Sambutan Maulidur Rasul bertemakan “Memantapkan Ukhuwah Memperkasa Ummah” yang dianjurkan Kerajaan Pulau Pinang nyata menangkis tuduhan pihak tertentu kononnya kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng membatalkan perarakan itu.

Malah menurut EXCO Hal Ehwal Agama Negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Abdul Kassim, kerajaan negeri juga menjana pelbagai program dalam usaha melahirkan umat Islam yang celik agama melalui beberapa ceramah dan forum agama.

"Masa-masa akan datang kita akan lebih menitikberatkan untuk pengisian Maulidur Rasul bukan hanya budaya atau cara yang selalu dilakukan, tetapi kita akan fikir usaha di mana kita akan buat pembaharuan supaya rakyat dan umat Islam dapat dapat manfaat dalam pembentukan akhlak", katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang medianya selepas majlis sambutan berkenaan.

Dalam pada itu beliau melahirkan rasa kesal terhadap sikap Jabatan Penerangan kerana menolak permintaan kerajaan negeri untuk menggunakan khidmat jabatan itu untuk mengadakan perarakan sambutan berkenaan hari ini.

“Dalam surat ini dinyatakan, dukacita dimaklumkan, bahawa jabatan ini tidak dapat menyediakan kenderaan dan bekalan siaraya di atas kerana kelengkapan ini telah lebih awal dijadualkan untuk aktiviti-aktiviti penerangan mengenai dasar-dasar kerajaan persekutuan.

“Ini adalah surat yang dihantarkan oleh Jabatan Penerangan hari Rabu petang, setelah kita mendesak meminta jawapan. Sungguhpun wakilmya memang hadir pada setiap mesyuarat perarakan tapi Rabu baru dapat surat, terpaksa Khamis kita terpaksa cari usaha-usaha lain antaranya mengambil syarikat krein swasta, sewa generator dan sound sistem.

Beliau menyifatkan tindakan berkenaan sebagai salah satu usaha mensabotaj kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat," katanya.

Menurutnya, walaupun pelbagai tekanan dan halangan dihadapi, kerajaan negeri sedaya upaya merealisasikan hasrat rakyat untuk menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul.


Selasa, Februari 23, 2010

Berdebat pun kecut *****, nak jadi Juara Rakyat konon....piiiiirah!!!


Tergelak besar saya dengan gelagat Umno yang akhir-akhir ini cuba mempromosikan dirinya sebagai juara rakyat, tapi bila dicabar ke hadapan, kecut habis dari hujung hingga ke pangkalnya! Sekali lalu, juara rakyat ini cuba menjadi hero dalam banyak isu, terbaru isu perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang. Tapi akhirnya juara rakyat kantoi sendiri bila negeri-ngeri yang dikuasai BN seperti Johor, Pahang dan Perlis juga tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul.

Dan petang tadi, juara rakyat ini sekali lagi bikin 1Malaysia gelak besar apabila parti itu menerusi Pemuda Umno Pulau Pinang dan algojo setianya Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) menolak Debat Perdana Rakyat 2010 yang dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Bagi membuktikan pepatah Melayu tidak 'tahu menari dikatakan tanah tinggi rendah' itu betul, Pemuda Umno dan DPMMPP memberi dua alasan kelakar mengapa mereka enggan berdebat. Pertama, mereka hanya mahu berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng saja dan tidak melayan cabaran dari 'ikan bilis' (Pemuda PR). Kedua, mereka enggan berdebat dengan Pemuda PR yang dianggap sebagai 'kuda tunggangan' Guan Eng.

Jadi kini Sang Juara telah menunjukkan siapa dirinya yang sebenar. Jika cabaran daripada 'ikan bilis' untuk bedebat pun juara rakyat sudah nampak pucat muka dan ketaq lutut, apa lagi nak berdebat dengan 'ikan jerung' bernama Guan Eng yang telah lulus ujian ketahanan diri setelah dipenjara selama 18 bulan kerana membela budak perempuan Melayu yang dirogol oleh seorang pembesar Umno itu? Jika dengan 'kuda tunggangan' Guan Eng pun Pemuda Umno dan DPMMPP tak berani bertarung, apa lagilah nak bertarung dengan pemilik kuda yang pastinya lebih tangkas dari kudanya itu?

Alahai Pemuda Umno, alahai DPMMPP, tak payahlah menipu Melayu lagi. Cukuplah setengah abad hangpa menipu Melayu, menjual tanah Melayu, menyewa permit dan lesen orang Melayu kepada kaum kerabat hangpa daripada kaum Gerakan dan MCA. Semua orang Melayu Pulau Pinang tahu penipuan hangpa, semua orang Melayu tahu sebelah dari teloq hangpa sudah kena rebus oleh Gerakan dan MCA sejak setengah abad dulu lagi. Dengan teloq yang tinggai sebelah lagi itu hangpa memang tak berani berdebat punya, tak payahlah beri alasan-alasan yang tak logik itu lagi!!

Berdebat pun kecut teloq, nak jadi juara rakyat konon....piiiiirah!!

Isu Melayu & Islam : "Kokok Berderai-derai, Ekor Bergelumang Taik"

Tindakan Pemuda Umno Pulau Pinang dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan negeri itu (DPMMPP) yang menolak Debat Perdana Rakyat 2010 dianggap sebagai pengecut.

Sebaliknya kumpulan itu menuntut untuk hanya berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu dakwaan peminggiran orang Melayu-Islam.

Menurut Setiausaha, Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), Syed Mikael Rizal Aidid (kiri), alasan demi alasan yang diberikan oleh DPMMPP dan Pemuda Umno adalah mesej jelas mereka gentar dengan kebenaran.

“Sindiran Yang Dipertua DPMM Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen yang mengatakan dia tidak melayan cabaran dari 'ikan bilis' dan ejekan Norman Zahalan yang menuduh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang seperti 'kuda tunggangan' Ketua Menteri, semakin menampakkan siapa diri mereka yang sebenarnya,” katanya.

Syed Mikael berkata Debat Perdana Rakyat 2010 anjuran Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang bertajuk “Isu Melayu-Islam Pulau Pinang : Antara Provokasi & Kebenaran” adalah ruang yang terbaik kepada semua pihak memperjelaskan isu berkenaan.

“Jika mereka (DPMMPP dan Umno benar-benar mahu menjadi pejuang isu-isu rakyat di Pulau Pinang, ini peluang mereka.

“Bermula pada hari ini (22 Februari 2010) kami memberikan tempoh selama seminggu kepada mereka untuk mengumpul bahan debat dan seterusnya menyahut cabaran. Kemuncak kebenaran yang dinantikan oleh seluruh rakyat Pulau Pinang adalah di Debat Perdana Rakyat 7 Mac ini, di Seberang Jaya,” tambah Syed Mikael lagi.

Beliau juga menasihatkan golongan itu supaya tidak berlagak 'jaguh' di sebalik alasan lapuk yang dikeluarkan tetapi 'menikus' bila berhadapan dengan rakyat.

Menurut Syed Mikael lagi AMKPP bersama-sama dengan Pemuda Sosialis DAP dan Dewan Pemuda PAS menasihatkan DPMM-GPMS-UMNO supaya tidak bacul dan segera menyahut cabaran debat berkenaan.

“Buktikan anda adalah anak jantan dan bukan bacul. Jadilah 'juara rakyat' di saat rakyat memerlukannya, dan bukan hanya menjadi 'juara rakyat' di dalam media,” katanya. 
 

Surat Jemputan Debat



Surat kepada Norman Zahalan, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang diterima oleh Setiausaha Kerja UMNO Pulau Pinang, Ramlan Ishak


Surat kepada Rizal Faris, Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang diterima oleh Setiausaha Kehormat Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Mazri Mahmood

klik gambar untuk paparan lebih jelas
KOMEN : 'Juara Rakyat' ka 'Jual Rakyat'? "Kokok Berderai-derai, Ekor Bergelumang Taik"

AMK Ranting Padang Lalang anjur Liga Bolasepak


Padang Lalang, 14 Februari 2010 - YB Ustaz Maktar telah merasmikan Liga Bolasepak Kg. Padang Lalang anjuran AMK Ranting Padang Lalang.

Hadir sama Timbalan Ketua Cabang Nibong Tebal; Hj. Mohd Kamil Abu Bakar, Pengerusi JKKK Padang Lalang; Abu Bakar bin Rashid, Setiausaha JKKK Padang Lalang; Yusuf bin Ibrahim serta Pengerusi JKKK Sg. Bakap Selatan; Yahaya bin Saat.

Isnin, Februari 22, 2010

Siapa Tipu Siapa?

BENARKAH MELAYU & ISLAM PULAU PINANG DITINDAS SERTA RAKYATNYA DIZALIMI KERAJAAN PAKATAN RAKYAT?

22 Februari 2010
10 pagi

Berkumpul di tempat letak kereta MPPP DUN P.Pinang. Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan menghantar surat jemputan DEBAT secara rasmi kepada:
1. Rizal Faris (DPMPP)
2. Jais (GPMS)
3. Norman Shazlan (Ketua Pemuda UMNO PP)

Tarikh DEBAT Perdana pada 7 Mac 2010 sempena 2 tahun PR perintah P.Pinang, jam 9 malam di Tapak Expo Seberang Jaya.


Walaupun saya terpenjara, BN tetap akan tumbang pada PRU13 - Anwar

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan BN bahawa rakyat akan menolak BN dari Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang - tidak kira sama ada beliau merengkok di penjara atau tidak.

Katanya, rakyat sudah begitu bosan dengan BN dan mereka kini sudah bersedia untuk menumbangkan kerajaan pusat yang didukung oleh Umno dan menggantikannya dengan Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada hadirin yang membanjiri rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di Machang Bubok, Pulau Pinang, Anwar berkata, BN, Umno, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, malah isterinya Datin Seri Rosman mansor "tidak seharusnya hidup dalam ilusi palsu'.

Katanya, mereka tidak seharusnya mempunyai persepsi salah yang para pengundi akan kembali menyokong BN jika beliau dipenjarakan.

Anwar merujuk kepada perbicaraan tuduhan kes liwat terhadapnya yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sebaliknya, kata beliau, rakyat akan bangun menolak Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang, tidak kira sama ada beliau di dalam penjara ataupun tidak.

Anwar berkata, di mana-mana sahaja, rakyat dilihat sudah bersedia untuk menolak Umno dan BN.

Beliau berkata, rakyat sudah lama hilang kepercayaan kepada Umno dan BN kerana "rasuah telah menjangkiti pentadbiran Putrajaya hingga ke akar umbinya".

Kerana rasuah, katanya, Malaysia telah jauh ketinggalan dalam bidang ekonominya, termasuk di rantau Asean.

Malaysia, katanya, kini ketinggalan di belakang Singapura, Thailand, Indonesia, malah Vietnam di segi pertumbuhan ekonomi dan daya saing.

"Kita hanya baik sedikit daripad Burma dan Zimbabwe," kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.


Program UMNO Juara Rakyat di Permatang Pauh ditentang

Tanpa rasa malu dan hormat kepada bantahan rakyat, Umno terus berlagak samseng dan menunjukkan sikap "gedebe" dengan terus menggunakan kemudahan sekolah untuk menganjurkan program Juara Rakyat ilham Presiden Umno Najib Razak.

Yang menaikkan kemarahan rakyat apabila bajet Kementerian Pelajaran dipotong sehingga 20 peratus menyebabkan kesengsaraan kepada pelajar dan juga ibubapa.

Ini termasuk Skim Bantuan Tuisyen (SBT) pelajar miskin, bantuan pakaian seragam unit beruniform, bantuan makanan asrama, rancangan makanan tambahan, elaun murid berkeperluan khas dan bantuan sukan dan kokurikulum yang telah dimansuh atau dikurangkan.


Namun Umno dengan muka tebal menggunakan kemudahan sekolah untuk tujuan politik mereka walaupun sekolah-sekolah seluruh negara menderita akibat pengurangan belanjawan.



Petang tadi 500 penyokong Pakatan Rakyat terpaksa berdepan dengan puluhan anggota polis dan FRU di perkarangan Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda, Permatang Pauh kerana membantah penggunaan dewan sekolah untuk tujuan Program Bulan Kebajikan Umno Juara Rakyat.



Desakan kuat daripada Pakatan Rakyat menyebabkan Umno akhirnya akur dan terpaksa membatalkan program tersebut apabila penyokong melaungkan 'Umno bukan juara rakyat, Umno juara penipu".


Wartawan Suara Keadilan Qayum Rahman yang berada di lokasi kejadian melaporkan Pakatan Rakyat telah membuat laporan polis terhadap acara tersebut semalam tetapi Umno tidak menghiraukannya dan meneruskan program mereka.



Seorang penyokong Pakatan Rakyat, Mahathir Abdullah berkata, "mereka (Umno) dah langgar kawasan kami hingga menyalahguna sekolah untuk tujuan politik kotor".

Noraliza Abdul Wahab pula berkata bantahan dibuat kerana Umno secara jelas menggunakan sekolah untuk agenda politik dan tidak kena mengena dengan pendidikan.

"Kami bantah Umno guna sekolah rakyat sebagai tempat untuk raih sokongan murahan untuk menarik hati penduduk yang sudah lama tak suka pada mereka," kata beliau.

Abdul Manap Osman pula berkata," Umno dah lama kalah tapi masih tak sedar diri dan cuba adakan program yang hanya dihadiri beberapa kerat orang saja. Kami tak puas hati mereka dengan senang guna sekolah yang sepatutnya tidak boleh digunakan sebagai tempat politik".

YB Hj. Maktar selaku Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang dan YB Ustaz Salleh Man (Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang) turut sama memberi sokongan.

Ketua Menteri sangkal dakwaan liar

Kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah berbohong tentang peruntukan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) pada tahun 2008 di era pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebanyak RM12,548,580 kerana ia disahkan oleh Jabatan Kewangan Negeri, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Katanya, peruntukan RM7,548,580 dikhaskan untuk pengurusan manakala RM5 juta lagi untuk tujuan pembangunan.

"Saya terpaksa buat kenyaaan ini berikutan terdapat tuduhan liar oleh pihak yang tidak bertanggugjawab yang mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bercakap tidak berfakta. Itulah hakikatnya kerana ia disahkan oleh Jabatan Kewangan Negeri," ujarnya dalam kenyataan akhbar semalam.

Pihak yang tidak bertanggungjawab baru-baru ini menyangkal kenyataan Lim bahawa bantuan yang diterima oleh Maipp pada tahun 2008 semuanya perbelanjaan pembangunan.

Pada perbelanjaan kerajaan negeri kali pertama iaitu tahun 2009, Maipp sudah mendapat limpahan bantuan sebanyak RM20.5 juta yang merangkumi  pengurusan dan perbelanjaan, manakala pada tahun ini dinaikkan lagi kepada RM24.3 juta.

"Kerajaan Pakatan Rakyat melakukan yang terbaik untuk umat Islam berbanding BN di bawah pentadbiran Tan Sri Koh Tsu Koon.  Inilah yang merunsingkan sekutu BN iaitu Umno yang asyik berdendam dengan Pakatan Rakyat ekoran mereka tidak pun bertindak membela orang Melayu sebalikya sanggup menarik balik perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR)," tegas beliau.

Jesteru itu, beliau menasihatkan pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk badan bukan kerajaan (NGO) jangan membuat tuduhan liar sebaliknya mendokong kerajaan sedia ada demi meningkatkan syariat Islam di negeri ini.


Khamis, Februari 18, 2010

Konspirasi 2 : Hakim Zabidin Enggan Tarik Diri

Hakim Zabidin Mohd Diah mengesahkan beliau tidak akan menarik diri dari mendengar penghakiman konspirasi 2 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan tidak mahu lari dari tanggungjawab yang diamanahkan terhadapnya.

Zabidin sebelum ini diminta mengundurkan diri dari menghakimi perbicaraan itu apabila beliau enggan mengambil sebarang tindakan terhadap laporan akhbar Utusan memfitnah dan mengaibkan Anwar.

Sementara itu, Anwar memfailkan permohonan penangguhan sementara di Mahkamah Rayuan bagi menangguhkan perbicaraan konspirasi 2 terhadapnya di Mahkamah Tinggi.

Pengesahan afidavit dilakukan di kaunter pendaftar Mahkamah Tinggi sebentar tadi.
Semalam Mahkamah Rayuan menolak permohonan lisan peguam Karpal Singh tanpa afidavit. 


Rabu, Februari 17, 2010

Anwar Lantik Tiga Pakar DNA Asing

Pasukan pembelaan kes Konspirasi II terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik tiga pakar Asid Deoksiribonukleik (DNA) dan forensik dari luar negara untuk membantu dalam perbicaraan kes tersebut.

Salah seorang peguam Anwar, Sankara Nair dalam satu kenyataannya berkata ketiga-tiga peguam itu akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bermula esok.

Ketiga mereka ialah Dr Brian Mc Donald dari Sydney, Australia,  pakar forensik Dr C Damodaran, dari Chennai, India dan Dr David Wells dari Melbourne, Australia.

Dr Mc Donald adalah ahli patologi dari Universiti Western Australia dan merupakan Pengarah DNA Consults.

Dr C Danodaran pula mempunyai 28 tahun pengalaman dalam bidang forensik dan 36 tahun dalam bidang bio-kimia dan toksilogi.

Manakala Dr Wells merupakan Prof Madya dalam bidang jenayah di Universiti Melbourne dan Ketua Bahagian Perubatan Klinikal Forensik di Institut Perubatan Forensik Victoria.

Mereka akan menyediakan laporan kepakaran dalam bidang DNA yang akan dikemukakan dalam perbicaraan nanti.

Mahkamah yang bersambung esok akan mendengar permohonan Anwar supaya hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Dian menarik diri dalam perbicaraan tersebut.


Terus Mara.... Jayakan Agenda Perubahan

Saya mengambil tanggungjawab penuh berikutan keputusan individu tertentu yang bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat (KeADILan). KeADILan sejak mula adalah sebuah wadah kepada mereka yang berhasrat mendukung prinsip-prinsip perjuangan demi membawa Perubahan untuk rakyat Malaysia.

Oleh itu tidak hairanlah perjuangan ini sedari mula sering diserang kelompok terdesak yang sedar hegemoni mereka kini goyah dilanda kesedaran Rakyat. Kita tidak menjanjikan imbuhan serta kedudukan kepada mereka yang mahu bersama KeADILan. Perjuangan ini menuntut kesediaan serta kesanggupan mengharungi tekanan dan cabaran.

Pada permulaannya antara cabaran yang kita hadapi adalah masalah kewangan. Kita tidak punyai banyak pilihan. Alhamdulillah pada PRU 2008 lalu kita tetap berjaya menampilkan calon-calon berwibawa dan berkelayakan.

Walaubagaimanapun sudah tentu ada di antara mereka yang alpa lalu memilih meninggalkan KeADILan sekaligus mengecewakan hasrat Rakyat untuk mengembalikan negara ke landasan yang sebenar.

Namun saya yakin kita mampu melewati titik kecil itu dalam sejarah kita yang panjang. Percayalah pastinya ada hikmah di sebalik semua ini. Kita semestinya mengambil episod ini sebagai pelajaran bermakna dan berusaha tidak mengulangi kesilapan sebegini di masa hadapan.

Kepimpinan akan menumpukan perhatian untuk memastikan bakal calon yang dikemukakan bukan sahaja berwibawa dan berkelayakan bahkan terdiri dari mereka yang tahan diuji serta setia kepada perjuangan ini.
ANWAR IBRAHIM
Rabu, 2010 Februari 17 

Fakta yang perlu ANDA tahu!!!

Selasa, Februari 16, 2010

Himpunan Rakyat Menyokong Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Tarikh : 16 Februari 2010
Masa : 9 malam
Tempat : Dewan Mellinium, Bertam


Penceramah :
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YAB Lim Guan Eng
3. YB Mansor Othman
4. YB Law Choo Kiang
5. YB Ng Wei Aik (Ketua DAPSY PP)
6. YBhg Sdr Amir Ghazali (Ketua AMKPP)
7. YBhg Ust Yusni Mat Piah (Ketua DPPPP)
8. YBhg Ust Roshidi Mustafa

Orang ramai dijemput hadir

Sabtu, Februari 13, 2010

Zahrain's Resignation: KEADILAN has no place for Opportunists

Parti Keadilan Rakyat views the resignation of Bayan Baru MP Dato Seri Zahrain Mohd Hashim with regret but not surprised, and recognises it as part of a necessary streamlining process to ensure that the party and its coalition partners in Pakatan Rakyat are best positioned to serve the people in the future.

Zahrain's resignation is clearly a pre-emptive move as he is facing a disciplinary proceeding following his recent press attacks on Penang Chief Minister Lim Guan Eng, and it is likely that he would have been sacked had he been found guilty. A show cause letter had been issued to him on 8th February 2010 requesting him to respond by 12th February 2010.

Parti Keadilan Rakyat recognises its duty to uphold the will of the people as expressed by the voters at the March 8, 2008 general election. Its stance is clear. Those who do not believe in the struggle for social and economic justice are not welcome in the party. The painful process of weeding out opportunists will have great long-term benefits to truly effect change in Malaysia.

This comes at a time when the party is facing many challenges because the ruling Barisan Nasional views it as a clear threat to its thus far unbroken hold on power. These challenges include the current trial of PKR leader Dato' Seri Anwar Ibrahim on a unjust charge. At this time of increased pressure, those who are lacking in commitment may waver and leave the party, betraying the rakyat who elected them and exposing their true agenda.

However the party is determined to continue to hold its representatives accountable to the mandate entrusted to them by the people.


LATHEEFA KOYA
Information Chief, KEADILAN


Bebas dari menggalas biawak hidup - PKR Pulau Pinang

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pulau Pinang ibarat terlepas daripada 'menggalas biawak hidup' ekoran tindakan bekas pengerusi perhubungan negeri merangkap Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim mengisytiharkan keluar parti pagi tadi.
Setiausaha PKR negeri, Senator Mustaffa Kamal Mohd Yusoff ketika dihubungi sebentar tadi beranggapan Zahrain bermasalah jika masih menjadi ahli parti kerana terus mengancam dari dalam.
Tambahnya, PKR negeri sama sekali tidak merasakan kehilangan 'sebutir permata' berikutan tindakan Zahrain mengisytiharkan sebagai anggota Parlimen Bebas.
"Keadilan Negeri Pulau Pinang tidak langsung kehilangan sebutir mutiara yang bersinar walaupun beliau pernah menerajui kepimpinan PKR apabila diberikan kepercayaan memimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah bebas dari penjara dulunya," tegas beliau.
Apa pun, katanya Zahrain bukan seorang pejuang tulen yang sanggup berhadapan dengan pahit maung pada era reformasi sebaliknya diambil sewaktu PKR sudah meningkat atau kata lain di waktu Anwar telah dibebaskan.
Waktu itu, ujarnya ramai kenalan Anwar berduyun-duyun menghampirinya di samping melobi untuk menghulurkan tangan membantu memperkasakan perjuangan sedangkan pada awalnya golongan terbabit tidak nampak muka.
Beliau juga hairan melihat sikap Zahrain pada tahun 2010 yang sepatutnya bekerja keras membantu PKR Pusat ataupun negeri walaupun sudah tidak memegang apa-apa jawatan di peringkat negeri.
"Saya rasa bangga dengan ucapanya sewaktu peralihan kuasa kepada Dr Mansor di Yayasan Aman, Penanti di mana beliau berkata walaupun tiada apa-apa jawatan di peringkat negeri tetapi atas dasar perjuangan beliau tetap berdiri di belakang Dr Mansor, " jelasnya.
Rupa-rupanya, kata Mustaffa Kamal apa yang dikatakan tidak menjadi kenyataan kerana Zahrain tewas di tengah jalan perjuangan.

Khamis, Februari 11, 2010

Parti Keadilan Regrets UN Envoy's Dismissal by BN Government

Parti Keadilan Rakyat regrets the decision by Najib's government to dismiss its serving envoy to the United Nation's nuclear watchdog, the International Atomic Energy Agency's Board of Governors for voting against a censure resolution against Iran. The decision is clearly a result of pressure applied on Malaysia by the US government as it steps up its efforts to isolate both politically and through economic sanction.


The removal of veteran diplomat Ambassador Mohd Arshad Manzoor Hussain for voting alongside Cuba and Venezuela is particularly unfortunate as the latter has enjoyed a long and distinguished career and has privately maintained that he believed he was voting in accordance with the established principles of the Non-Aligned Movement of which Malaysia is a committed member.


The dismissal is unprecedented and sent a signal to the international that Malaysia has compromised our diplomatic independence. We call on PM Najib Razak to make a public stand whether Malaysia has abandoned our non-aligned principle and submit our national sovereignty to the wills of world superpowers.


LATHEEFA KOYA
Information Chief
Parti Keadilan Rakyat


Keadilan Kesal Dengan Pemecatan Duta Malaysia ke PBB oleh Kerajaan BN

Penyingkiran diplomat veteran Duta Mohd Arshad Manzoor Hussain kerana beliau mengundi bersama-sama Cuba dan Venezuela merupakan peristiwa yang cukup malang. Beliau telah melalui suatu kerjaya khidmat yang panjang dan terkenal dengan ketokohannya.
Secara peribadi, beliau mempertahankan tindakannya mengundi itu seiring dengan prinsip-prinsip yang diangkat dalam Gerakan Negara-negara Berkecuali, yang mana selama ini Malaysia merupakan anggotanya yang cukup bersungguh-sungguh sekali iltizamnya.
Pemecatan ini belum pernah lagi terjadi. Ia menghantar isyarat kepada dunia bahawa kerajaan Malaysia telah menjual kemerdekaan diplomatik rakyatnya. PKR menggesa PM Najib Razak untuk mengisytiharkan pendirian kepada umum, samada Malaysia telah membuang prinsip negara berkecuali dan menyerahkan kedaulatan negara kepada kehendak serta keinginan kuasa besar dunia.

LATHEEFA KOYA
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat

Ahad, Februari 07, 2010

ANWAR IBRAHIM – KONSPIRASI NOMBOR DUA

Hanya sebelas tahun semenjak Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri, beliau menerima tamparan dengan dakwaan liwat dan seolah-olahnya tuduhan rasuah (penyelewengan kuasa). Beliau berdepan dengan dua perbicaraan yang dikutuk seluruh dunia sebagai perbicaraan tidak adil dan bermotivasikan kepentingan politik pihak tertentu. Hasilnya beliau menghabiskan enam tahun dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh, dikurung bersendirian selama pemenjaraan hanya dibenarkan bertemu dengan ahli keluarga dan para peguam sahaja. Akhirnya bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad mendapat hukuman setimpal dengan berat hati dipaksa bersara pada bulan Oktober 2003. Kemudiannya Anwar dibebas dan dilepaskan pada 2 haribulan September 2004 pada tahap terakhir rayuannya di mahkamah mengubah penghakiman kes liwatnya.


Sekarang mimpi ngeri itu bermula lagi. Pada 16 Julai 2008, Anwar ditangkap atas tuduhan kes liwat yang baru, selepas suatu laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari, pembantu berpangkat rendah dalam pejabatnya pada 28 Jun 2008. Anwar berkata tuduhan ini, sekali lagi bermotifkan politik, sebagai cubaan terbaru untuk menghalang kerjaya politiknya yang kembali bangkit mendadak kegemilangannya. Ramai orang di dalam dan di luar negara bersetuju dengan penilaian ini.


Kes terbaru ini hanyalah ulang tayang skrip lama dengan para pelakon yang baru - skrip sekarang ini juga menampilkan episod-episod campurtangan politik, kecurangan dan penyelewengan para pegawai di pejabat Peguam Negara dan pihak polis, penipuan bukti-bukti yang muncul daripada suatu konspirasi politik untuk menghentikan kerjaya cemerlang politik Anwar.


Kes hairan yang benar-benar pelik

Terdapat banyak fakta terhadap dakwaan yang dibuat Saiful dan tindak tanduknya yang sudahpun berada dalam pengetahuan orang ramai. Fakta-fakta ini bercakap dengan sendirinya. Secepatnya ia menunjukkan betapa tidak kukuhnya kes yang direka-reka ini, selain bertujuan menjatuhkan Anwar.


Saiful mendakwa dalam laporan polisnya bertarikh 28 June 2008 di Hospital Kuala Lumpur ("HKL") yang dia diliwat Anwar pada tengahari Khamis 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Bukit Damansara. Saiful bercerita kepada pihak polis dalam kenyataannya yang mendakwa dia telah diserang paksa sebanyak 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya oleh Anwar sepanjang dua bulan yang berlalu itu. Dalam laporan polisnya dua hari kemudian pada 28 Jun 2008, dia mendakwa kejadian liwat ini memang berlaku tanpa kerelaan hatinya.Cerita Saiful ini menimbulkan kecurigaan kenapa dia sebagai kononnya "si mangsa"yang dipaksa liwat 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya, selama dua bulan tetapi tidak membuat sebarang aduan kepada pihak berkuasa. Sepanjang waktu itu dia berhubungan secara biasa dengan Anwar dan kesemua kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.


Turut didedahkan pada Rabu 25hb Jun 2008, sehari sebelum serangan seksual terakhir pada hari Khamis keesokan harinya, Saiful telah bertemu dengan pegawai polis berpangkat tinggi Penolong Kanan Komisioner SAC Rodwan Mohd Yusof (waktu iti Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis DiRaja Malaysia, sekarang Ketua Polis Melaka) di Hotel COncorde, Kuala Lumpur di bilik bernombor 619. Apabila ditanya wartawan tentang pertemuan ini, Rodwan tidak memberikan sebarang komen. Rodwan telah memainkan peranan penting bersama pasukan polis dalam kes Anwar tahun 1998/99 dahulu. Rodwan terkenal dengan peranannya mengambil sampel darah Anwar untuk ujian DNA tanpa mengikut lunas undang-undang. Dia juga terkenal dengan tuduhan meletakkan kesan DNA yang direka-reka pada tilam yang diusung ke mahkamah. Sewaktu perbicaraan pertamanya pada tahun 1998, bukti DNA tidak dapat dipakai hinggakan hakim Augustine Paul yang jelas berat sebelah terpaksa membuang bukti tersebut daripada membantu kes pendakwaan.


Umum juga telah didedahkan "si mangsa" ini telah juga bertemu dengan Perdana Menteri sekarang (waktu itu masih Timbalan Perdana Menteri) beberapa hari sebelum kejadian yang didakwa itu berlaku. Apa yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini Najib pada awalnya menafikan pertemuan dengan Saiful kepada pihak media, tetapi kemudiannya mengakui, menjelaskan pertemuan itu berlangsung kerana Saiful (gagal dari universiti, tidak habis belajar) meminta bantuan Najib untuk mendapatkan biasiswa. Selepas itu barulah Najib memberi tahu pihak media bahawa Saiful diliwat Anwar dan dalam pertemuan tersebut Saiful kelihatan cukup traumatik.


Tindak tanduk Saiful selepas kononnya dipaksa liwat pada hari Khamis turut menimbulkan tanda tanya. Pagi besoknya, Saiful ke pejabat Anwar seperti biasa. Dia tidak mengadu kepada sesiapapun dan muncul dalam keadaan yang normal.Pada sebelah petangnya dia menghadiri acara anjuran Anwar Ibrahim Club di rumah Anwar, yang mana Anwar sendiri turut hadir. Di sana dia membantu menghidangkan kopi kepada sedozen orang yang hadir, tanpa memperlihatkan tanda-tanda takut atau cemas, dia mampu berdiri dan duduk tanpa menunjukkan tanda-tanda ketidak selesaan.


Pada hari Sabtu berikutnya, pada sebelah tengahari, kira-kira jam 2 petang, Saiful memutuskan untuk pergi ke hospital swasta Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) di Jalan Tun Razak. Di situ, dia mengadu kepada Dr. Osman yang dia merasa sakit di dalam lubang duburnya selama beberapa hari dan kelihatannya dia merasa seperti ada bahan "plastik" yang dimasukkan. Pemeriksaan protoskopi (menggunakan alat protoskop yang bertujuan memeriksa hujung lubang dubur) oleh Dr. Osman menunjukkan tidak ada tanda-tanda penembusan atau kemasukan dan keadaan normal dubur dan rektum hujung usus.


Selesai pemeriksaan, dia memberitahu Dr. Osman yang dia diliwat oleh VIP (orang kenamaan) dan Saiful telah dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital kerajaan. Meskipun HKL hanyalah terletak di seberang jalan, Saiful mengambil masa selama dua setangah jam untuk sampai ke sana. Di HKL, dia melaporkan yang dia diliwat, dia kemudiannya diperiksa oleh oleh tiga orang doktor pakar, yang mana bukanlah suatu prosedur yang biasa. Ketiga-tiga doktor tersebut dalam laporan rasmi mereka menyebut, "tidak ada rumusan hasil pemeriksaan klinikal yang dengan pasti dapat mencadangkan penembusan ke dalam lubang dubur ..." sekali lagi ia menguatkan kesimpulan yang dibuat Dr. Osman.


Sesiapapun yang menjadi penyiasat dengan sifat waras akan memahami bahawa pertuduhan liwat tidak akan ke mana-mana dalam keadaan bukti perubatan sejelas itu. Tiada seorangpun penyiasat yang waras akan meneruskan kes pendakwaan. Di sini kita melihat perkara yang sebaliknya berlaku. Pasukan penyiasat bersungguh-sungguh, biarpun bukti perubatan menunjukkan tidak ada penembusan terhadap lubang dubur. Sifat hasad berniat jahat dalam penyiasatan mengukuhkan lagi kewujudan motif politik disebalik tindakan mereka.


Penyiasatan kes ini diteruskan biarpun hasil laporan pemeriksaan perubatan telah diserahkan dengan serta-merta kepada para penyiasat polis. Spesimen yang diambil dengan pengelap daripada Saiful menimbulkan syak wasangka kerana ia mengambil masa dua hari untuk sampai ke makmal untuk dianalisa. Sekarang kita tahu bahawa pihak pendakwaan akan bergantung kepada bukti DNA dalam cubaan untuk membuktikan Anwar terlibat dalam tindakan meliwat Saiful tanpa kerelaannya.


Bagaimana seorang tua dengan sakit belakang dapat memaksa seorang jejaka yang tinggi dan tegap berusia 24 tahun, boleh menjadi soalan yang menarik untuk dijawab para pemerhati politik sepanjang perbicaraan ini.


Soalan lain yang menarik ialah dalam keadaan bukti kukuh perubatan yang menyatakan pemeriksaan klinikal tidak menemui malah untuk mencadangkan penembusan, kurangnya wibawa laporan DNA yang cuba menunjukkan DNA Anwar ditemui didalam lubang dubur Saiful. Perlu diingatkan bahwa bukti DNA sangat mudah untuk direka atau ditambah-tambah, khususnya jika kerja-kerja mereka-reka tambah bukti ini dilakukan oleh para penyiasat yang sama dalam perbicaraan 1998 dahulu.


Contoh-contoh bukti yang direka-reka bagi mengenakan Anwar

Ini bukan kali pertama, kes yang melibatkan Anwar untuk fenomena bukti yang direka-reka muncul. Kes 1998 dan 1999 penuh dengan kejadian pengakuan yang dirancang, bukti DNA yang direka-reka dan penyembunyian bukti pada pihak polis dan para pendakwa kanan yang terlibat.


Beberapa contoh dapat diberikan. Gani Patail merupakan salah seorang Pendakwaraya Kanan dalam kes Anwar pada tahun 1998 telah didedahkan pada tahun ini sebagai mereka-reka bukti perubatan dalam bentuk laporan perubatan. Ianya berhubung penyiasatan serangan terhadap Anwar pada malam 20 September 1998 bilamana Anwar telah diserang secara ganas oleh Rahim Noor. Setelah dunia melihat mata lebam Anwar, wujud desakan dan barulah diikuti dengan penyiasatan polis. Pegawai Penyiasat dalam kes tersebut, Dato Mat Zain telah mengesahkan hal ini dalam suratnya kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) bertarikh 15 April. Menurut surat itu, Gani Patail dengan bersungguh-sungguh mereka-reka bukti laporan perubatan dengan dibantu Musa Hassan (sekarang Ketua Polis Negara) dalam cubaan untuk cuba mencadangkan kecederaan Anwar dilakukan oleh dirinya sendiri. Dr. Mahathir kemudiannya mengumumkan kepada awam tentang kecederaan tersebut dilakukan oleh Anwar sendiri.


Pembentukan bukti rekaan terhadap Anwar juga berlaku dalam kes-kes dan orang-orang yang lain. Gani Patail didakwa terbabis mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuhbagi memaksa dirinya memberi keterangan palsu terhadap Anwar. Hal ini didedahkan dalam akuan bersumpah yang dibuat peguam Nallakaruppan, Manjeet Singh Dhillon yang merupakan saksi langsung cubaan mengugut oleh Gani Patail bagi mendapatkan bukti palsu terhadap Anwar.


Hakim Mahkamah Persekutuan Steve Shim dalam kes Zainur Zakaria lawan PP [2001] 3 CLJ ada menyatakan bahawa permohonan Anwar untuk membatalkan Gani Patail dan Azahar sebagai pendakwaraya kanan kerana penglibatan mereka dalam mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuh bagi mendapatkan bukti rekaan yang diinginkan:


Dalam keadaan ini, apakah beliau ("Anwar") dianggap tidak wajar atas asas ianya melampaui keraguan munasabah untuk membuat aduan bahawa tindak tanduk Peguam Negara (Gani Patail) sewaktu pertemuan pada 2 Oktober 1998 dalam cubaan memaksa Nalla untuk mereka-reka bukti bagi menyempurnakan tuduhan terhadap Anwar untuk kes kesalahan seksual yang lain?"


Namun Hakim Augustine Paul tidak bertindak untuk membatalkan kelayan Gani Patail dan Azahar. Malah Augustine mendapati peguambela Anwar, Zainur Zakaria bersalah sebagai menghina mahkamah kerana memfailkan permohonan pembatalan kelayakan tersebut dan menjatuhkan hukuman 3 bulan penjara. Gani Patail terus mendaki puncak kekuasaan menjadi Peguam Negara. Azahar pula menjadi Hakim Mahkamah Tinggi. Malaysia Boleh!


Sukma, adik angkat Anwar, ditangkap pada September 1998 dan ditahan tanpa ada perhubungan dengan peguam dan keluarga selama 14 hari. Permohonan peguamnya untuk bertemu dengan Sukma ditolak. Dia disiksa secara mental dan fizikal sehinggalah dia membuat pengakuan melakukan liwat dengan Anwar. Pegawai polis yang dinamakan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan sebagai bertanggungjawab dalam penyiksaan ini ialah Musa Hassan, sekarang Ketua Polis Malaysia. Pemeriksaan fizikal oleh Dr. Zahari Noor menunjukkan tidak ada bukti penembusan - laporan ini diketahui oleh pihak pendakwaraya yang menyembunyikannya daripada pengetahuan mahkamah, saat Sukma mengaku "bersalah" hanya berasaskan pengakuan yang dipaksakan itu.


Peguam yang dilantik keluarga Sukma tidak dibenarkan bersuara mewakili anak guamnya setelah dibantah oleh pihak pendakwa raya ( Gani Patail and Yusuf Zainal Abiden ).


Mahkamah Rayuan dalam penghakiman bertulisnya pada Jun 2006 dalam kes Sukma Darmawan Sasmitaat Madja v PP [2007] 4 CLJ 697] menyatakan:


"Di sini kita ada kes kelakuan sumbang pihak pendakwaan dengan secara sengaja menyembunyikan bukti yang memenangkan pihak pembelaan. Tidak ada lagi kes ketidak adilan sejelas ini, apabila pengakuan bersalah didakwa didapatkan dengan cara tekanan yang tidak sah di sisi undang-undang."


Penangkapan dan penahanan Dr Munawar Anees juga sama seperti yang terjadi kepada Sukma, dia ditahan tanpa dapat berhubung dengan peguam dan keluarga, disiksa dan dipaksa membuat pengakuan palsu melakukan liwat dengan Anwar. Malang bagi dirinya, kesemua mahkamah yang dirayu tidak memenangkan kesnya.Hakim-hakim seperti Low Hop Bing J di Mahkamah Rayuan bersama hakim Zaki Tun Azmi ( Ketua Hakim sekarang), Zulkefli Makinudin J. dan Nik Hashim J di Mahkamah Persekutuan telah memastikan permohonan Dr Munawar untuk mendapat keadilan dan membolehkan kesnya dibuka semula telah ditamatkan.


Mereka memastikan Dr Munawar tidak berupaya untuk mendedahkan pengalaman pahitnya pada tahun 1998 di tangan pihak polis, pendakwaan dan mahkamah dalam suatu perbicaraan yang baru. Permohonannya untuk menimbal semula keputusan Mahkamah Persekutuan telah ditolak baru-baru ini pada 28 Desember 2009 oleh panel Mahkamah Persekutuan yang dianggotai Arifin Zakaria J., Raus Sharif J. dan Mohd Ghazali Mohd Yusuf.


Pergeseran yang jelas di antara layanan dalam kes Sukma dan kes Munawar pada peringkat rayuan kepada mahkamah yang lebih atas cukup terang dan nyata. Di dalam sistem perundangan jenayah manapun, apabila pengakuan dicabar atas sebab dilakukaan tanpa kerelaan, pihak tertuduh secara automatiknya dianugerahkan peluang mendengar viva voce (melalui saksi-saksi) berhubung dengan kesukarelaannya. Pendinding perundangan ini menjadi amat penting kerana apabila pengakuan bersalah direkodkan berdasarkan pengakuan tanpa rela.


Cukup disesalkan mahkamah tertinggi di Malaysia tidak nampak prinsip-prinsip asas keadilan sistem kehakiman ini. Melalui tindakan tersebut, mereka telah mengesahkan jenayah serius yang dilakukan pihak polis dan pendakwaraya terlibat apabila dia ditangkap, ditahan dan disiksa bagi mendapatkan pengakuan palsu dan dipenjarakan selama enam bulan hanya kerana untuk memburukkan nama Anwar dengan perkaitan hubungan perkenalan.


Konspirasi hasad niat jahat dalam kes sekarang ini

Gani Patail sekarang merupakan Peguam Negara di Malaysia. Musa Hassan ketua pasukan polis negara. Kedua-dua nama, secara khususnya Gani Patail, telah didedahkan oleh Mat Zain sebagai mereka cipta bukti palsu, suatu jenayah yang serius, bagi mengenakan Anwar dalam penyiasatan ke “mata lebam” Anwar.


Penyiasatan kes sekarang ini dibawah kawalan polis yang mendapat arahan dari Musa Hassan. Hasad jahat penyiasatan menjadi cukup nyata apabila anggota polis bersenjata dan bertopeng menangkap Anwar kira-kira jam 1 tengahari di rumahnya pada 16 Julai 2008 – ini terjadi kira-kira dua setengah minggu selepas laporan dibuat Saiful. Penangkapan itu sebenarnya langsung tidak perlu dibuat. Ini disebabkan para peguam Anwar sedang mengiringi beliau ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lumpur pada jam 2 petang hari yang sama bagi menghadiri temujanji yang telahpun diatur sebelum itu dan dipersetujui oleh pegawai polis yang ditugaskan merekod kenyataan Anwar.


Namun, beliau ditangkap umpamanya beliau seorang penjenayah yang sedang melarikan diri. Anwar ditahan semalaman di lokap, sekali lagi ianya tidak perlu dan cukup jelas menunjukkan hasad jahat. Beliau dipaksa tidur di atas lantai simen yang dingin, menambah burukkan kecederaan lama bahagian belakangnya. Alasan yang diberikan polis untuk menahan Anwar selama semalaman adalah kerana mereka perlu menyelesaikan untuk mengambil kenyataan beliau – namun permintaan beliau untuk pulang pada waktu yang dijanjikan telah ditolak.


Sekarang ia menjadi amat jelas bahawa Anwar ditahan semalaman dilokap kerana percubaan untuk mendapatlan sampel DNA dari tubuh beliau.


Tuduhan Saiful diperkuatkan lagi dengan Saiful mengambil bahagian dalam acara “sumpah lakhnat” di Masjid Negara Kuala Lumpur pada 15 Julai 2008 dengan kehadiran Ustaz Ramlang bin Porigi, salah serang imam di sana. Kemudiannya pada bulan Ogos, Ustaz Ramlang mendedahkan yang dia diarahkan oleh Ketua Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAIWP) Dato Che Mat bin Che Ali untuk hadir sebagai saksi saat sumpah tersebut berlangsung. Disebabkan dia membuat pendedahan umum berhubung perkara ini, Ustaz Ramlang kemudiannya ditukar ke bahagian “kewangan” (JAIWP). Beberapa bulan kemudiannya dia dikenakan tindakan disiplin.


Campurtangan politik juga ditunjukkan dalam pengendalian aduan qazaf yang difailkan oleh Anwar ke atas Saiful kepada pihak JAIWP pada 9 Julai (qazaf merupakan kesalahan dibawah undang-undang syariah kerana memberi kenyataan fitnah terhadap orang lain, khususnya dalam hubungannya dengan kesalahan seksual).


Jabatan penguatkuasaan JAIWP telah menyelesaikan penyiasatannya dalam masa beberapa bulan dan telah merekod kenyataan dari Anwar, Saiful dan saksi-saksi yang relevan. Sehingga ke hari ini JAIWP masih belum mengisytiharkan tidak ada kesalahan yang dilakukan Saiful. Dalam masa yang sama, tidak ada pendakwaan terhadap Saiful yang cuba dibuat. Para pegawai JAIWP telah diarahkan oleh Menteri Persekutuan bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Saiful, atas alasan kes liwatnya masih belum habis berlangsung. Hal ini adalah salah kerana perundangan kedua mahkamah ini adalah terpisah dan indipenden dan sekali lagi ia menunjukkan campurtangan politik.


Hasad jahat dan berat sebelah di pihak pendakwaan; memegang dokumen daripada pihak pembelaan; perbicaraan tidak adil

Perhatian yang serius patut diberikan terhadap hasad jahat dan sikap berat sebelah di pihak pendakwaan. Gani Patail menandatangani sijil pemindahan kes Anwar dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Yusuf Zainal Abiden, Pendakwaraya Kanan dalam pasukan pendakwaan kes sekarang juga terlibat secara giat dalam kes Sukma dan kes pendakwaan Anwar pada tahun 1998. Terdapat keprihatinan dengan memberikan sikap berat sebelah dan mala fide atau niat jahat yang ditunjukkan pihak pendakwaan dalam kes-kes sebelum ini, bahawa Anwar tidak akan mendapat perbicaraan yang adil daripada Pendakwaraya Kanan yang mendakwanya sekarang.


Beberapa tindakan berniat jahat telahpun ditunjukkan dalam persoalan pencarian dokumen-dokumen dan bukti dalam kes semasa ini. Permohonan beterusan dari barisan para peguam Anwar untuk mendapatkan dokumen-dokumen yang sesuai bagi mempersiapkan pembelaan seperti kenyataa saksi Saiful dan saksi-saksi lainnya tidak dilayan oleh Pendakwaraya Kanan. Anwar kemudiannya memohon dokumen-dokumen ini kepada hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi. Hakim Zabidin Mohd Diah telah membenarkan permohonan Anwar ini. Pihak pendakwaraya pula merayu, yang menyebabkan Mahkamah Rayuan mengenepikan penghakiman Mahkamah Tinggi. Rayuan Anwar ke Mahkamah Persekutuan ditolak pada Jumaat 28 Januari 2010. Suatu keputusan yang tidak mengejutkan, dengan melihat pendirian politik yang diambil oleh hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes Dr Munawar.


Fakta menunjukkan rayuan Anwar ke Mahkamah Persekutuan terhadap beberapa hal penting berhubung pengeluaran dokumen itu masih lagi menunggu keputusan. Namun demikian, hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi pada 6 Disember 2009 muncul dalam keadaan tertekan untuk menetapkan tarikh perbicaraan lebih awal dan menetapkan perbicaraan dimulakan pada 25 Januari selama sebulan. Hakim yang sama pernah berkata bahawa tahun ini tarikh perbicaraan tidak akan ditetapkan sehinggalah perihal mendapatkan dokumen-dokumen itu ditentukan oleh rayuan ke peringkat mahkamah yang lebih atas.


Keadilan perbicaraan yang bakal dihadapi Anwar telah dipersoalkan dengan penafian dokumen-dokumen penting bagi persiapan pembelaan. Di dalam perbicaraan jenayah pada hampir keseluruhan sistem perundangan, pihak tertuduh akan diberikan, sebelum perbicaraan, kenyataan-kenyataan kesemua saksi dan keseluruhan dokumen yang dikeluarkan oleh kesemua saksi terbabit. Prosedur ini memastikan keadilan terhadap semua pihak, dan menghalang penangguhan perbicaraan. Meskipun terdapat peruntukan undang-undang sedia ada, namun perbicaraan Anwar akan berjalan seperti cara lama dengan serangan-serangan hendap penghujahan dan pembuktian. Setiap butir-butir perincian kes pendakwaan dan banyak dokumen-dokumen penting akan dilihat kali pertama oleh pihak pembelaan hanya sewaktu perbicaraan berlangsung. Ianya meletakkan pihak tertuduh dan para peguam belanya dalam keadaan tekanan yang tidak adil.


Konspirasi politik

Kunci kepada perbicaraan ini dapat dilihat dengan tindak-tanduk bermotif politik oleh pihak pendakwaan dan kepentingan pihak-pihak yang terlibat, secara khususnya Gani Patail (Peguam Negara sekarang) dan Musa Hassan (Ketua Polis Negara sekarang) serta Perdana Menteri hari ini.


Pakatan Rakyat dan Anwar telah mengkritik mereka secara habisa-habisan di dalam dan di luar parlimen – Peguam Negara Gani Patail dengan perlakuan jenayahnya sendiri di dalam kes penyiasatan “mata lebam”, kegagalannya untuk memastikan pendakwaan bagi banyak kes-kes rasuah yang serius, secara khususnya yang berkaitan dengan jenayah dan rasuah yang didedahkan dalam video klip VK Lingam; juga terhadap hubungan terhadap dakwaan-dakwaan berwibawa keterlibatan KPN Musa Hassan dalam tindakan jenayahnya berserta hubungan rasuahnya dengan ketua-ketua kumpulan kongsi gelap seperti BK Tan dan Goh Cheng Poh.


Kritikan terbuka Anwar terhadap keterlibatan Perdana Menteri dalam kes rasuah pembelian jet Sukhoi dan kapal Selam Scorpene oleh Kementerian Pertahanan telah menjadi rekod umum. Anwar juga berulang kali mendesak Najib membenarkan penyiasatan bebas bagi membersihkan namanya atas dakwaan berwibawa penglibatan dirinya dan isterinya Rosmah dalam pembunuhan terkenal model Mongolia Altantuya Shaaribuu.


Blog-blog di internet melaporkan bukti akuan bersumpaj yang dibuat oleh penyiasat persendirian Balasubramaniam yang mengatakan Altantuya memberitahunya yang dia mempunyai hubungan peribadi dengan Najib dan kaitannya dengan rundingan pembelian senjata yang sama serta tentang bagaimana DSP Musa Safiri, pegawai polis pengiring Najib memainkan peranan dalam penangkapan dan pelenyapan Altantuya. Musa Safiri malah tidak dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya.


Anwar pada bulan Julai tahun 2008 dan pada Februari tahun lalu turut memfailkan laporan polis berkenaan Gani Patail dan Musa Hassan atas peranan mereka dalam mereka-cipta bukti terhadap diri beliau dalam penyiasatan kes “mata lebam” pada tahun 1998. Laporan itu juga turut mendakwa mereka bersubahat memfailkan laporan polis palsu pada malam 20 September 1998 dalam hubungannya dengan penangkapan Anwar di rumah beliau di Bukit Damansara. Tidak ada satupun laporan-laporan ini menghasilkan pendakwaan biarpun seorang bekas hakim Mahkamah Persekutuan berpendapat Gani melakukan kesalahan jenayah dalam kes penyiasatan “mata lebam”.


Penyalahgunaan lembaga-lembaga awam seperti pasukan polis, Pejabat Peguam Negara, Kehakiman dan institusi lainnya seperti yang pernah terjadi pada tahun 1998, sedang berlaku sekali lagi dengan kes terbaru ini. Ia bukanlah kes jenayah yang mudah. Apa yang sedang diperjudikan sekarang ini adalah penggunaan kes aniaya dan palsu sebagai senjata politik untuk menghentikan kemajuan Anwar Ibrahim dan gerakan politik Pakatan Rakyat yang dipimpinnya. Suatu kemajuan gerakan yang mengancam kewujudan dan masa depan kerajaan Barisan Nasional dan para pemimpinnya.


Sivarasa Rasiah




Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB