BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Isnin, Februari 01, 2010

Kenyataan Media AMK Bayan Baru berkaitan kenyataan Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim

Merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim yang juga merupakan Ketua Cabang Baru-


Beliau juga merupakan bekas Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang dengan terbuka telah mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng secara keras dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.


Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) juga kesal dengan kenyataan beliau yang secara jelas membelakangi semangat Pakatan Rakyat yang dipersetujui dalam Kongres Pakatan Rakyat yang diadakan pada bulan December 2009 lalu. Jelas kenyataan beliau mengundang persoalan berkaitan pendirian beliau selaku Ahli Parlimen yang mewakili Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat.


Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) hari ini juga menyatakan sokongan dan ketaatan yang kepada pucuk pimpinan parti, terutamanya YB Dato Seri Anwar Ibrahim dalam meneruskan agenda beliau membebaskan Malaysia dari kerakusan regim UMNO-Barisan Nasional dan dalam masa yang sama akan berjuang habis-habisan dengan semua rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk memastikan beliau akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7.


Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) juga menegaskan akan terus memberi sokongan kepada kepimpinan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang dilihat berjaya membawa perubahan kepada kerajaan negeri dibawah pimpinan beliau melalui dasar Cekap-Akauntabiliti- Telus (CAT) yang dijuarai oleh Pakatan Rakyat di negeri ini.


Justeru dengan ini, Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru (AMKBB) mahu semua permasalahan yang berkaitan Pakatan Rakyat dihalusi dan dibincangkan secara muafakat melalui rundingan samada di peringkat cabang, negeri mahupun pusat. Pendedahan melalui media bukan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah berbangkit. UMNO dan Barisan Nasional akan mengambil kesempatan dan memutarbelitkan apa jua kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Ditambah dengan usaha untuk mengelapkan berita berkaitan perbicaraan kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim dan kes-kes yang melibatkan salah urus kerajaan yang diterajui oleh UMNO Barisan Nasional.


Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru (AMKBB) mendesak agar beliau menarik semula kenyataan beliau dan memohon maaf secara terbuka kepada YAB Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) dan Yang Berhormat Dato Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat). Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru (AMKBB) juga mendesak agar pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat melakukan siasatan segera berhubung kenyataan beliau.


Angkatan Muda KeADILan

Cabang Bayan Baru (AMKBB)

31 hb Jan 2010



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB