BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Ahad, Januari 31, 2010

Dasar Telus PR Pulau Pinang Jadi Ancaman BN

Oleh : Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Kejayaan terbesar Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang yang juga merupakan ancaman terbesar kepada cengkaman kuasa Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah membuktikan dasar yang betul dapat menjadikan bangsa melayu dan rakyat Malaysia yang berdaya saing dan berjaya dengan pihak lawan yang terbaik di dunia.
"Sejak PR mengambil alih kuasa pada bulan Mac 2008, integriti dan urus tadbir Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) telah menjadi prinsip di dalam pentadbiran kewangan negeri," jelas Menteri Besar Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan akhar yang dihantar kepada Era Pakatan.
Menurut beliau, pendekatan baru yang dilaksanakan termasuklah persaingan secara sihat dan tender terbuka, bayaran secara terus kepada penerima tanpa melalui orang tengah, keutamaan diberikan kepada kontraktor dari Pulau Pinang, sistem e-tender melalui laman web dan masa bantahan selama 2 minggu bagi memastikan bahawa kontraktor yang berjaya adalah melalui ‘kable komputer’ dan bukan melalui ‘kable politik’ seperti sebelum ini.
"Tidak dapat disangkalkan lagi bahawa sememangnya sistem tender terbuka ini telah berjaya menjimatkan kos dan menambahbaik kualiti kontrak kerja kerajaan negeri," jelas beliau lagi.
Beliau juga berkata, ramai kontraktor telah mendapat peluang secara adil melalui pelaksanaan sistem tender terbuka di semua peringkat.
Melalui sistem tender terbuka, kontraktor kelas F yang mana hanya diberikan kepada golongan bumi sahaja, buat pertama kalinya memberi peluang kepada mereka yang bukan kroni Umno untuk mendapatkan kontrak di Pulau Pinang. Sebelum ini, kontrak-kontrak hanya diberikan kepada kroni-kroni Umno dan mereka dari luar Pulau Pinang sahaja.
Jelaslah bahawa persaingan melalui tender terbuka yang diperkenalkan oleh Kerajaan PR adalah lebih telus dan akauntable serta telah memberi manfaat kepada semua golongan berbanding sistem rundingan terus Kerajaan BN kepada kroni-kroninya.
Lim Guan Eng berkata, apa yang amat merarik adalah hasil daripada pelaksanaan sistem tender terbuka kepada semua bangsa ini adalah tanggapan bahawa kontraktor Melayu tidak boleh bersaing dengan kontraktor bukan Melayu melalui sistem tender terbuka adalah salah sama sekali.
" Sejak Kerajaan PR mengambil alih tampuk pemerintahan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah melaksanakan 23 tender terbuka di mana 7 (30%) daripada 23 dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan baki 16 (70%) dimenangi oleh kontraktor Melayu. Manakala bagi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang telah mengeluarkan 66 tender terbuka, 22 (33%) dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan 44 (67%) dimenangi oleh kontraktor Melayu.
Beliau juga berkata, melalui sistem tender terbuka ini telah menunjukkan dengan jelas bahawa kontraktor Melayu dapat bersaing dengan kontraktor bukan Melayu dan berjaya memperolehi kontrak tersebut melalui merit dan kebolehan mereka sendiri.
"Jelaslah kepada kita bahawa bukan kebolehan sesuatu bangsa yang menjadi persoalannya sekarang tetapi polisi yang salah yang telah menjadikan mereka bergantung hidup terutamanya apabila ianya membantu Kerajaan BN mengekalkan genggaman kuasa yang dimilikinya," jelas beliau lagi.
"Contoh terbaik adalah Negara China yang mengalami kebuluran dan keadaan ekonomi yang teruk disebabkan oleh polisi makan daripada “periuk besi tunggal” (a single iron pot) tanpa mengira sejauh mana mereka bekerja keras atau tidak. Walau bagaimanapun, semenjak Negara China membuka pintu ekonominya dan membenarkan seseorang itu menentukan kejayaan dan pulangannya melalui kesungguhan dan kerja keras, Negara China telah berjaya mentransformasikan negaranya daripada sebuah Negara yang 'sakit di rantau Asia' dalam tahun 1960 an kepada kedudukan ekonomi kedua terbesar di dunia menjelang tahun 2011," tegas Lim Guan Eng.
BN kata beliau telah mengamalkan polisi yang menyekat inisiatif, kerja keras, kesungguhan dan produktiviti yang mana ianya hanya memberi faedah kepada segelintir kroni-kroni BN sahaja.
"Contohnya, kuota sebanyak 30% saham terbitan syarikat yang disenaraikan di bursa Malaysia diberikan kepada orang Melayu hanya memanfaatkan segolongan orang Melayu sahaja, sedangkan golongan kebiasaan yang lain tidak pernah mendapat saham/pulangan daripada Kerajaan Persekutuan.
"Kerajaan Negeri berasa kesal dengan unsur-unsur yang bersekutu dengan BN yang terdapat di kalangan Kerajaan PR dalam menentang usaha kerajaan melaksanakan sistem tender terbuka dan urus tadbir CAT. Kita mestilah terus teguh bersama kerana apa yang dilaksanakan adalah berlandaskan pencapaian dan prestasi. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berjaya menukarkan anggaran defisit budget sebanyak RM35 juta dalam tahun 2008 kepada lebihan sebanyak RM88 juta," jelas beliau lagi.
Menurut beliau lagi, anggaran defisit sebanyak RM40 juta untuk Belanjawan tahun 2009 telah berjaya menjadi lebihan sebanyak RM77 juta. Sepatutnya lebihan yang meningkat boleh diperolehi oleh Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM92 juta sekiranya kerajaan tidak perlu membayar RM14.7 juta di atas kecuaian kerajaan lama dalam skandal tanah kes Tang Hak Ju.
Pulau Pinang kata beliau berasa bangga kerana menjadi negeri pertama yang mengamalkan sistem tender terbuka di dalam semua kontrak dan pembelian kerajaan melalui internet (e-tender). Dengan mengamalkan prinsip CAT, Pulau Pinang telah menjadi negeri pertama yang mana belum pernah ada mana-mana negeri atau Kerajaan Persekutuan yang menerima pujian dan pengiktirafan daripada Transparency International.
"Dalam politik, kita perlukan lebih kawan daripada musuh. Tetapi kita bersedia untuk kehilangan kawan dan menambah musuh sekiranya kita mampu menukar cara fikiran dan minda rakyat dengan memberikan peluang yang saksama, keyakinan, bergantung pada diri sendiri dan mendapat piawaian antarabangsa.
Pencapaian terhebat Kerajaan PR Pulau Pinang dan ancaman besar kepada cengkaman kuasa Kerajaan BN adalah bukti yang menunjukkan bahawa polisi yang betul dapat menjadikan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia berdaya saing di pentas antarabangsa dengan berjaya," tegas beliau lagi.


KUALA LUMPUR : Kejayaan terbesar Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang yang juga merupakan ancaman terbesar kepada cengkaman kuasa Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah membuktikan dasar yang betul dapat menjadikan bangsa melayu dan rakyat Malaysia yang berdaya saing dan berjaya dengan pihak lawan yang terbaik di dunia.


"Sejak PR mengambil alih kuasa pada bulan Mac 2008, integriti dan urus tadbir Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) telah menjadi prinsip di dalam pentadbiran kewangan negeri," jelas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan akhar yang dihantar kepada Era Pakatan.


Menurut beliau, pendekatan baru yang dilaksanakan termasuklah persaingan secara sihat dan tender terbuka, bayaran secara terus kepada penerima tanpa melalui orang tengah, keutamaan diberikan kepada kontraktor dari Pulau Pinang, sistem e-tender melalui laman web dan masa bantahan selama 2 minggu bagi memastikan bahawa kontraktor yang berjaya adalah melalui ‘kabel komputer’ dan bukan melalui ‘kabel politik’ seperti sebelum ini.


"Tidak dapat disangkalkan lagi bahawa sememangnya sistem tender terbuka ini telah berjaya menjimatkan kos dan menambahbaik kualiti kontrak kerja kerajaan negeri," jelas beliau lagi.


Beliau juga berkata, ramai kontraktor telah mendapat peluang secara adil melalui pelaksanaan sistem tender terbuka di semua peringkat.


Melalui sistem tender terbuka, kontraktor kelas F yang mana hanya diberikan kepada golongan bumi sahaja, buat pertama kalinya memberi peluang kepada mereka yang bukan kroni Umno untuk mendapatkan kontrak di Pulau Pinang. Sebelum ini, kontrak-kontrak hanya diberikan kepada kroni-kroni Umno dan mereka dari luar Pulau Pinang sahaja.


Jelaslah bahawa persaingan melalui tender terbuka yang diperkenalkan oleh Kerajaan PR adalah lebih telus dan akauntable serta telah memberi manfaat kepada semua golongan berbanding sistem rundingan terus Kerajaan BN kepada kroni-kroninya.


Lim Guan Eng berkata, apa yang amat menarik adalah hasil daripada pelaksanaan sistem tender terbuka kepada semua bangsa ini adalah tanggapan bahawa kontraktor Melayu tidak boleh bersaing dengan kontraktor bukan Melayu melalui sistem tender terbuka adalah salah sama sekali.


Menurut beliau, Sejak Kerajaan PR mengambil alih tampuk pemerintahan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah melaksanakan 23 tender terbuka di mana 7 (30%) daripada 23 dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan baki 16 (70%) dimenangi oleh kontraktor Melayu. Manakala bagi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang telah mengeluarkan 66 tender terbuka, 22 (33%) dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan 44 (67%) dimenangi oleh kontraktor Melayu. Melalui sistem tender terbuka ini telah menunjukkan dengan jelas bahawa kontraktor Melayu dapat bersaing dengan kontraktor bukan Melayu dan berjaya memperolehi kontrak tersebut melalui merit dan kebolehan mereka sendiri.


"Jelaslah kepada kita bahawa bukan kebolehan sesuatu bangsa yang menjadi persoalannya sekarang tetapi polisi yang salah yang telah menjadikan mereka bergantung hidup terutamanya apabila ianya membantu Kerajaan BN mengekalkan genggaman kuasa yang dimilikinya," jelas beliau lagi.


"Contoh terbaik adalah Negara China yang mengalami kebuluran dan keadaan ekonomi yang teruk disebabkan oleh polisi makan daripada “periuk besi tunggal” (a single iron pot) tanpa mengira sejauh mana mereka bekerja keras atau tidak. Walau bagaimanapun, semenjak Negara China membuka pintu ekonominya dan membenarkan seseorang itu menentukan kejayaan dan pulangannya melalui kesungguhan dan kerja keras, Negara China telah berjaya mentransformasikan negaranya daripada sebuah Negara yang 'sakit di rantau Asia' dalam tahun 1960 an kepada kedudukan ekonomi kedua terbesar di dunia menjelang tahun 2011," tegas Lim Guan Eng.


BN kata beliau telah mengamalkan polisi yang menyekat inisiatif, kerja keras, kesungguhan dan produktiviti yang mana ianya hanya memberi faedah kepada segelintir kroni-kroni BN sahaja.


"Contohnya, kuota sebanyak 30% saham terbitan syarikat yang disenaraikan di bursa Malaysia diberikan kepada orang Melayu hanya memanfaatkan segolongan orang Melayu sahaja, sedangkan golongan kebiasaan yang lain tidak pernah mendapat saham/pulangan daripada Kerajaan Persekutuan.


"Kerajaan Negeri berasa kesal dengan unsur-unsur yang bersekutu dengan BN yang terdapat di kalangan Kerajaan PR dalam menentang usaha kerajaan melaksanakan sistem tender terbuka dan urus tadbir CAT. Kita mestilah terus teguh bersama kerana apa yang dilaksanakan adalah berlandaskan pencapaian dan prestasi. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berjaya menukarkan anggaran defisit budget sebanyak RM35 juta dalam tahun 2008 kepada lebihan sebanyak RM88 juta," jelas beliau lagi.


Menurut beliau lagi, anggaran defisit sebanyak RM40 juta untuk Belanjawan tahun 2009 telah berjaya menjadi lebihan sebanyak RM77 juta. Sepatutnya lebihan yang meningkat boleh diperolehi oleh Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM92 juta sekiranya kerajaan tidak perlu membayar RM14.7 juta di atas kecuaian kerajaan lama dalam skandal tanah kes Tang Hak Ju.


Pulau Pinang kata beliau berasa bangga kerana menjadi negeri pertama yang mengamalkan sistem tender terbuka di dalam semua kontrak dan pembelian kerajaan melalui internet (e-tender) kerana dengan mengamalkan prinsip CAT, Pulau Pinang telah menjadi negeri pertama yang mana belum pernah ada mana-mana negeri atau Kerajaan Persekutuan yang menerima pujian dan pengiktirafan daripada Transparency International.


"Dalam politik, kita perlukan lebih kawan daripada musuh. Tetapi kita bersedia untuk kehilangan kawan dan menambah musuh sekiranya kita mampu menukar cara fikiran dan minda rakyat dengan memberikan peluang yang saksama, keyakinan, bergantung pada diri sendiri dan mendapat piawaian antarabangsa.


"Pencapaian terhebat Kerajaan PR Pulau Pinang dan ancaman besar kepada cengkaman kuasa Kerajaan BN adalah bukti yang menunjukkan bahawa polisi yang betul dapat menjadikan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia berdaya saing di pentas antarabangsa dengan berjaya," tegas beliau lagi.




Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...