BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya
Memaparkan catatan dengan label MP Nibong Tebal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MP Nibong Tebal. Papar semua catatan

Khamis, Mac 04, 2010

Pengundi Nibong Tebal Marah, Tertipu Dengan Tee Beng

Keputusan Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng yang membuat keputusan keluar daripada Parti KEADILAN Rakyat dan mengumumkan dirinya sebagai Ahli Parlimen bebas disambut dengan kekecewaan dan rasa tertipu oleh penduduk kawasan Nibong Tebal.

Tee Beng yang memenangi pilihan raya umum ke-12 atas tiket KEADILAN berjaya meraih undi sebanyak 20,210 undi mengalahkan Zainal Abidin Osman daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 3,087 undi.

Jelas tindakannya dianggap menipu dan mengecewakan para pengundi  Nibong Tebal yang  setia menyokongnya.

Suara Keadilan menemu bual para penduduk Nibong Tebal bagi mengetahui sikap dan perasaan mereka terhadap tindakan Tee Beng itu.

Sivakami Arumugam, 25, menyifatkan Tee Beng sebagai penipu besar kerana janji beliau akan tetap bersama KEADILAN.

Namun keputusan Tee Beng, 1 Mac lalu yang memutuskan keluar parti benar-benar mengecewakan para pengundi yang menyokong beliau selama ini.

“Tan Tee Beng juga  mempermainkan pengundi-pengundinya yang menyokong beliau semasa pilihan raya. Jika tiada 20,210 pengundi dan penyokong KEADILAN sudah pasti dia tidak akan merasai dan menjadi Ahli Parlimen kawasan ini,” katanya yang ditemui berhampiran pusat khidmat Tee Beng di Taman Cenderawasih, Nibong Tebal.

Bagi Raj Anthony, 54, yang juga pengundi di Parlimen Nibong Tebal berpendapat tindakan Tee Beng keluar dari parti, adalah tindakan yang kurang bijak kerana telah menghilangkan kepercayaan rakyat terhadapnya.

Jelas Raj, tindakan Tee Beng bukan sahaja merugikan penduduk Nibong Tebal malah merugikan dirinya sendiri kerana sudah pasti masyarakat tidak akan mempercayainya selepas ini, ekoran tindakan 'masuk keluar' beliau.

Sementara itu, Sharani Shuib, 45, anak jati di kawasan itu memberitahu keluarnya Tee Beng dari KEADILAN adalah episod ditunggu-tunggu oleh masyarakat disini.

"Beliau bukan sahaja tidak berguna malahan tidak memberi apa-apa kebaikan terhadap pengundinya setelah memenangi pilihan raya umum lalu,

“Semenjak menjadi Ahli Parlimen dia tak buat kerja. Beliau jarang bertemu rakyat dan boleh dikira dengan jari berapa kali dia turun padang berjumpa dengan penduduk dan bertanyakan masalah,” kata Sharani.

“Pusat khidmatpun bukannya selalu buka, kalau buka pun dia tak ada. Kalau dia keluar dari KEADILAN pun kami tak kisah. Lebih baik dia letak jawatan Ahli Parlimen dan kami boleh pilih wakil rakyat yang betul-betul sesuai dan boleh buat kerja,” tambah Sharani lagi.

Disoal sama ada tindakan Tan Tee Beng akan memberi kesan kepada pengundi dan masyarakat di Nibong Tebal, Sharani berpendapat, tindakan itu akan memberi kesan kepada masyarakat, kerana beliau hanya menjadi Ahli Parlimen bebas, pastinya tidak mempunyai dana untuk membantu masalah yang disuarakan oleh rakyat kelak.

Pendapat yang sama juga disuarakan oleh Khaw Kay Wang, 60, yang cukup marah terhadap tindakan Tee Beng keluar dari parti.

Kay Wang menyifatkan tindakan Tee Beng sebagai manusia yang tidak mengenang budi dan harus 'berambus' dari Nibong Tebal.

“Kami tak perlukan orang seperti dia, kami mahukan orang yang benar-benar boleh diharapkan. Jadi dia perlu letak jawatan dan bagi kami pilih semula orang yang betul-betul layak duduk di kerusi Ahli Parlimen,” kata Kay Wang dalam nada marah.


Rabu, Mac 03, 2010

Kenyataan Akhbar KeADILan Cabang Nibong Tebal

TARIKH : 2 MAC 2010
JAM : 9.00 MALAM
TEMPAT : PEJABAT PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG NIBONG TEBAL


Pengumuman keluar parti oleh Ahli Parlimen Nibong Tebal, YB Tan Tee Beng memang telah dijangkakan. Sepanjang beliau menjadi Ahli Parlimen, tindak tanduknya sering menentang arus perjuangan parti dan semangat permuafakatan dalam Pakatan Rakyat. Beliau telah memulakan serangan terhadap YB Ketua KeADILan Cabang Nibong Tebal dengan berbagai fitnah dalam akhbar berbahasa Cina, begitu juga serangan terhadap YB ADUN Jawi.

Selepas itu beliau meneruskan pula serangannya terhadap Ahli-ahli Majlis MPSP, seolah-olah hanya beliau sahaja yang tahu menjalankan kerja. Untuk pengetahuan semua, kehadiran Tee Beng sebenarnya telah memporakperandakan keharmonian KeADILan Cabang Nibong Tebal. Beliau cuba memecah-belahkan ahli parti dan cuba membentuk puak dalam parti. Namun kelicikannya dapat dihidu dan dibendung oleh Jawatankuasa KeADILan Cabang Nibong Tebal.

Kami pendokong parti bukanlah bodoh untuk diperkotak-katikkan oleh orang seperti Tee Beng. Kami sentiasa teguh di belakang pimpinan KeADILan Cabang Nibong Tebal. Kami mengalu-alukan kepergian Tee Beng kerana beliau langsung tidak memberi manfaat kepada parti. Malah sekiranya masih ada saki baki mereka yang mahu mengikut jejak Tee Beng, parti membuka pintu seluas-luasnya untuk mereka pergi.

Dengan ini kami pendokong KeADILan Nibong Tebal mencabar Tee Beng untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Nibong Tebal kerana rakyat memilih parti KeADILan sebagai wakil rakyat dan bukan Tee Beng secara peribadi. Beliau juga telah mengkhianati amanah rakyat Nibong Tebal. Oleh itu kami sekali lagi mencabar Tan Tee Beng, sekiranya beliau anak jantan dan tidak bacul sila lepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Nibong Tebal dengan serta merta bagi membolehkan Pilihanraya Kecil diadakan. KeADILan Nibong Tebal bersedia menguburkan karier politik Tee Beng dalam pilihanraya akan datang.

Sekian, terima kasih.


HJ. MOHD KAMIL BIN ABU BAKAR
Timbalan Ketua
KeADILan Cabang Nibong Tebal


Selasa, Mac 02, 2010

Keputusan Tee Beng Keluar Parti Eratkan Kerjasama Pakatan Rakyat

JELUTONG 1 Mac - Keputusan Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng untuk keluar daripada KEADILAN tidak memberi sebarang kesan dan impak kepada Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Malahan bagi penyokong akar umbi Pakatan Rakyat di Jelutong keputusan yang diambil beliau itu merupakan berita gembira kata ahli jawatankuasa KEADILAN Cabang Jelutong Khairil Anuar Kamarudin.

"Tan Tee Beng yang merupakan Ketua Cabang KEADILAN di Jelutong tidak pernah sekali pun turun padang mahupun menghadiri sebarang program yang dianjurkan oleh parti termasuk program anjuran rakan dalam Pakatan Rakyat," jelasnya. 

Beliau juga menegaskan malah ada rakan dalam Pakatan Rakyat tidak pernah berjumpa dengan Tee Beng tetapi sebaliknya mengetahui namanya melalui media massa sahaja. 

Sehubungan dengan itu tindakan beliau keluar KEADILAN dianggap satu langkah yang baik dan memberi ruang yang luas kepada calon yang lebih layak untuk menyandang jawatan Ketua Cabang kawasan itu.

"Selama menyandang jawatan ketua cabang beliau gagal mengangkat martabat parti di kawasan itu dan juga gagal menjalinkan kerjasama baik dengan rakan PAS dan DAP di Jelutong. 

"Saya percaya dengan keluarnya beberapa pemimpin dan ahli yang mempunyai kepentingan peribadi ini sedikit pun tidak mengugat kestabilan dan kekuatan Pakatan Rakyat di kawasan ini kerana rakyat yang cerdik mampu menilai kredibiliti pemimpin seperti ini," kata beliau yang jugs Exco Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang.

Pada sidang media bersama rakan Pakatan Rakyat yang diadakan di markas PAS kawasan Jelutong hari ini beliau secara sinis mengucapkan terima kasih kepada Tee Beng kerana memberi laluan dan ruang untuk kerjasama yang lebih erat di kalangan penyokong Pakatan Rakyat.

 
Gambar Tan Tee Beng di kawasan DUN Jawi.
Sumber gambar : Paku Seqepih 


Fairus, Tee Beng Keluar, Pembersihan Dalaman PKR

Anwar yang juga ketua umum PKR menyifatkan tindakan bekas Adun Penanti, Mohamad Fairus Khairuddin dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng yang keluar parti kerana termakan janji pihak lain sebagai pembersihan dalaman.   

Anwar berkata parti itu akan terus memberikan tumpuan utama kepada permasalahan negara dan tidak akan melayan gelagat pemimpin yang tidak tahan dengan dugaan perjuangan.

Anwar berkata tindakan Fairus dan Tee Beng keluar dari PKR tidak memberi kesan kepada perjuangan parti itu sendiri.

"Fairus dia tidak terlibat dengan parti sudah hendak dekat setahun setengah sudah dan banyak-banyak masalah berbangkit selepas itu dan sepertimana yang kita tahu, Pilihan Raya Kecil Penanti pun dia tidak turun dan Pilihan Raya Permatang Pasir pun dia tidak datang, hendak kata terkejut tidaklah juga.

“Maknanya dia tidak langsung melibatkan diri dalam parti sejak dia meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri,"katanya.

Anwar  berkata apa yang penting ialah Fairus digantikan oleh Dr mansor Othman untuk memantapkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

“Kes bekas Ketua Menteri I Pulau Pinang itu lebih dari setahun sudah kita minta dia letak jawatan kerana prestasi dia dan kita perlu seorang pemimpin Melayu yang lebih berwibawa di Pulau Pinang bekerjasama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng,"katanya.

Anwar turut tegas dalam tindakan Tee Beng mengecam Guan Eng secara melulu tanpa melalui saluran parti.

“Soal Tan Tee Beng, kenyataan beliau terhadap Lim Guan Eng itu, jadi kita putuskan untuk bersama dengan semangat Pakatan Rakyat dan kerjasama dengan kerajaan negeri Pulau Pinang bawah pimpinan Lim Guan Eng dan dalam kes lain kita akan jelaskan kemudian,"katanya.

Anwar berkata beliau juga mengambil pendirian bahawa parti tidak akan tersasar dari hala tuju  perjuangan akibat tindakan segelintir pemimpin mahupun  pegawai yang  tidak mahu lagi bersamanya.

“Begitu juga dengan Setiausaha Agung yang telah menunjukkan hasrat untuk meletakkan jawatan daripada tahun lalu, kita minta tangguh, ada apa-apa masalah lain, tiada jadi kita terima baik dan mungkin ini adalah proses untuk memantapkan parti kerana kerenah-kerenah begini telah dibangkitkan,"katanya.


Rabu, Disember 09, 2009

Majlis Berkhatan DUN Sungai Acheh



Pada Sabtu lalu, Ketua Cabang, YB Ustaz Maktar telah menziarahi kanak-kanak yang berkhatan di Permatang Keling dan Taman Ilmu.

Program berasingan itu dianjurkan oleh JKKK Permatang Keling dan KeADILan Ranting Taman Ilmu berjaya menghimpunkan seramai 80 kanak-kanak.

Hadir sama memeriahkan majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Nibong Tebal, YB Tan Tee Beng.

YB Ustaz Maktar turut menyampaikan sumbangan saguhati kepada para peserta.

Isnin, September 28, 2009

Sekitar Majlis Jamuan Rakyat

Anjuran bersama ADUN Sungai Bakap; YB Hj. Maktar Shapee, Ahli Parlimen Nibong Tebal; YB Tan Tee Beng dan PKR Cabang Nibong Tebal.

YAB Ketua Menteri turut hadir seawal jam 2.30 petang. Hadir sama mengiringi beliau ialah YB Hj. Malik dan YB Tan Beng Huat.

Ketua Menteri sedang menyatakan sesuatu kepada YB Tan Tee Beng

Bergambar bersama tetamu khas









Kanak-kanak tidak melepaskan peluang menerima duit raya

YB Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim dan YB Ustaz Salleh Man turut memeriahkan majlis

YB Ustaz Salleh Man menyampaikan hadiah kepada YB Ustaz Maktar

Rabu, September 23, 2009

Sabtu, Jun 27, 2009

Majlis Pendaftaran OKU

Pusat Khidmat Ahli Parlimen Nibong Tebal dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat menganjurkan Majlis Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU), pada masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 27 Jun 2009 (Sabtu)
Masa : 10 pagi hingga 12 tengahari
Tempat : Perkarangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Nibong Tebal
No. 18, Jalan Air Lintas
Taman Cenderawasih
Nibong Tebal



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...