BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Rabu, Oktober 21, 2009

BELB - Shafie Apdal salah guna kuasa

Pengarah Strategik Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Tian Chua mengemukakan bukti tambahan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohamad Shafie Apdal dalam pemberian projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Sabah dan Sarawak.


Beliau dalam satu sidang media di lobi parlimen semalam menjawab kembali penafian yang dibuat Shafie semalam mengenai salahguna kuasa itu.


"Saya memang ada bukti mengenai perkara ini.Sebab itu saya buat sidang media semalam. Hari ini saya nak 'follow up' dengan bukti tambahan."katanya.


Kelmarin Tian Chua yang juga ahli parlimen Batu mendedahkan wujud penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam pemberian projek BELB di Sabah dan Sarawak.


Shafie didakwa sebagai menteri yang bertanggungjawab telah menggunakan kroni-kroninya sebagai `broker' untuk menganugerahkan projek BELB kepada kontraktor yang sudi memberi komisyen kepada beliau.


Kenyataan akhbar yang mempunyai 12 helai muka surat diserahkan beliau kepada media ketika persidangan dewan rakyat berlangsung.


Menurutnya kelmarin, BELB merupakan salah satu dasar pembangunan dalam KLBW dan juga dasar utama Kerajaan Pusat tetapi projek-projek di bawah BELB menjadi punca sumber kewangan kepada individu dan kroni-kroninya.


Semalam pula, Tian Chua mendedahkan bukti mengenai dua lagi syarikat yang diberikan kontrak berjumlah RM30 hingga RM80 juta oleh BELB melalui rundingan terus, bukan melalui tender.


Menurutnya, dua syarikat berkenaan iaitu Magnate Innovation Sdn Bhd dan Ternama Tabah Sdn Bhd tidak memenuhi kriteria sebagai syarikat kontraktor kerana tidak berdaftar dengan pusat khidmat kontraktor (PKK) dan tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga serta tiada sijil pengiktirafan taraf bumiputera.


Magnate Innovation Sdn Bhd didaftarkan pada 12 Februari lalu dengan modal hanya RM2. Manakala Ternama Tabah Sdn Bhd bermodalkan RM100.


"Kita ingin tahu bagaimana syarikat yang begini tarafnya boleh diberi kontrak berjumlah RM30 hingga RM80 juta. Ini bermaksud syarikat ini diwujudkan hanya untuk menerima kontrak dan tiada rekod perkhidmatan sebelum ini."katanya.


Sehubungan itu, beliau meminta Shafie memberikan penjelasan mengenai perkara itu sebelum ia dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


"Kalau beliau (Shafie) enggan memberikan penjelasan, kita tiada pilihan lain selain bawa perkara ini kepada SPRM."katanya.

Kelmarin, Shafie yang juga ahli parlimen Samporna menafikan dakwaan Tian Chua itu dan menyifatkannya sebagai pembohongan semata-mata.


Beliau turut memberi amaran akan megambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang membuat dakwaan itu.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB