BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Rabu, September 30, 2009

Rumah terbuka Kerajaan Pulau Pinang pada 3 Oktober


Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengadakan Rumah Terbuka 'Adilfitri' bertempat di Dewan Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh pada 3 Oktober akan datang bermula jam 9.30 pagi.


Menurut Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik program yang dirangka itu bermatlamat menyemai perpaduan antara semua kaum tanpa mengira fahaman politik serta memberi peluang rakyat bertemu kepimpinan negeri sambil mengamalkan amalan yang terpuji.


"Kerajaan Negeri mengalu-alukan semua rakyat berkunjung ke hari terbuka Aidilfitri yang akan diadakan di Dewan Politeknik Seberang Perai di Permatang Pauh pada 3 Oktober ini. Semua makanan tradisional termasuk kuih muih hari raya disediakan, " tegasnya.


Antara dijangka hadir untuk bersama memeriahkan majllis berkenaan ialah Tuan Yang Terutama, Tun Dato' Seri Utama, Haji Abdul Rahman Abas serta isterinya Toh Puan Dato' Seri Utama, Hajjah Majimor Shariff serta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.


Katanya lagi, turut meraikan lagi ialah semua Ketua Jabatan, agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, perwakilan asing serta pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).


"Marilah kita memupuk perpaduan demi kesepaduan negeri dan negara kita yang disayangi. Jauhkan perasaan benci yang nyata merugikan kestabilan ekonomi, politik dan rakyat, " tambah beliau yang juga Adun Komplek Tun Abdul Razak (Komtar).


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB