Oleh : Penarik Beca
Walaupun MIC hari ini membuat keputusan menggantung keahlian seorang perwakilannya ke mesyuarat agung parti itu Ahad lalu yang mencadangkan kalungan selipar diletakkan di potret Tun Dr Mahathir Mohamad (lihat berita Malaysiakini hari ini "MIC gantung perwakilan isu selipar"), tetapi api dalam sekam terus menyala di dalam Barisan Nasional (BN).
Semalam, seolah-olah membela tindakan tambi selipar itu, anak lelaki Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu, Vell Paari berkata, tindakan itu adalah semata-mata luahan kekecewaan terhadap Dr Mahathir dan pihak-pihak lain yang cuba campur tangan dalam urusan dalaman MIC.
Malah, Vell Paari juga membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila berkata:
Satu lagi perkara: Kepada tahanan-tahanan ISA yang dibebaskan hari ini, jangan ucapkan terima kasih. Terus tanya depa, kenapa tahan kami tanpa bicara. Tiada tolak ansur terhadaop penahanan tanpa bicara!

"Para perwakilan juga kecewa dengan ucapan Najib (ketika merasmikan Perhimpunan Agung MIC Ke-63 Sabtu lalu) yang tersirat kritikan terhadap Presiden MIC dan menggesa dilakukan perubahan di dalam parti, seolah-olah beliau mahu pasukan presiden dikalahkan" (lihat berita Malaysiakini semalam "Vell Paari: Delegates were frustrated with outside snipes").Api dalam sekam bukan sahaja menyala-nyala di dalam MIC. Dalam berita Malaysiakini hari ini bertajuk "Ong a 'closed-door Umno-bashing hero'," Timbalan Presiden MCA yang dipecat, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendedahkan:
"He (MCA President, Datuk Seri Ong Tee Keat) has been indulging in closed-door Umno bashing. I have openly challenged him not to do this. Be brave to say: 'I, Ong Tee Keat, is the only MCA president brave enough to defy the prime minister and deputy prime minister'.Walaupun Ong angguk-angguk di hadapan Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Umno, tetapi di belakang gerombolan itu, dia geleng-geleng dan menggetap gigi.
"But he never took up my challenge and that is why he hates me for that... Don't be a hero to your own members behind closed doors. It doesn't serve any purpose. Whether he likes it or not, he is part of the coalition partner in BN"