BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Selasa, Januari 06, 2009

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat gesa sidang khas Parlimen diadakan segera

Putrajaya - AHLI-AHLI Parlimen Pakatan Rakyat mendesak supaya kerajaan Malaysia mengadakan sidang tergempar di Dewan Rakyat bagi membincangkan dan menyatakan tentangan terhadap keganasan Israel ke atas Semenanjung Gaza.


Dalam sepucuk surat yang ditandatangani oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.


Surat yang mewakili 82 ahli Parlimen Pakatan Rakyat, turut memetik mengenai isu ini adalah amat mustahak bagi kerajaan membuat pendirian rasmi bagi menyertai masyarakat antarabangsa dalam menyatakan penentangan terhadap keganasan Israel dan menyatakan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin.


“Di Malaysia, semenjak seminggu yang lalu, pelbagai pihak di kalangan rakyat Malaysia telah menyampaikan pandangan dan luahan hati yang menolak keganasan Israel ini. Bagi pihak rakyat Malaysia, Kami mendesak YAB Dato’ Seri supaya memanggil segera Sidang Tergempar Dewan Rakyat bagi merundingkan perkara ini,” tegasnya.


Anwar berkata, Pakatan Rakyat memandang berat perkembangan politik yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza yang telah mengorbankan kematian 400 rakyat palestin dalam masa seminggu.


Menurutnya, keganasan yang dilancarkan oleh Israel terhadap warganegara Palestin yang tidak berdosa merupakan satu bentuk pencerobohan ke atas nilai kemanusiaan yang tidak perlu dipertikaikan lagi.


“Kedegilan Israel dalam melakukan keganasan begitu jelas apabila mereka dengan angkuh menolak pandangan masyarakat antarabangsa supaya mengadakan gencatan senjata di Semenanjung Gaza,” katanya.


Anwar dalam masa yang sama turut menyatakan kebimbangan beliau bahawa Israel akan terus melancarkan serangan bagi menghancurkan Semenanjung Gaza yang kini menjadi kubu Hamas.


Surat berkenaan dihantar pagi ini di Pejabat Perdana Menteri dan diterima oleh Setiausaha Sulit Abdullah, Ahmad Yaakob.


Antara ahli Parlimen yang hadir menyerahkan surat berkenaan ialah Ahli Parlimen Subang; Sivarasa Rasiah, Ahli parlimen Klang; Charles Santiago, Ahli Parlimen Kubang Kerian; Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Kuala Selangor; Dr Dzulkifli Ahmad, Ahli Parlimen Teresa Kok dan Ahli parlimen Kota Raja Dr Mariah Mahmud.



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB