BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Isnin, Mei 17, 2010

Kemenangan Pertama Pakatan Rakyat Sarawak

Pakatan Rakyat Sarawak yang baru ditubuhkan hasil kerjasama antara KEADILAN, DAP, PAS dan SNAP telah membuahkan kejayaan pertamanya di Bumi Kenyalang apabila calon DAP, Wong Ho Leng mengalahkan calon Barisan Nasional, Robert Lau Hui Yew dengan majoriti 398 undi pada pilihan raya kecil Bandar Sibu hari ini.

Dalam pertandingan tiga penjuru termasuk seorang calon Bebas, Wong memperolehi undi sebanyak 18,845 undi berbanding lawan terdekat beliau, Lau yang mendapat 18,447 undi.

Calon Bebas, Narawi haron hanya mencapai 232 undi semantara 396 undi ditolak.

Dalam sidang media pertama beliau sejurus bergelar Ahli Parlimen bandar Sibu, Wong berkata kemenangan PRK Sibu mempunyai makna yang amat besar dalam rancangan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya.

"Kemenangan kecil kita di Sibu adalah langkah yang lebih besar untuk kita menawan Putrajaya. Hari ini rakyat Sibu dan Sarawak mencipta sejarah ke arah perubahan yang kita perkatakan semasa kempen pilihan raya ini.

"Ini merupakan pencapaian yang amat besar memandangkan kita berdepan dengan kekuasaan Barisan Nasional yang mengerunkan tetapi akhirnya rakyat telah bersuara dan menyatakan dengan jelas bahawa mereka mahukan Pakatan Rakyat mewakili dan memperjuangkan hak dam masalah mereka di Sibu.

"Ia juga memberi isyarat yang jelas bahawa rakyat kini sudah sedar mengenai kepincangan pentadbiran BN samada di Sarawak mahupun di seluruh Malaysia yang menolak kepimpinan Perdana Menteri," kata Wong di Dewan Suarah Sibu.

Sebelum itu pegawai pilihan raya, Wong See Meng mengumumkan kemenangan Wong tepat pukul 10.57 malam.

Kira-kira 5,000 penyokong menunggu dengan sabar keputusan yang sepatutnya diumumkan selewat-lewatnya pada pukul 9 malam menurut Suruhanjaya Pilihan Raya.

Walau bagaimanapun disebabkan masalah pengiraan undi pos yang mendapat bantahan daripada Wong, peti undi pos hanya tiba di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Sibu hanya pada pukul 10.35 malam.

Ketibaan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan diikuti oleh Wong serta Ketua Menteri Pulau Pinang menandakan kemenangan Pakatan Rakyat yang ditunggu-tunggu.

Isteri Wong, Irene Chang menyifatkan kemenangan suaminya sebagai bukti kukuh rakyat Sibu mahukan perubahan.

"Kita telah bekerja keras sepanjang kempen dengan membawa mesej perubahan dan saya banga rakyat Sibu menerima dengan baik perubahan yang ingin kita bawa.

"Kami akan bersama-sama bekerja kuat membantu suami saya mengotakan segala janji yang kami telah buat kepada rakyat Sibu," kata Irene.



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...