Kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Paris untuk lawatan rasmi empat hari, hanya mengimbas ingatan dunia terhadap Altantuya Sariibuu, mangsa tragedi pembunuhan berprofil tinggi.
Tanpa kelibat pimpinan Perancis, Najib cuma disambut Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, bukan Presiden atau Perdana Menteri negara itu, selain kehadirannya mencetus demontrasi bantahan pembunuhan model Monggolia itu.
Beliau hanya hadir ke mesyuarat Unesco selama 20 minit dan mengadakan pertemuan singkat dengan Presiden Nicolas Sakorz, sebelum tergesa-gesa meninggalkan Perancis tanpa sebarang persetujuan konkrit.
Najib juga membisu terhadap pertanyaan media Perancis berkaitan pembunuhan Altantuya dan pembelian kapal selam tapi sempat menelefon Carla Bruni untuk menyatakan album dimainkan dalam Penerbangan Malaysia (MAS).
Carla Bruni adalah Wanita Pertama Perancis dan bekas model terkenal yang memiliki dua album Quelqu’un m’a dit pada 2002 dan No Promises (2007).
“Ya, … sebenarnya saya memberitahu Presiden Sarkozy bahawa Penerbangan Malaysia Airlines memainkan albumnya ketika dalam penerbangan," The New Straits Times memetik Najib sebagai berkata.
Mengikut Pengarah Strategik KeADILan, Tian Chua, kebanyakan Ahli Parlimen Perancis berminat mengetahui "cerita sebenar" disebalik jual beli kapal selam oleh Malaysia dan pembunuhan Altantuya.
Malah, bapa Altantuya, Prof Dr Shaaribu Setev dipelawa Kesatuan Hak Asasi Manusia Antarabangsa (FIDH) ke Paris untuk memberi taklimat tapi tidak dapat berbuat demikian berikutan masalah kesihatan.
Beliau bagaimanapun mengeluarkan kenyataan kepada media Perancis, meminta Najib mengaku bertanggungjawab terhadap pembunuhan Altantuya dan yakin anaknya akan masih hidup hari ini jika rundingan urus niaga pembelian kapal selam, dibuat secara telus dan adil.
Altantuya adalah watak penting dalam pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM3.4 bilion dari Perancis dan menjalin hubungan dengan sekutu Najib, Abdul Razak Baginda.
Beliau dijanjikan komisen dan membuat tuntutan sebaik sahaja pembayaran RM114 juta dibuat ke Parmekar, syarikat yang dikuasai Razak sekitar Oktober 2006. Altantuya kemudian dibunuh dengan badannya diletupkan dengan bahan C4 yang lazim digunakan oleh agensi keselamatan Malaysia.
P Balasubramaniam, penyiasat persendirian yang diupah Abdul Razak sebelum kehilangan Altantuya, ada membuat akaun bersumpah yang mengaitkan Najib dengan model berkenaan.
Mengikut perkara 25 akuan itu, Paris yang terkenal seantero dunia sebagai kota romantik, menjadi saksi pertemuan makan malam antara Najib dengan Altantuya.
"Selagi Najib berdiam diri mengenai skandal itu, beliau hanya membawa imej negatif kepada Malaysia di kaca mata dunia," kata Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Faris Musa kepada Suara Keadilan.
Beliau menganggap 'keberanian' Najib ke Paris, sebagai strategi psikologi untuk menunjukkan dunia, kononnya Perdana Menteri keenam itu tiada apa-apa perlu disorok.
Namun isu Altantuya terus menjadi tumpuan media antarabangsa. Beberapa persidangan antarabangsa sebelum ini menyaksikan perwakilan Malaysia diasak dengan persoalan- persoalan mengenai kewibawaan polis dan hakim perbicaraan kes itu yang membelakangkan hubung kait Najib dan Altantuya.-tva
Khamis, Oktober 15, 2009
Paris Sambut Dingin Lawatan Najib Dan Rosmah
Rabu, Oktober 14, 2009
Umpama cuba rampas kerusi Anwar di Permatang Pauh
PAS sememang sedar dari awal lagi, percubaan mereka untuk memenangi pilihan raya kecil Bagan Pinang umpama cuba merampas Permatang Pauh dari Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini kerana, Tan Sri Mohd. Isa Samad sudah bertapak di situ sekian lama dalam keadaan dia juga adalah bekas pemimpin utama Umno Negeri Sembilan.
Sebab itulah, PAS lebih senang dengan pendekatan untuk menang negara walaupun terpaksa kalah di Bagan Pinang.
Menjelang pilihan raya, PAS sudah berusaha agar Isa yang dicalonkan Umno dengan harapan akan mendapat manafaat besar dalam pilihan raya umum nanti.
Namun, kemenangan berganda Isa mengejutkan PAS kerana mereka menjangkakan akan dapat mengurangkan majoriti Umno dalam pilihan raya kali ini.
Isa mendapat undi 8,013 berbanding calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar yang mendapat 2,578 undi dengan undi rosak sebanyak 223.
Ini bermakna, Isa mendapat majoriti 5, 435 iaitu kemenangan berlipatganda berbanding calon BN dalam pilihan raya umum 2008 lalu yang menang dengan majoriti 2,333.
Isa menang ketika semua pihak mempertikaikan personaliti beliau yang pernah digantung jawatannya oleh Umno selepas Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau bersalah dalam politik wang dalam pemilihan Umno.
Bagi Pengarah Operasi PAS untuk pilihan raya Bagan Pinang, Dr Dzulkefli Ahmad, Umno tidak boleh berbangga dengan kemenangannya di sini kerana yang menang adalah Isa Samad bukannya Umno.
"Jadi membuat satu kesimpulan umum bahawa orang Melayu, Cina atau India sudah kembali kepada Umno adalah satu yang tidak tepat," kata Dr Dzul.
Beliau juga menyifatkan, walaupun calonnya menang dalam pilihan raya ini, "Umno kalah dalam perangnya melawan korupsi."
Beliau juga yakin, kini Umno terjerat dengan keputusannya meletakkan Isa di Bagan Pinang.
"Apakah ini yang pimpinan Umno mahukan selepas melaungkan pendekatan 'Kita mesti berubah atau kita rebah'?
"Umno bagi saya kini terjerat dengan keputusannya sendiri," tegas Dr Dzul bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP). Beliau kini adalah anggota Parlimen Kuala Selangor dan merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan.
Bagi Dr Dzul juga, penyelesaian yang Umno capai dalam pilihan raya ini adalah penyelesaian jangka pendek dan sekadar untuk menang sahaja.
"Padahal banyak yang terpaksa umno korbankan kerananya...termasuk agenda perubahan yang Umno nak buat...kini terikat dengan pemimpin kitar semula yang ditolak sendiri Umno sebelum ini," katanya.
Ketika ditanya apakah yang berlaku di Bagan Pinang sehingga kekalahan PAS berlipatganda, Dr Dzul berkata, Bagan Pinang amat unik.
"Ketika saya mula sampai di Bagan Pinang dan cuba bercakap dengan penduduknya, kita diterima dengan negatif sekali..cold shoulders (sambutan dingin)...," katanya.
Sebab itu, kata beliau, apabila pemimpin PAS bercakap soal isu nasional termasuk skandal PKFZ (Zon Perdagangan Bebas Perlabuhan Klang), penduduk di sini tidak melayannya.
"Bahkan, apabila kita bercakap soal isu kepala lembu yang panas di Selangor kepada masyarakat India di sini, mereka tidak melayannya," kata beliau.
"Puncanya kerana kesilapan kita yang tidak memberikan perkhidmatan sebagaimana yang sepatutnya selepas mereka memberikan undi kepada kita dalam pilihan raya umum lepas," kata Dr Dzul lagi.
Namun, apabila PAS bercakap soal isu tempatan, mereka juga tidak memberikan respon yang positif.
Berkaitan dengan isu orang Cina pula, beliau bersetuju dengan analisis sesetengah pihak bahawa orang Cina di sini terkilan dengan kenyataan beberapa pimpinan PAS di Selangor.
Mengikut laporan itu, mereka mahu ajar PAS dalam pilihan raya kali ini dengan tidak mengundi calonnnya.
"Bagi saya ini adalah isu yang real dan pimpinan perlu mengambil tindakan segera dan jangan membuat tidak kesah sahaja," katanya.
Khamis, Oktober 08, 2009
Program DSAI di Bagan Pinang - 9 & 10 Oktober 2009
MAKLUMAN MEDIA
Tarikh: 8 October 2009
Saudara-saudari, rakan-rakan media.
PROGRAM DATO' SERI ANWAR IBRAHIM DI PILIHANRAYA KECIL N31 - DUN BAGAN PINANG
Dato' Seri Anwar Ibrahim akan berada di Bagan Pinang pada hari Jumaat dan Sabtu (9 & 10 Oktober) bersama barisan pimpinan Pakatan Rakyat untuk memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat, Sdr. Zulkefly Omar pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang.
Berikut adalah jadual program Dato' Seri Anwar Ibrahim pada kedua-dua hari tersebut:
JUMAAT, 9 OKTOBER 2009
5.30 - 6.30 ptg : Program Bersama Masyarakat India
Tempat : Sua Betong Estate
Program akan dihadiri oleh:
- YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
- YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
- YBhg Datuk SS Subramaniam
- YB Sdr. Raveentharan
- YB Sdr. S. Manikumar
- YBhg Sdr. Zulkefly Mohamad Omar (calon)
7.00 - 8.30 mlm : Solat dan Kuliah Maghrib
Tempat : Surau Batu Lapan, Port Dickson (masjid lama)
7.30 - 10.00 mlm : Program Bersama Masyarakat Tionghua
Tempat : Top Seafood Restaurant, Batu 9, Jalan Pantai, Port Dickson
Program akan dihadiri oleh:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Sdr. Teng Chong Kin
3. YB Sdr. Anthony Loke
4. YB Sdr. Chai Tong Chai
5. YB Dr. Lee Boon Chye
6. YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
7. YBhg Sdr. Zulkefly Mohamad Omar (calon)
9.00 - 12.00 mlm : Ceramah Perdana 1
Tempat : Batu 3, Jalan Pantai, Port Dickson (rumah Pak Din)
Panel penceramah:
1. YAB Tuan Guru Dato' Nik Abd. Aziz Nik Mat
2. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
3. YB Sdr. Mohamed Azmin Ali
4. YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
5. YBhg Sdr. Zulkefly Mohamad Omar (calon)
9.00 - 12.00 mlm : Ceramah Perdana 2
Tempat : No 21, Jalan ¼, Taman Intan Perdana, Batu 9, Teluk Kemang (bersebelahan Politeknik Port Dickson)
Panel penceramah:
- YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
- YBhg. Sdr. Mohamad Sabu
- YB Sdr. Saifuddin Nasution Ismail
- YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
- YB Sdr. Yusmadi Yusoff
- YBhg Sdr. Zulkefly Mohamad Omar (calon)
SABTU, 10 OKTOBER 2009
5.30 - 6.30 ptg : Program Bersama Masyarakat Estet
Tempat : Pekan Siliau
Program akan dihadiri oleh:
- YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
- YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
- YBhg Datuk SS Subramaniam
- YB Sdr. Raveentharan
- YB Sdr. S. Manikumar
- YBhg Sdr. Zulkefly Mohamad Omar (calon)
7.00 - 8.30 mlm : Solat dan Kuliah Maghrib
Tempat : Surau Bandar Senggala (di belakang Hospital Besar)
9.00 - 12.00 mlm : Ceramah Perdana
Tempat : No 44, Desa Rusa 1, Taman Desa Rusa, Batu 4, Jalan Pantai, Teluk Kemang, Port Dickson (rumah Sdr. Yusof Ngah)
Panel penceramah:
- YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
- YBhg. Sdr. Mohamad Sabu
- YB Hjh. Fuziah Salleh
- YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
- YBhg Sdr. Zulkefly Mohamad Omar (calon)
9.00 - 12.00 mlm : Ceramah Grand Finale
Tempat : No 447, deretan kedai Taman PD Utama, Port Dickson
Panel penceramah:
- YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
- YB Sdr. Saifuddin Nasution Ismail
- YB Sdr. Anthony Loke
- YB Sdr. Salahuddin Ayub
- YBhg Sdr. Zulkefly Mohamad Omar (calon)
Diharap pihak saudara/saudari dapat hadir untuk membuat liputan program-program di atas.
Sekian, terima kasih.
PEJABAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Rabu, Oktober 07, 2009
Penyerahan Surat Rasmi Mencabar TPM Berdebat
Tarikh: 7 Oktober 2009
ISU KHIANAT MELAYU: PENYERAHAN SURAT RASMI MENCABAR TAN SRI MUHYIDDIN YASIN BERDEBAT
Perkara diatas adalah dengan segala hormatnya dirujuk.
Penyerahan surat tersebut akan dipimpin oleh Saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda Keadilan pada:
Tarikh : 7 Oktober 2009 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Putrajaya
Orang awam dan wartawan KECUALI Utusan Malaysia dijemput hadir. Harap maklum.
BIRO PENERANGAN
Selasa, Oktober 06, 2009
AMK Desak Ismail Sabri Tarik Balik Tuduhan Atau Hadapi Tindakan Undang-undang
Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata Ismail Sabri diberi tempoh lima hari mengemukakan permohonan maaf dan menarik balik perkataan berkenaan.
Sekiranya Ismail berdegil, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang.
"Kita desak supaya beliau menarik perkataan samseng tersebut kerana dalam setiap pilihan raya kecil insiden samseng ini bukan merupakan budaya Keadilan.
"Kita desak Ismail Sabri untuk minta maaf kerana membuat gambaran bahawa parti kita parti yang ganas.
"Kita akan saman beliau ini kenyataan yang memalukan, ini parti yang ada undang-undang dan mengikut lunas perlembagaan dan hukum," katanya ketika dihubungi TV Antara sebentar tadi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan Sinar Harian hari ini. Ismail Sabri dilaporkan berkata Pas telah dipengaruhi oleh budaya samseng yang dibawa PKR.
Dalam laporan berkenaan Ismail berkata sejak Pas bersama-sama PKR mereka sering bertindak diluar batasan dengan mencemuh dan memaki hamun pemimpin.
Ismail berkata demikian merujuk kepada insiden beliau dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Azeez Abdul Rahman kononnya diserang oleh penyokong Pas di Bagan Pinang.
Menurut Shamsul insiden samseng sebenarnya dibawa oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ketika beliau menjadi Timbalan Ketua Pemuda.
"Pada kita ini soal maruah parti dan serangan ini merupakan serangan berbaur provokasi yang mengundang tindakan daripada pihak Keadilan.
"Insiden samseng dan ganas ini mula ditunjukkan oleh Khairy Jamaluddin dahulu ketika beliau menjadi Timbalan Pemuda Umno Barisan Nasional," katanya.
Mengulas mengenai dakwaan dua pemimpin Umno berkenaan bahawa mereka diserang penyokong Pas sewaktu hari penamaan calon Shamsul berkata, beliau mencabar Ismail mengemukakan bukti dan saksi insiden berkenaan.
Katanya, ia merupakan provokasi yang sengaja dilakukan Umno-Barisan Nasional.
"Beliau diserang oleh sekumpulan penyokong yang katanya daripada Pas tetapi sehingga sekarang tiada bukti kukuh yang menunjukkan beliau diserang oleh orang Pas kerana provokasi-provokasi seperti ini adalah identiti Barisan Nasional.
"Mereka biasa dengan keadaan melakukan provokasi kemudian menuduh orang lain melakukan tindakan tersebut," katanya. -TVA