Ini membuktikan bahawa kepimpinan yang baru di bawah YB Mansor mengiktiraf golongan agama, sekaligus dapat memastikan perjuangan parti tidak tersasar dari syariat Islam. Alhamdulillah...
Sabtu, November 14, 2009
Tahniah YB Ustaz, satu penghormatan kepada golongan Agama..
Ini membuktikan bahawa kepimpinan yang baru di bawah YB Mansor mengiktiraf golongan agama, sekaligus dapat memastikan perjuangan parti tidak tersasar dari syariat Islam. Alhamdulillah...
Majlis Pimpinan KeADILan Negeri Pulau Pinang (Baru)
PENGERUSI YB MANSOR BIN OTHMAN
TIMB. PENGERUSI YB LAW CHOO KIANG
NAIB PENGERUSI YB HAJI ABDUL MALIK BIN ABUL KASSIM
NAIB PENGERUSI YB RAVEENTHARAN A/L V. SUBRAMANIAM
NAIB PENGERUSI YB HJ MAKTAR BIN HJ SHAPEE
SETIAUSAHA YB SEN. MUSTAFA KAMAL YUSOFF
BENDAHARI SDR FRANCIS JOSEPH
KETUA PENERANGAN YB TAN HOCK LEONG
KETUA AMK YB MOHD. YUSMADI BIN MOHD. YUSOFF
TIMB. KETUA AMK YB JASON ONG KHAN LEE
KETUA WANITA PUAN NORHAYATI BINTI JAAFAR
TIMB. KETUA WANITA Belum dilantik oleh Wanita Negeri
KETUA CABANG;
KEPALA BATAS SDR ZAINI BIN AWANG
TASEK GELUGOR HAJI MAHAMAD BIN HASHIM
BAGAN SDR AHMAD FARID BIN MD. ARSHAD
PERMATANG PAUH YBHG DATO' SERI DR WAN AZIZAH
BUKIT MERTAJAM YB TAN HOCK LEONG
BATU KAWAN YB LAW CHOO KIANG
NIBONG TEBAL YB HJ MAKTAR BIN HJ SHAPEE
BUKIT BENDERA YB JASON ONG KHAN LEE
TANJONG YB HAJI ABDUL MALIK BIN ABUL KASSIM
JELUTONG YB TAN TEE BENG
BUKIT GELUGOR YB RAVEENTHARAN A/L V. SUBRAMANIAM
BAYAN BARU YB DATO' SERI ZAHRAIN HASHIM
BALIK PULAU YB MANSOR BIN OTHMAN
AHLI MAJLIS PIMPINAN NEGERI ( Lantikan );
SDR MOHD ISMAIL IBRAMSA
PUAN SHARIFAH NORHAYATI
M.NYANASEGARAN
TONY PEH CHOO PENG
Rabu, November 11, 2009
Selasa, November 10, 2009
Kenyataan Saksi Utama Kes VK Lingam
Statement by Ms. Jayanthi L.G Naidu, former secretary of Datuk VK Lingam
10 November 2009
I had heard in the media the announcement by Datuk Seri Nazri Aziz that the MACC had cleared Datuk VK Lingam and Tun Eusoff Chin of any wrong doing or corruption, I also read that the MACC had closed the case on the investigation into the New Zealand holiday taken together by Datuk VK Lingam and Tun Eusoff Chin in 1994 because they could not locate a key witness.
As for the inability to locate a key witness as alleged, I have been contactable at all times. The ACA/MACC officers have at all times been able to contact me earlier for my statements. After the press announcement by Datuk Seri Nazri Aziz reported on 23.10.09, I called the MACC and asked who was the key witness that they were looking for. They were unable to answer me.
I gave a full statement in 1998 regarding this New Zealand trip to the former ACA ( now the MACC ), some of which I repeated in the Royal Commission proceedings. After the Royal Commission proceedings, I gave another statement to the MACC in the presence of my lawyer En Amer Hamzah Arshad. Amongst the matters I told the ACA/,MACC and the Royal Commission were that VK Lingam and Eusoff Chin and families’ holiday trip to New Zealand in 1994 was planned and paid for by VK Lingam. On the instruction of VK Lingam, I had assisted to book and pay for their air tickets in accordance with their itinerary. The documents and holiday photographs have all been given to the ACA and the Royal Commission.
In my evidence before the Royal Commission, I also described how the judgment delivered by Datuk Mohktar Sidin in the Vincent Tan v MGG Pillai libel case was written in the office of VK Lingam. I was amongst the various staff present in the office assisting in the process by photostating and looking for the cases. The written draft judgment with corrections in VK Lingam’s handwriting and other related documents was given to the Royal Commission and ACA.
I am also aware of a few other incidents in VK Lingam’s office where VK Lingam (and other lawyers) have also written or assisted the writing of draft judgments which included such cases like Ayer Molek where he also appeared as counsel for one of the parties. I was aware that the judgments were being drafted as I was present in the office but not assisting directly.
On the instructions of VK Lingam, I have at least on three occasions withdrawn large sums of money (accompanied by a bodyguard) between RM100,000 to RM300,000 which I then wrapped in gift boxes with the understanding that they were to be hand delivered by others to individual judges. On one occasion, I saw one of these money boxes being placed together with a box containing a cake to be delivered to a judge.
I also told the Royal Commission that in 1998 after I had given my statement, the ACA officers told me then that they could not proceed with the case because it involved top government people.
Kes Lingam: Pakatan Rakyat dedah 'saksi utama'

Ini ekoran kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Azri Abdul Aziz semalam bahawa SPRM tidak dapat menghubungi saksi utama dalam siasatan kes tersebut.
Nazri juga dilaporkan berkata, siasatan lanjut tidak dapat dilakukan oleh SPRM kerana saksi utama itu tidak dapat dikesan.
Berikutan itu, SPRM telah mengklafikasikan kes tersebut itu sebagai 'tiada tindakan lanjut'.
Sebaliknya, Jayanthi pula mendakwa bahawa beliau bersedia pada bila-bila masa untuk membantu SPRM dalam menyiasat tersebut.
Katanya, selepas kenyataan bertulis Nazri itu pada 23 Oktober lalu, beliau terus menghubungi SPRM, bertanyakan siapakan saksi utama yang sedang dicari itu.
"Mereka tidak dapat menjawab soalan saya," katanya kepada pemberita di Parlimen.
Isnin, November 09, 2009
Menggilap Harapan Rakyat
“Tidaklah kami mahu melainkan untuk melakukan islah sekuat daya kami.”
Petikan ayat ke-88 dari Surah Hud di atas menjadi pembuka kata Perisytiharan Permatang Pauh yang telah sama-sama kita lafazkan pada tanggal 12 September 1998.
Agenda Reformasi yang menjadi asas perjuangan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) hari ini bukanlah untuk menyanjung dua tiga kerat pimpinan yang dipilih tetapi untuk mengangkat harapan rakyat yang dahagakan perubahan.
Bertemakan “Menggilap Harapan Rakyat”, Konvensyen Negeri di Pulau Pinang memulakan siri konvensyen negeri KeADILan di seluruh negara.
Saya membawa ingatan semua yang hadir agar kembali kepada Perisytiharan Permatang Pauh akan dasar dan asas perjuangan Reformasi yang telah kita mulakan lebih 10 tahun dulu.
Komitmen dan kesetiaan kita kepada asas prinsip perjuangan parti kita – yang berjuang dengan gagasan Ketuanan Rakyat dan keadilan sejagat serta mendukung cita-cita negara bangsa Malaysia yang berbilang bangsa dan agama – harus digarap dan dihadam oleh setiap pimpinan dan aktivis parti.
Saya juga dengan tegas memberikan amaran kepada seluruh anasir-anasir ‘pengacau’ dalam parti yang gagal untuk patuh pada disiplin dan ideologi parti, mereka harus undur sebelum disingkir.
Turut diingatkan tentang tipu daya parti pemerintah yang begitu ghairah melaungkan slogan 1Malaysia – kononnya membela rakyat seluruhnya tetapi hakikatnya masih terus membiarkan rasuah berleluasa, ketirisan perbelanjaan yang makin parah, sistem kehakiman yang nazak menanti ajal dan kezaliman serta salahguna kuasa yang terus menekan kehidupan rakyat.
Hak rakyat di negeri-negeri Pakatan terus dinafikan. 1Malaysia hanyalah sekadar slogan lunak dan enak bak madu namun di dalamnya terlarut racun bisa yang busuk, jijik dan meloyakan.
Saya menyeru seluruh pimpinan untuk sama-sama mengembleng tenaga dan upaya untuk terus komited dan setia dalam perjuangan Reformasi ini.
Semangat perjuangan baru perlu terus dicari. Anak muda mesti berani untuk terus melawan rasuah dan salahguna kuasa. Wanita srikandi Reformasi perlu bersungguh meraih sokongan dan menyampaikan mesej perjuangan yang kita bawa. Reformasi harus terus!
Di akhir pidato, saya lontarkan pantun ini buat hadirin:
Telur tembakul disimpan rapi,
Sekian lama sudah kempunan;
Akan kuredah lautan api,
Asal rakyat memberi perkenan.
ANWAR IBRAHIM
Konvensyen KeADILan Pulau Pinang

"Kita tidak mahu ada yang hanya tahu mengkritik tetapi tidak membantu apa-apa, malahan ada pimpinan yang mahukan tindakan di ambil ke atas beberapa individu ahli parti, namun saya berlembut kerana mengenangkan jasa-jasa mereka, namun mereka juga perlu ingat bahawa mematuhi agenda dan perubahan parti itu penting untuk kita meneruskan perjuangan kita dan teruskan dengan lawan tetap lawan dan insyaAllah kita akan ke Putrajaya", demikian ucapan yang disambut dengan tepukan dari peserta yang hadir.
KeADILan baru-baru ini menerima sedikit tamparan apabila ADUN Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham telah keluar dari parti tersebut dan mengistiharkan dirinya calon BEBAS yang rapat dengan Umno.
Dalam hal ini DSAI menjelaskan bahawa soal ini adalah sesuatu yang diluar jangka pihak Parti kerana untuk pilihanraya akan datang KeADILan akan memastikan calon-calon yang dipilih adalah dari kalangan yang benar-benar komidted untuk bersama parti dan faham erti perjuangan parti.
"Jangan kita kesal dengan ada beberapa kerat yang telah meninggalkan parti. Biarkan mereka, namun kita akan pastikan pada pilihanraya akan datang calon yang akan kita pilih adalah calon yang benar-benar mahu bersama KeADILan dan juga setia bersama parti" demikian jelas beliau lagi.


