BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya
Memaparkan catatan dengan label Sungai Kechil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sungai Kechil. Papar semua catatan

Ahad, Julai 25, 2010

Pemergianmu amatlah dirasai..

Azni bin Sahari dilahirkan pada 7 Mei 1960 di Sungai Kechil, Nibong Tebal. Mula berkecimpung di arena politik sejak peristiwa pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim pada September 1998. Daripada turun ke jalanraya berdemonstrasi hinggalah memimpin kelompok masyarakat.

Beliau adalah salah seorang pengasas Parti Keadilan Nasional di Nibong Tebal. Merupakan seorang Ahli Jawatan Kuasa KEADILAN Cabang Nibong Tebal sejak tahun 1999 hingga akhir hayatnya. Istiqomah di dalam perjuangan menegakkan yang makruf dan menentang kemungkaran. Selepas PRU12, beliau dilantik sebagai Setiausaha JKKK Sungai Kechil. Aktif dalam melakukan kerja-kerja amal, membantu masyarakat setempat tanpa mengira latar belakang politik. Mudah didampingi oleh pelbagai golongan masyarakat samada kawan ataupun lawan.

Tanggal 4.00 pagi, 25 Julai 2010 beliau telah meninggalkan kita. Pergi yang tak mungkin kembali lagi menemui Rabbul Jalil, Allah Maha Pencipta. Dari Allah kita datang, kepadaNya jualah kita akan kembali. Semoga Allah menempatkan rohnya bersama orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah...

Ahad, Disember 13, 2009

KARNIVAL MASYARAKAT MADANI 2009

Tempat : Perkarangan Dewan JKKK Sungai Kechil, Nibong Tebal
Tarikh : 11 - 13 Disember 2009
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 malam


ATURCARA MAJLIS

11/12/09
12.45 petang Siri Khutbah Jumaat oleh YB ADUN
3.00 petang Pameran dan Ekspo Jualan Barangan bermula hingga 11.00 malam
9.00 malam Forum Perdana ;
Tajuk : "Peringatan Dari Allah"
Ahli Panel :
Ustaz Dr. Jamnul Azhar (Penceramah Halaqah, TV9)
Ustaz Hisham bin Mat (Penceramah Bebas)
Ustaz Zul Azhar (Moderator)

12/12/09
9.00 pagi Hari Penganugerahan Cemerlang,
Penyampaian Watikah dan Penyerahan Pakaian Sekolah
Pameran dan Ekspo Jualan Barangan bermula hingga 11.00 malam
9.00 malam Jamuan Makan Malam Bertiket - oleh Small River Club

13/12/09
9.00 pagi Senamrobik
Sukaneka Rakyat kategori kanak-kanak, wanita dan lelaki
Pameran dan Ekspo Jualan Barangan bermula hingga 6.00 petang

Ahad, Disember 06, 2009

Persembahan Teater


"MENUNGGU KATA DARI TUHAN"

Kumpulan Teater; Dinsman, Sabri Yunus, Sani Sudin

Tempat : Dewan Serbaguna Jawi
Tarikh : 6 Disember 2009
Masa : 9 malam

Tetamu Jemputan :
YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

Anjuran bersama Pusat Khidmat Rakyat ADUN Sg. Bakap dan JKKK Sg. Kechil

*Tiket boleh didapati di Pusat Khidmat Rakyat ADUN Sg. Bakap @ hubungi Md. Arof (012-4414491)

Sabtu, Jun 06, 2009

Program Motivasi Pelajar

Khamis, Mei 28, 2009

ADUN sumbang kerusi dan meja

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Bakap, YB Tuan Hj. Maktar Hj. Shapee telah menyumbangkan kerusi dan meja kepada dewan-dewan, surau-surau dan rumah ibadat serta badan kebajikan di seluruh DUN Sungai Bakap sejak minggu lalu.

Mana-mana dewan dan surau yang tidak ada kemudahan tersebut diberi keutamaan dengan bertujuan untuk kegunaan masyarakat setempat.

Tempat yang menerima sumbangan tersebut ialah Dewan JKKK Sungai Duri, Dewan JKKK Sungai Kechil, Dewan JKKK Kampung Besar, Dewan JKKK Taman Puteri Gunung, Dewan JKKK Tasek, Dewan JKKK Kepala Gajah, Dewan JKKK Sungai Bakap, Dewan Taman Lima Kongsi, Dewan Kuil Ladang Sempah, Surau Sungai Buaya, Surau Taman Widuri, Surau Seberang Tasek, Surau Kampung Lima Kongsi, Surau Taman Puteri Gunung, Surau Taman Enggang, Surau Taman Pekatra, Surau Taman Tasek Indah dan Badan Kebajikan Masyarakat Nibong Tebal (BKMPP).

YB ADUN juga berharap agar sumbangan tersebut dapat dinikmati oleh seluruh masyarakat khususnya apabila berlaku kenduri-kendara, kematian dan apa saja keperluan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Petugas menghantar ke dewan-dewan


Pengerusi JKKK Sungai Duri, Hj. Othman Jusoh mencuba kerusi dan meja baru




Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...