BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya
Memaparkan catatan dengan label PRK Hulu Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRK Hulu Selangor. Papar semua catatan

Ahad, April 25, 2010

Pesanan buat pengundi Hulu Selangor : Ingat darah & air mata rakyat Palestin

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) memohon semua pengundi di Hulu Selangor esok supaya tidak melupai darah dan air mata rakyat Palestin yang dijajah Yahudi zionis termasuk di dalam APCO Worldwide.
 
"Sebelum mengundi, ingatlah bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadikan APCO Worldwide yang dimiliki dan dikuasai Yahudi sebagai tempat  memohon petunjuk, iaitu konsultan komunikasi mereka.

"Jangan khianati darah dan air mata rakyat Palestin," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Menurut Mahfuz, ahli lembaga APCO juga turut dianggotai bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency atau ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet.

Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang akan dijadikan sasaran mangsa pembunuhan melalui serangan udara tentera Israel.

Shin Bet juga amat terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal siasat.

Penglibatan Shin Bet dengan APCO tidak terhad kepada seorang individu di mana tiga lagi bekas anggota Shin Bet menganggotai syarikat yang bersekutu dengan APCO, iaitu Asero Worldwide.

Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah pengarah APCO Worldwide Sdn Bhd yang ditubuhkan di Malaysia, iaitu tempat Najib dan kerajaannya memohon petunjuk.

"Saya amat berharap para pengundi Hulu Selangor tidak memberikan undi kepada BN pimpinan Najib yang menjadikan APCO yang dikuasai Yahudi zionis sebagai tempat memohon petunjuk," kata Mahfuz.

Menurut beliau, Naib Presiden Kanan APCO Worldwide di Washington DC, Jonathan Winer, pernah mengemukan laporan yang menuduh Ikhwan Muslimin serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas.

Beliau pernah berusaha agar dipatahkan segala aktiviti kewangan kepada badan-badan tersebut.

Salah seorang ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, Marc Ginsberg pula menyifatkan mujahid Islam, asy-Syahid Sayyid Qutb sebagai musuh dan membandingkannya dengan Adolf Hitler. Syed Qutb ialah penulis karya-karya besar seperti Ma'alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur'an.

Ahli lembaga APCO yang lain termasuk dua bekas duta Israel, iaitu bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Stein dan bekas duta Israel ke kepada Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich.

Sabtu, April 24, 2010

Perutusan Mursyidul Am Untuk Pengundi Hulu Selangor

Bahaya pemikiran Umno: tolak Umno, terimalah kebenaran Islam

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, dan Salam Sejahtera.
Firman Allah SWT (al-An’am 6:162),



Maksudnya, “Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Sesungguhnya, segala puji-pujian yang tidak terhingga kepada Allah Tuhan yang mencipta dan mentadbir sekalian alam. Puji-pujian juga yang teramat tinggi kepada Nabi Muhammad Pesuruh Allah, Nabi pengakhir zaman.
Didoakan kepada semua pengundi bagi pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor berada di dalam keselamatan dan kesejahteraan hendak-Nya.

Tuan-puan, dan saudara-saudari yang dihormati sekalian.
Bersempena dengan musim kempen pilihan raya ini, sukacita saya mengingatkan diri saya dan menyampaikan ingatan sama kepada sidang pengundi sekalian yang bakal mengundi pada hari Ahad, 25 April 2010 nanti.
Jadilah ingatan ini sebagai panduan utama untuk sidang pengundi sekalian menjadi seorang yang berhak mengundi, menunaikan tanggungjawab mengundi dan memangkah kertas undi dengan pasangkan niat , “sesungguhnya aku mengundi untuk menegakkan kebenaran dan keadilan serta kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.”
Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian.
Perkara pertama kita kena tahu, betapa Umno telah menghancurkan simbol Bulan Bintang yang dipakai oleh PAS pada tahun 1971. Sedangkan pada PAS, Bulan Bintang itu mempunyai makna yang besar dari segi mendidik rakyat kepada cara hidup beragama. Pertama, Bulan Bintang itu dipakai di atas menara masjid-masjid –– rumah Allah Tuhan yang Maha Kuasa. Kedua, Bulan Bintang adalah simbol bagi PAS untuk menghidup dan menghayati serta melaksanakan falsafah hidup beragama (muslim sejati) berteraskan doa iftitah yang selalu dibaca ketika permulaan sembahyang. Doa yang dimaksudkan ialah “sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku adalah kerana Alllah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam (Lillahi Rabbi ‘alami).” Oleh sebab itu, melalui simbol Bulan Bintang apabila dilihatnya, maknanya seseorang diajak untuk mengingati tanggungjawab beragama –– sembahyang dan beribadat, serta memikirkan soal hidup dan mati. Dengan cara itu, harapan PAS supaya rakyat sentiasa berada di dalam kehidupan beragama, berkeamanan dan berharmoni.

Akibat daripada larangan penggunaan simbol Bulan Bintang itulah dapat dilihat hari ini, bila mana rakyat hari ini begitu bercelaru amalan hidupnya –– terbabit dengan segala amalan maksiat dan kerosakan akhlak serta berlaku amalan hidup yang berlawanan dengan apa yang ucapkan di dalam solat. Di samping berlaku tingkah laku yang di luar  daripada sifat kemanusiaan seperti membuang bayi dan pembunuhan sesama insan.

Perkara kedua yang perlu diingati ialah tindakan pemimpin Umno yang telah menghapuskan penggunaan tulisan jawi. Tulisan jawi juga dihapuskan dalam pendidikan di sekolah. Ia berlaku zaman Almarhum Khir Johari, menghapuskan pengajaran dan penggunaan tulisan jawi itu.

Kesannya ramai orang Melayu, khususnya generasi sekarang tidak pandai membaca dan menulis jawi. Sedangkan jawi adalah tulisan dan bahasa al-Quran, dan ia adalah warisan ilmu orang Melayu zaman berzaman. Maka, ia bukan sekadar menghapuskan budaya ilmu yang menjadi medium pendidikan utama orang Melayu, malah orang Melayu kini amat dangkal dengan pengetahuan al-Quran kerana mereka sudah tidak pandai membaca al-Quran. Inilah bahananya dasar Umno.

Rakyat kena persoalkan, kemana Umno nak bawa rakyat. Nak kata Umno nak bawa ke jalan agama, jelas Umno sudah buat banyak perkara yang bercanggah dengan kehendak Islam seperti melarang guna Bulan Bintang dan tulisan jawi.
Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian.

Pekara ketiga, layak juga dipersoalkan kepada pemimpin Umno, apakah tujuan sebenar Umno lawan sangat PAS ini? Sedangkan PAS sudah diakui sebagai parti yang berjuang untuk Islam, demi untuk melaksanakan pentadbiran dan mengamalkan sistem masyarakat Islam di Negara ini. Boleh jadi, Umno lawan PAS atas dasar demokrasi.

Jika begitu, kaedah demokrasi sebenarnya mengajar kita supaya berlaku adil kepada semua pihak. Apabila bertanding dalam pilihan raya, hendaklah mengamalkan pilihan raya yang adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok. Jika PAS menang, kena terima itu mandat rakyat dan perlu dihormati. Persoalannya, apa pasal pula Umno begitu gah kononnya berjuang ikut demokrasi, tetapi prinsip demokrasi tidak sedikit pun dipatuhi?

Tengok saja atas isu wang royalti petroleum. Sekian lama negeri Terengganu di bawah kuasa BN, royalti minyak dibayar kepada kerajaan negeri . Tetapi bila saja PAS menang di Terengganu tahun 1999, setahun  selepas itu royalti sudah ditarik dan ditukar pula kepada wang ihsan. Itupun sudah tidak diberi kepada kerajaan negeri. Ia disalur terus kepada Umno bahagian. Semuanya adalah bukti Umno sendiri tidak hormat, malah melakukan perkara yang bercanggah dengan prinsip demokrasi.

Benarlah Umno yang mendakwa berpegang dengan prinsip demokrasi, hakikatnya Umno tidak mematuhi prinsip demokrasi.

Cuba kita renungkan sedikit, bagaimana Islam pula mengajar umatnya berjuang.  Sesungguhnya Islam adalah lebih bertamadun berbanding demokrasi, kerana demokrasi tidak mengajar soal dunia dan akhirat. Namun, Islam dikatakan lebih bertamadun kerana mengajar kita dengan prinsip bahawa ‘apa saja yang kita perjuangkan, semuanya akan disoal oleh Allah SWT di akhirat.’ Prinsip seumpama ini adalah selari dengan prinsip ‘sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku, semuanya kerana Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.’ Barang ini (prinsip ini) tidak ada dalam perjuangan Umno.

Sebab itulah kita berani katakan bahawa perjuangan Umno adalah perjuangan sekular. Lebih-lebih lagi, Umno dilihat lebih mengutamakan pembangunan berteraskan kebendaan semata-mata. Maka, tidak ada bezanya perjuangan Umno itu dengan perjuangan parti politik di Barat yang mementingkan pembangunan dan kemajuan semata-mata. Sebab itulah, perjuangan Umno mengasingkan prinsip agama dengan politik. Maka jadilah Umno sebagai parti sekular, iaitu sebuah parti yang mengamalkan politik suku, agama suku. Ia memberi makna, semacam kerja politik tiada kaitan dengan dosa dan pahala lagi. Sebab itulah ada pemimpin Umno berani melakukan segala amalan politik yang bercanggah dengan ajaran agama. Mereka mengamalkan politik wang, politik ugut dan politik paksa. Sedangkan kesemuanya itu bercanggah dengan ajaran Islam dan dilarang keras oleh Nabi Muhammad SAW.

Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi yang dikasihi sekalian.
(Akhirnya), perkara keempat mengenai perjuangan Umno ialah amalan salah Umno yang sentiasa mengasing-asingkan rakyat dengan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum-kaum. Akibat amalan salah Umno itu, akhirnya orang Melayu dibeza-bezakan dengan bukan Melayu. Dan paling salah membeza-bezakan antara Melayu yang sokong Umno sebagai Melayu-Umno dan yang sokong PAS sebagai Melayu-PAS.

Kemudian berlaku pula pengasingan antara hak Melayu dengan hak bukan-Melayu, diikuti pula hak Melayu-Umno dengan hak Melayu-PAS. Paling teruk juga, orang Melayu-PAS telah dibeza-bezakan dari segi jawatan dan kenaikan pangkat, subsidi dan bantuan, dan hak-hak antara negeri diperintah Umno-BN dengan negeri diperintah PAS-Pakatan Rakyat. Seperti juga berlaku pada akhir-akhir ini, bila mana persoalan wang royalti petroleum untuk Kelantan sendiri tidak diberikan kepada kerajaan negeri, sedangkan kepada kerajan negeri Sabah dan Sarawak terus diberi. Apa yang berlaku, ‘royalti’ ditukar kepada ‘ihsan’ dan pemberian ihsan pula adalah kepada Umno bahagian.
Demikianlah, buruknya amalan membeza-bezakan itu.  Ia telah mendera rakyat Kelantan, kerana kerajaan negeri Kelantan hari ini adalah dipilih atas hak dan kehendak rakyat. Amalan Umno sebegitu telah menepikan langsung nilai keadilan yang diajar oleh Islam. Sekaligus bertentangan dengan ajaran Tauhid Islam. Mengikut ajaran Tauhid, bukan hanya Tuhan itu Satu, tetapi satu segala-galanya. Hatta manusia yang berbagai-bagai bangsa itupun adalah disatukan di bawah satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam AS.

Oleh itu, kembalilah kita kepada ajaran Islam dan mengamalkan cara hidup beragama. Sesungguhnya sistem Islam adalah benar dan adil untuk semua kaum. Ingatlah, firman Allah (surah Ali-Imran 3:102-103),



Bermaksud, “wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai .”

Sebenarnya Allah SWT tidak menerima segala amalan kita, melainkan kita beramal dengan ajaran Islam yang syumul. Menolak perjuangan Umno sudah pasti membebaskan diri kita daripada segala-gala amalan salah.

Sehubungan itu, saya menyeru dan merayu kepada sekalian pengundi Hulu Selangor yang budiman lagi bijaksana, undilah calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim dari parti KeADILan. Saya penuh yakin dan percaya di atas pengalamannya selaku bekas ahli parlimen dan menteri kabinet, sesungguhnya beliau mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk membela dan menunaikan harapan rakyat di parlimen Hulu Selangor. Keluarlah mengundi beramai-ramai, jangan hiraukan ugutan Umno-BN dan selamat mengundi.

Semuga tuan-puan, dan saudara-saudari sekalian dirahmati Allah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Harapan Baru Malaysia
*** PAS UNTUK SEMUA ***

Sekian.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,
Mursyidul Am PAS

Najib dicabar hadir debat perdana malam ini

Naib Presiden PKR Azmin Ali mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini, sekali gus mengesahkan ura-ura program tersebut yang diiklankan melalui kain rentang di pelbagai tempat.

“Malam esok (24 April) debat Datuk Seri Anwar dan Najib, permit polis sudah dapat. Kalau tidak berani bagi Rosmah (Mansor ganti),” cabar Azmin dalam ceramah perdana Pakatan Rakyat di Sungai Buaya malam semalam.

Katanya, Najib dipersilakan hadir dengan membawa penyokongnya di stadium mini Kuala Kubu Bharu bagi berhujah tetang kewajaran kerajaan melantik Apco Worldwide sebagai firma perunding kepada kerajaan Malaysia.

Semalam, dilaporkan beberapa kain rentang dipasang mendakwa Najib akan menyertai debat perdana dengan Anwar di Kuala Kubu Baru pada jam 9 malam ini.

Hebahan media mengenai program kempen calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pula menunjukkan Anwar, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Zaid akan juga hadir pada ceramah di situ.

Bagaimanapun, seorang pegawai pejabat perdana menteri dilaporkan menafikan Najib akan menyertai majlis debat itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR ketika ditemui pada ceramah yang sama di Sungai Buaya berkata, walaupun tiada sebarang surat rasmi dihantar bagi menyatakan cabaran itu, ia sudah cukup untuk “berkomunikasi” dengan Najib.

“Saya percaya Najib pun tidak masuk pejabat sekarang,” katanya ketika ditanya tentang cabaran yang hanya dibuat melalui pentas ceramah dan kain rentang sahaja.

Anak Ghafar Baba di pentas Anwar

Ramai yang terkejut dengan kehadiran anak bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba ke pentas PKR bersama ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim malam semalam.

Dalam ceramah perdana Pakatan Rakyat di Felda Sungai Buaya, Tamrin, anak tokoh besar Umno itu tidak berceramah, sebaliknya duduk di atas pentas bersama pemimpin lain gabungan pembangkang.

Bagaimanapun, kehadirannya dilihat cuba digunakan sepenuhnya oleh Pakatan apabila Anwar sendiri memperkenal dan memuji kehadiran Tamrin bagi “bersama-sama” mereka dalam ucapannya.

“Ini kawan lama waktu kami dalam Umno dulu... waktu (dalam Umno) dulu-dulu,” katanya kepada lebih 5,000 pengunjung dalam ceramah di kawasan kubu kuat BN.

Tamrin yang kemudiannya bangun dan tunduk sedikit kepada penyokong Pakatan mendapat tepukan bergemuruh.

Bapa beliau, Tun Ghafar – yang mendapat jolokan 'ahli Umno yang setia' - sebelum ini pernah pernah mempunyai hubungan yang 'tegang' dengan Anwar apabila dicabar pengasas Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu bagi merebut kerusi timbalan presiden Umno lama dahulu.

Ghafar yang mempunyai rekod tanpa kalah – sama ada dalam pilihan raya atau pemilihan parti – bagaimanapun menarik diri apabila Anwar yang mendominasi pencalonan bertanding yang jauh melebihinya.

Tamparan balas

Turut berceramah malam semalam ialah Naib Presiden PKR Azmin Ali, Setiausaha Agung Saifudddin Nasution.

Musryidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang turun pertama kali ke Hulu Selangor malam semalam bagaimanapun gagal turut serta, difahamkan disebabkan keletihan.

Sementara itu, Saifuddin berkata, ketika terdapat segelintir pemimpin PKR yang melompat, kehadiran Tamrin mampu memberikan tamparan balas kepada BN.

“Kehadirannya malam ini membawa satu mesej, di sebalik tindakan keluar parti daripada beberapa pemimpin sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita ceramah selepas tamatnya ceramah tengah malam tadi.

Menjawab soalan, ahi parlimen Machang itu berkata, kehadiran Tamrin tidak dirancang, sebaliknya ia merupakan hasratnya sendiri.

“Kamu boleh tengok sendiri. Dia datang sendiri, dia balik pun sendiri. Tiada yang ambil, tiada yang hantar. Tiada sebarang sambutan bunga manggar,” jelas Saifuddin.

Bergegas pulang

Ditanya sama ada Tamrin telah menyertai parti, setiausaha agung PKR itu berkata, perkara itu hanyalah “formaliti semata-mata”.

“Saya belum semak rekod di pejabat (setiausaha agung),” katanya.

Usaha pemberita mendapatkan ulasan Tamrin selepas ceramah bagaimanapun gagal apabila beliau terus bergegas pulang selepas tamat ceramah.

Dalam ceramah tersebut juga, bekas ahli parlimen Sungai Besi daripada MCA Farn Seong Than (dipilih pada 1974) turut hadir menyatakan sokongan.

Terdapat juga penyerahan borang keahlian daripada 20 ahli jawatankuasa Pemuda Umno Telok Kemang, Bagan Pinang.

Bercakap kepada pemberita, Farn berkata keluar daripada MCA kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan baru parti Cina itu selepas Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dipilih sebagai presiden yang baru. 


Gambar-gambar PRK Hulu Selangor

Dari lensa Media NT

Puteri yang tersalah laluan



Tuan Guru Datuk Seri Hj Abdul Hadi, Presiden PAS turut memberi sokongan

Dato' Seri Anwar Ibrahim (terlindung) bersama Azmin Ali dan Ust. Nasharudin

Datuk Seri Ir. Mohd Nizar turut kelihatan


Sebahagian daripada Orang Asal yang datang menyokong Pakatan Rakyat

Ragam masyarakat Cina

Pukulan gendang yang memeriahkan suasana

Wanita KEADILAN Nibong Tebal

Md Arof, SU AMK Nibong Tebal

Dr. Hatta memberi ucapan

Bersama vokalis kumpulan Gamma (tengah)

Projek 'Mee Segera'

Penginapan Jentera Pilihan Raya Pulau Pinang di Taman Ampang Pecah
AMK Nibong Tebal turut membantu memasang bendera

Berkempen dari rumah ke rumah bersama Wanita Kota Raja di Air Jernih


Bukan sekadar berkempen, YB Ustaz Maktar turut membantu pengundi melakukan kerja harian mereka

Mengatur gerak kerja...

Lakaran potret gadis yang menghantui Najib & Rosmah

Akibat daripada kejahilan - banner yang dipasangpun tungging terbalik

Bersama Nash di tempat ceramah di Ampang Pecah

YB Ustaz Maktar bersama Hj. Wan mengikat semula tali poster yang dipotong oleh penyokong UMNO-APCO

Berkempen di Taman Teratai

Bendera yang dirosakkan, kebanyakannya dibuang. Ibarat kerja Zionis Israel yang melakukan 'pembersihan' di Palestin, begitulah kerja anak didik mereka di Hulu Selangor yang mengutip bendera KEADILAN ditepi jalan lalu membuangnya

UMNO-APCO mempergunakan pelajar sekolah dan jentera kerajaan

Lokasi : Balai Bomba Kuala Kubu Baru





Selasa, April 20, 2010

Tok Guru Nik Aziz akan ke Hulu Selangor pada Jumaat ini

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyokong penuh calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Mohd Zaid Ibrahim dan akan turun ke sana 23 April ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa, berkata sebaik sahaja dimaklumkan Zaid bakal bertanding di Hulu Selangor, Tuan Guru menelefonnya dari tanah suci memaklumkan sokongan penuhnya terhadap calon Pakatan Rakyat.

Jelas Husam, Tuan Guru memberitahu Zaid akan mendapat sokongan dalam pilihan raya kecil itu nanti memandangkan kelebihan yang ada padanya disamping peka terhadap masaalah rakyat.

“Kerana itu, Tuan Guru akan turun ke Hulu Selangor pada 23 April ini untuk berkempen bagi membantu kemenangan calon Pakatan selepas pulang ke tanah air 21 April ini,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyerahan kunci rumah kedai Bandar Baru Tunjung, dekat sini pagi tadi.

Sambung Husam lagi, bukan itu sahaja Tuan Guru turut menghubungi Zaid selepas beliau diistiharkan calon Pakatan Rakyat dihari penamaan calon.

“Malah dua hari berikut Tuan Guru sekali lagi menelefon Datuk Zaid untuk memberi semangat dan sokongan,”ujar Husam lagi.

Bagi Husam, Zaid merupakan calon yang paling layak untuk bertanding dalam pilihan raya itu kerana kekuatannya yang tersendiri.

Sambungnya, calon berkenaan secara jelas telah melepaskan jawatannya sebagai Menteri diJabatan Perdana Menteri semata-mata kerana rakyat yang telah diperbodohkan oleh kerajaan BN khususnya dalam masaalah ISA.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru bakal pengundi di Hulu Selangor menolak calon BN dalam pilihan raya itu nanti dan sebaliknya menyokong penuh calon Pakatan Rakyat yang akan meneruskan perjuangan mereka.

Isnin, April 19, 2010

Amaran Orang Asal: Kami Akan Kalahkan BN Dengan Sebatang Pensel

Orang Asal Hulu Selangor sudah bosan serta menolak Umno-Barisan Nasional kerana tidak pernah mengambil tahu tentang masalah mereka dan mengabaikan kebajikan Orang Asal sejak lebih tahun mentadbir negara.

Seorang wakil Orang Asal yang ditemui pada perarakan calon Pakatan Rakyat ke pusat penamaan calon semalam, Kin Kasim, 58, berkata antara masalah yang paling besar dihadapi kaum Orang Asal di Hulu Selangor ialah isu tanah yang telah diketepikan oleh Umno-BN sejak sekian lama.

"Hal tanah ini memang menjadi masalah besar kepada kaum Orang Asal, kerajaan BN tidak pernah berbincang dengan kami tentang masalah tersebut sehinggakan ada tanah kami telah dicerobohi oleh pihak luar menyebabkan kami susah untuk bercucuk tanam. Selain itu juga kami tidak mendapat hak milik ke atas tanah kami itu, sekarang semua Orang Asal marahkan BN," jelasnya.

Penamaan calon semalam menyaksikan penyertaan masyarakat Orang Asal yang sama-sama berhimpun dengan penyokong Pakatan Rakyat bagi memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Kaum Orang Asal yang datang dari Kampung Penderas Kuala Krau Temerloh Pahang seramai 30 orang tiba di Kuala Kubu Baharu sejak jam 5 pagi semalam.

Seorang lagi wakil Orang Asal, Majid Siap, 58, juga menjelaskan isu tanah sememangnya menjadi masalah terbesar kaum Orang Asal di negara ini.

"Isu tanah ini memang menjadi masalah besar kepada penduduk kaum asal dan ada juga tanah kami diambil oleh BN tanpa kami sedar. Sikap yang sedemikian inilah membuat masyarakat orang asal sudah bencikan BN, kami sanggup datang jauh semata-mata ingin memberi sokongan kepada KEADILAN yang jelas telah menolong kaum Orang Asal di Selangor, kami juga mahu masyarakat Orang Asal di Pahang juga dapat dibela.

"Kami Orang Asal memang tak puas hati dengan sikap BN dan kami menjadi mangsa BN yang tak berhati perut, dengan mempertikaikan hak kami ini yang membuatkan Orang Asal marahkan BN sekarang. Kami akan hancurkan BN pada pilihan raya yang akan datang dengan sebatang pensil sahaja," katanya.

Jumaat, April 16, 2010

Pelancaran Jentera Pilihan Raya Hulu Selangor Wanita Pakatan Rakyat


Jemputan ke Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya

Wanita Pakatan Rakyat Hulu Selangor:


PERUBAHAN TEMPAT

Jumaat, 16 April jam 8.00 malam dan kini di


Kem Bina Semangat, Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru


Menteri, Ulama Umno Ketepi Hukum Syariah Demi Politik

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pemimpin dan ulama Umno yang berdiam diri malah menyokong agar tuduhan qazaf tidak di bicarakan di Mahkamah Syariah.

"Ulama Umno ni lebih jahil dari orang Umno yang jahil, mereka memandang rendah hukum syariah Islam. Inikah pemimpin yang kita nak sokong?

"Kes saya telah ditolak oleh hakim dengan alasan dia tiada kuasa untuk mengarah pendakwa syarie membuat dakwaan ke atas Saiful setelah saya buat laporan fitnah kes liwat tersebut.

"Menteri Agama Datuk Jamil Khir Baharom kata kes qazaf tidak boleh di bicarakan di Mahkamah Syariah kerana dengan alasan kes itu bukan bidang mahkamah. Inikah orang yang kita nak letakkan kepercayaan untuk tegakkan hukum Islam di Malaysia?" tanya beliau.

Anwar yang berucap di hadapan lebih 1,000 penyokong pada majlis penerangan di Dewan Datuk Abd Hamid, Taman Ligamas, Bandar Utama Batang Kali Rabu lalu menjelaskan tindakan yang dilakukan itu hanyalah untuk kepentingan politik mereka sahaja.

"Umno yang mereka kata juara rakyat ini, apa yang mereka lakukan hanya untuk kepentingan politik mereka saja bukan untuk menegakkan kebenaran lebih-lebih dalam hukum Islam. 

Mereka tak kisah mempersendakan hukum Islam janji mereka dapat nama.

"Kes gadis yang dirotan kerana minum arah bukan lagi mereka hebohkan bahawa apa yang mereka lakukan mengikut hukum Islam tapi bila kes melibatkan saya dari Pakatan Rakyat maka hukum Islam tak boleh dipakai.

"Inilah kerja Umno sejak dari dulu lagi kalau ada kepentingan politik tanpa berlengah mereka laksanakan tapi bila tak menyebelahi mereka terus ambik keputusan dan katakan bukan bidang tugas.

"Saya nak pesan kepada Jamil Khir segeralah bertaubat nasuha kerana kita tak tahu bila giliran kita akan tiba, janganlah ikut pemimpin atasan yang terang-terang telah menzalimi rakyat," Anwar memberi amaran.

Ketua Pembangkang itu juga menyeru agar pengundi di Batang Kali dapat membuat penilaian atas apa yang dilakukan Umno dan Barisan Nasional yang nyata menolak jauh hukum Islam kerana takut untuk berhadapan dengan kebenaran dan keadilan.

Khamis, April 15, 2010

Zaid Pilihan Tepat, Mampu Tarik Pengundi Muda

Pensyarah Kanan Pengajian Media Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbollah menyifatkan pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding di Hulu Selangor sebagai tepat. 

Beliau menganggap Zaid sebagai tokoh yang berani dan berintelektual yang pastinya akan memenangi hati semua lapisan pengundi termasuk kelas menengah dan juga golongan muda. 

"Zaid Ibrahim merupakan anak Melayu yang liberal. Beliau akan menghadapi cabaran dalam memenangi hati pengundi," kata Dr Abu Hassan.

Beliau menambah, wujud dua golongan iaitu golongan muda dan golongan lama yang berfikiran konservatif. Zaid Ibrahim berkemungkinan besar akan disokong golongan muda dan pada sama akan menghadapi tentangan golongan lama.

"Zaid Ibrahim mesti bijak mengambil hati kedua-dua golongan ini," katanya.

Ketika ditanya berkenaan cabaran dan peluang yang akan digalas Zaid, beliau yakin bekas Menteri Undang-undang tersebut mampu menangani semua isu yang dibangkitkan pihak lawan serta menyakinkan pengundi untuk menyokong beliau. 

Berdasarkan pandangannya Dr Abu Hassan yang terkenal sebagai pengasas pusat kajian terkemuka Zentrum Future Studies menyakini bahawa Zaid sebagai simbol politik baru mampu membawa dimensi baru dalam politik alaf baru yang memerlukan perubahan.



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...