BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya
Memaparkan catatan dengan label PRK Bagan Pinang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRK Bagan Pinang. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 14, 2009

Umpama cuba rampas kerusi Anwar di Permatang Pauh

Oleh : Zulkifli Sulong

PAS sememang sedar dari awal lagi, percubaan mereka untuk memenangi pilihan raya kecil Bagan Pinang umpama cuba merampas Permatang Pauh dari Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ini kerana, Tan Sri Mohd. Isa Samad sudah bertapak di situ sekian lama dalam keadaan dia juga adalah bekas pemimpin utama Umno Negeri Sembilan.


Sebab itulah, PAS lebih senang dengan pendekatan untuk menang negara walaupun terpaksa kalah di Bagan Pinang.


Menjelang pilihan raya, PAS sudah berusaha agar Isa yang dicalonkan Umno dengan harapan akan mendapat manafaat besar dalam pilihan raya umum nanti.


Namun, kemenangan berganda Isa mengejutkan PAS kerana mereka menjangkakan akan dapat mengurangkan majoriti Umno dalam pilihan raya kali ini.


Isa mendapat undi 8,013 berbanding calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar yang mendapat 2,578 undi dengan undi rosak sebanyak 223.


Ini bermakna, Isa mendapat majoriti 5, 435 iaitu kemenangan berlipatganda berbanding calon BN dalam pilihan raya umum 2008 lalu yang menang dengan majoriti 2,333.


Isa menang ketika semua pihak mempertikaikan personaliti beliau yang pernah digantung jawatannya oleh Umno selepas Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau bersalah dalam politik wang dalam pemilihan Umno.

Image

Bagi Pengarah Operasi PAS untuk pilihan raya Bagan Pinang, Dr Dzulkefli Ahmad, Umno tidak boleh berbangga dengan kemenangannya di sini kerana yang menang adalah Isa Samad bukannya Umno.


"Jadi membuat satu kesimpulan umum bahawa orang Melayu, Cina atau India sudah kembali kepada Umno adalah satu yang tidak tepat," kata Dr Dzul.


Beliau juga menyifatkan, walaupun calonnya menang dalam pilihan raya ini, "Umno kalah dalam perangnya melawan korupsi."


Beliau juga yakin, kini Umno terjerat dengan keputusannya meletakkan Isa di Bagan Pinang.


"Apakah ini yang pimpinan Umno mahukan selepas melaungkan pendekatan 'Kita mesti berubah atau kita rebah'?


"Umno bagi saya kini terjerat dengan keputusannya sendiri," tegas Dr Dzul bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP). Beliau kini adalah anggota Parlimen Kuala Selangor dan merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan.


Bagi Dr Dzul juga, penyelesaian yang Umno capai dalam pilihan raya ini adalah penyelesaian jangka pendek dan sekadar untuk menang sahaja.


"Padahal banyak yang terpaksa umno korbankan kerananya...termasuk agenda perubahan yang Umno nak buat...kini terikat dengan pemimpin kitar semula yang ditolak sendiri Umno sebelum ini," katanya.


Ketika ditanya apakah yang berlaku di Bagan Pinang sehingga kekalahan PAS berlipatganda, Dr Dzul berkata, Bagan Pinang amat unik.


"Ketika saya mula sampai di Bagan Pinang dan cuba bercakap dengan penduduknya, kita diterima dengan negatif sekali..cold shoulders (sambutan dingin)...," katanya.

Image

Sebab itu, kata beliau, apabila pemimpin PAS bercakap soal isu nasional termasuk skandal PKFZ (Zon Perdagangan Bebas Perlabuhan Klang), penduduk di sini tidak melayannya.


"Bahkan, apabila kita bercakap soal isu kepala lembu yang panas di Selangor kepada masyarakat India di sini, mereka tidak melayannya," kata beliau.


"Puncanya kerana kesilapan kita yang tidak memberikan perkhidmatan sebagaimana yang sepatutnya selepas mereka memberikan undi kepada kita dalam pilihan raya umum lepas," kata Dr Dzul lagi.


Namun, apabila PAS bercakap soal isu tempatan, mereka juga tidak memberikan respon yang positif.


Berkaitan dengan isu orang Cina pula, beliau bersetuju dengan analisis sesetengah pihak bahawa orang Cina di sini terkilan dengan kenyataan beberapa pimpinan PAS di Selangor.


Mengikut laporan itu, mereka mahu ajar PAS dalam pilihan raya kali ini dengan tidak mengundi calonnnya.


"Bagi saya ini adalah isu yang real dan pimpinan perlu mengambil tindakan segera dan jangan membuat tidak kesah sahaja," katanya.


Khamis, Oktober 08, 2009

Program DSAI di Bagan Pinang - 9 & 10 Oktober 2009

MAKLUMAN MEDIA

Tarikh: 8 October 2009


Saudara-saudari, rakan-rakan media.



PROGRAM DATO' SERI ANWAR IBRAHIM DI PILIHANRAYA KECIL N31 - DUN BAGAN PINANG


Dato' Seri Anwar Ibrahim akan berada di Bagan Pinang pada hari Jumaat dan Sabtu (9 & 10 Oktober) bersama barisan pimpinan Pakatan Rakyat untuk memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat, Sdr. Zulkefly Omar pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang.


Berikut adalah jadual program Dato' Seri Anwar Ibrahim pada kedua-dua hari tersebut:



JUMAAT, 9 OKTOBER 2009


5.30 - 6.30 ptg : Program Bersama Masyarakat India

Tempat : Sua Betong Estate


Program akan dihadiri oleh:

  1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
  2. YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
  3. YBhg Datuk SS Subramaniam
  4. YB Sdr. Raveentharan
  5. YB Sdr. S. Manikumar
  6. YBhg Sdr. Zulkefly Mohamad Omar (calon)


7.00 - 8.30 mlm : Solat dan Kuliah Maghrib

Tempat : Surau Batu Lapan, Port Dickson (masjid lama)



7.30 - 10.00 mlm : Program Bersama Masyarakat Tionghua

Tempat : Top Seafood Restaurant, Batu 9, Jalan Pantai, Port Dickson


Program akan dihadiri oleh:


1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2. YB Sdr. Teng Chong Kin

3. YB Sdr. Anthony Loke

4. YB Sdr. Chai Tong Chai

5. YB Dr. Lee Boon Chye

6. YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas

7. YBhg Sdr. Zulkefly Mohamad Omar (calon)



9.00 - 12.00 mlm : Ceramah Perdana 1

Tempat : Batu 3, Jalan Pantai, Port Dickson (rumah Pak Din)


Panel penceramah:


1. YAB Tuan Guru Dato' Nik Abd. Aziz Nik Mat

2. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

3. YB Sdr. Mohamed Azmin Ali

4. YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas

5. YBhg Sdr. Zulkefly Mohamad Omar (calon)



9.00 - 12.00 mlm : Ceramah Perdana 2

Tempat : No 21, Jalan ¼, Taman Intan Perdana, Batu 9, Teluk Kemang (bersebelahan Politeknik Port Dickson)


Panel penceramah:

  1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
  2. YBhg. Sdr. Mohamad Sabu
  3. YB Sdr. Saifuddin Nasution Ismail
  4. YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
  5. YB Sdr. Yusmadi Yusoff
  6. YBhg Sdr. Zulkefly Mohamad Omar (calon)



SABTU, 10 OKTOBER 2009


5.30 - 6.30 ptg : Program Bersama Masyarakat Estet

Tempat : Pekan Siliau


Program akan dihadiri oleh:

  1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
  2. YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
  3. YBhg Datuk SS Subramaniam
  4. YB Sdr. Raveentharan
  5. YB Sdr. S. Manikumar
  6. YBhg Sdr. Zulkefly Mohamad Omar (calon)


7.00 - 8.30 mlm : Solat dan Kuliah Maghrib

Tempat : Surau Bandar Senggala (di belakang Hospital Besar)



9.00 - 12.00 mlm : Ceramah Perdana

Tempat : No 44, Desa Rusa 1, Taman Desa Rusa, Batu 4, Jalan Pantai, Teluk Kemang, Port Dickson (rumah Sdr. Yusof Ngah)


Panel penceramah:

  1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
  2. YBhg. Sdr. Mohamad Sabu
  3. YB Hjh. Fuziah Salleh
  4. YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
  5. YBhg Sdr. Zulkefly Mohamad Omar (calon)


9.00 - 12.00 mlm : Ceramah Grand Finale

Tempat : No 447, deretan kedai Taman PD Utama, Port Dickson


Panel penceramah:

  1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
  2. YB Sdr. Saifuddin Nasution Ismail
  3. YB Sdr. Anthony Loke
  4. YB Sdr. Salahuddin Ayub
  5. YBhg Sdr. Zulkefly Mohamad Omar (calon)


Diharap pihak saudara/saudari dapat hadir untuk membuat liputan program-program di atas.


Sekian, terima kasih.



PEJABAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM


Selasa, Oktober 06, 2009

Jentera Pilihanraya KeADILan Nibong Tebal bersama calon di Telok Kemang

Bertemu peniaga, calon ditemani YB Mansor dan YB Ustaz Maktar

Calon PR, Zulkefly Mohamad Omar beramah mesra dengan peniaga pasar Telok Kemang

Berbual sambil mengatur strategi

Menjamu selera bersama petugas di bilik gerakan

Menerima kunjungan pimpinan PAS Negeri Sembilan di bilik gerakan




AMK Desak Ismail Sabri Tarik Balik Tuduhan Atau Hadapi Tindakan Undang-undang

Angkatan Muda Keadilan Malaysia mendesak Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) memohon maaf di atas perkataan samseng yang digunakan ke atas Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata Ismail Sabri diberi tempoh lima hari mengemukakan permohonan maaf dan menarik balik perkataan berkenaan.

Sekiranya Ismail berdegil, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang.

"Kita desak supaya beliau menarik perkataan samseng tersebut kerana dalam setiap pilihan raya kecil insiden samseng ini bukan merupakan budaya Keadilan.

"Kita desak Ismail Sabri untuk minta maaf kerana membuat gambaran bahawa parti kita parti yang ganas.

"Kita akan saman beliau ini kenyataan yang memalukan, ini parti yang ada undang-undang dan mengikut lunas perlembagaan dan hukum," katanya ketika dihubungi TV Antara sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan Sinar Harian hari ini. Ismail Sabri dilaporkan berkata Pas telah dipengaruhi oleh budaya samseng yang dibawa PKR.

Dalam laporan berkenaan Ismail berkata sejak Pas bersama-sama PKR mereka sering bertindak diluar batasan dengan mencemuh dan memaki hamun pemimpin.

Ismail berkata demikian merujuk kepada insiden beliau dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Azeez Abdul Rahman kononnya diserang oleh penyokong Pas di Bagan Pinang.

Menurut Shamsul insiden samseng sebenarnya dibawa oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ketika beliau menjadi Timbalan Ketua Pemuda.

"Pada kita ini soal maruah parti dan serangan ini merupakan serangan berbaur provokasi yang mengundang tindakan daripada pihak Keadilan.

"Insiden samseng dan ganas ini mula ditunjukkan oleh Khairy Jamaluddin dahulu ketika beliau menjadi Timbalan Pemuda Umno Barisan Nasional," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan dua pemimpin Umno berkenaan bahawa mereka diserang penyokong Pas sewaktu hari penamaan calon Shamsul berkata, beliau mencabar Ismail mengemukakan bukti dan saksi insiden berkenaan.

Katanya, ia merupakan provokasi yang sengaja dilakukan Umno-Barisan Nasional.

"Beliau diserang oleh sekumpulan penyokong yang katanya daripada Pas tetapi sehingga sekarang tiada bukti kukuh yang menunjukkan beliau diserang oleh orang Pas kerana provokasi-provokasi seperti ini adalah identiti Barisan Nasional.

"Mereka biasa dengan keadaan melakukan provokasi kemudian menuduh orang lain melakukan tindakan tersebut," katanya. -TVA

Sabtu, Oktober 03, 2009

Satu Lawan Satu di Bagan Pinang


Penamaan calon PRK Bagan Pinang berjalan lancar dengan calon PR dan calon BN mengemukakan borang pencalonan masing-masing. Walaupun calon bebas dikatakan akan menyertainya namun sehingga kini tidak ada mana-mana calon bebas yang menghantar borang pencalonan mereka.

Calon Bebas yang bercadang untuk bertanding, Shahruddin Abdul Hamid menghadapi masalah untuk menyerahkan borang pencalonannya semasa proses penamaan calon pagi ini. Hanya penyokong yang berasal dari DUN ini, pencadang bukan.

PR mencalonkan Zulkefly Mohamad Omar manakala BN mencalonkan Tan Sri Mohd Isa Smad sebagai calon. Pernamaan calon diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Segelintir Pemuda Umno yang sudah sampai di gigi bukit yang menempatkan pejabat MPPD memulakan perang mulut dengan segelintir penyokong PR yang masih belum bergerak menuju ke dewan penamaan itu.

Berlaku sedikit ketegangan di luar pusat penamaan calon berikutan kedua-dua pihak mula timbulkan provokasi. FRU kelihatan bergegas bagi mengawal keadaan. Mereka juga melaungkan 'hidup Isa', 'Isa pembela rakyat', 'Pertahankan hak Melayu, Kembalikan Isa ke Negeri Sembilan'.

Di pihak PR pula, kedengaran laungan 'rasuah...rasuah...', 'reformasi' sebagai respon balas balas kepada sorakan BN.


Jumaat, Oktober 02, 2009

Jadual Program Hari Penamaan Calon PRK N31 Bagan Pinang (3 Oktober 2009)

MAKLUMAN MEDIA
Tarikh: 2 Oktober 2009
Saudara-saudari, rakan-rakan media.

JADUAL PROGRAM HARI PENAMAAN CALON PILIHAN RAYA KECIL N31 BAGAN PINANG

Berikut adalah jadual program bagi hari penamaan calon PRK N31 Bagan Pinang.

Tarikh: 3hb. Oktober 2009 (Sabtu)
7.15 am
Berkumpul di tapak berhampiran Sek. Men. Dato’ Abdul Samad, Batu 2 Port Dickson

7.30 am
Solat & doa Hajat di tapak berhampiran Sek. Men. Dato’ Abdul Samad, Batu 2 Port Dickson

7.45 am
Perarakan bermula ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Majlis Daerah Port Dickson

8.00 am
Perarakan dijangka tiba di Majlis Daerah Port Dickson

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Setiausaha Kerja Pejabat Negeri Sembilan, Sdr. Mustafa Kamal di suk.negerisembilan@keadilanrakyat.org atau telefon 06-7677278/279.

Diharap pihak saudara/saudari dapat hadir untuk meliputi program ini.
Sekian, terima kasih.

Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri
Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan

Hanya 1,200 pengundi pos tinggal di Bagan Pinang

PAS mendakwa semakannya mendapati hanya 1,200 daripada 4,604 pengundi pos di DUN Bagan Pinang yang masih tinggal di situ.

Mereka terdiri daripada anggota tentera yang tinggal di Kem Seri Rusa - satu-satunya kem tentera dalam DUN Bagan Pinang.

Manakala yang lainnya merupakan mereka yang pencen atau yang telah berpindah atau berkhidmat di tempat lain, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

"(Bagan Pinang) antara DUN paling besar yang banyak undi pos, yang berdaftar sebanyak 4,604 orang.

"Tetapi semakan PAS sendiri, kita dapati yang benar-benar berada dalam kem Seri Rusa ini, hanya 1,200 orang, ini mengikut semakan kita.

"Maksudnya orang yang ada dalam kem tersebut. Senarainya ada 4,604 tetapi berdasarkan semakan kita ada 1,200 pengundi. Yang lainnya, sebahagian besarnya sudah bersara," kata Mustafa dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negera, pagi ini.

"Mengikut kaedah pilihanraya, yang tidak tinggal lagi dalam kem, sepatutnya dia mengundi sebagai pengundi biasa, sepatutnya begitulah.


Bersihkan senarai

"Tetapi nama dia masih lagi kekal dalam senarai. Sebahagian yang lain bukan duduk daripada kem Seri Rusa, DUN Bagan Pinang.

"Saya minta SPR, supaya pastikan apa yang boleh, bahawa orang yang tidak hadir, tidak layak mengundi.

"Waktu kertas undi diberikan, dia tidak hadir, seharusnya dia tidak boleh mengundi. Ini yang minta supaya ia dipastikan oleh SPR sendiri," katanya.

Menurut Mustafa, apa yang menjadi kebimbangan PAS ialah pengundi pos yang tidak berada dalam kem tersebut tetapi dibenarkan mengundi di situ.

"Saya boleh jangka bahawa SPR akan jawab siapa yang ada dalam senarai, maka dia sah sebagai pengundi.

"Tetapi sebagai satu persiapan dan peringatan kepada SPR supaya dia benar-benar nak pastikan daftar pemilih ini bersih, dia sendiri pastikan orang yang sebenarnya tidak ada, didaftarkan di mana dia berada," katanya

Ditanya sama ada pengundi yang bersara tinggal di kem tersebut, Mustafa berkata mereka memang tidak tinggal di kem tersebut.


Sudut undang-undang

"Mereka yang boleh tinggal di kem tersebut adalah pegawai dan kakitangan yang berkhidmat. Yang tidak berkhidmat, tidak boleh duduk situ," katanya.

Ditanya sama ada terdapat peruntukan undang-undang, sekiranya pengundi tidak meminta nama mereka dipindah, maka mereka tetap untuk mengundi di situ, Mustafa berkata:

"Dari sudut undang-undang, ya, yang itu saya tidak nafikan."

SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan nama pengundi buat masa sekarang mengikut undang-undang, sebaliknya memikirkan satu cara untuk membolehkan orang yang benar-benar layak mengundi adalah orang yang tinggal kem tersebut, tambah Mustafa.

Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar bekal berdepan dengan calon BN Tan Sri Isa Samad untuk merebut kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor.

Azman Mohamad Noor dari BN yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman menewaskan Ramli Ismail yang juga timbalan yang dipertua PAS kawasan Teluk Kemang yang mendapat 4,097 undi.

SPR juga menetapkan esok adalah hari penamaan calon, manakala 11 Oktober pula adalah hari pengundian.

Rabu, September 30, 2009

Hj. Zulkefly calon Pakatan di Bagan Pinang

Pakatan Rakyat mengumumkan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar, 45, sebagai calon yang mewakili PAS untuk bertanding pada PRK DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober ini. Ianya diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pusat Gerakan Induk DAP di Batu 9 Teluk Kemang malam tadi.

Turut berucap pada majlis tersebut Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR Azmin Ali. Antara pimpinan PAS yang turut hadir ialah Timbalan Presiden Ust Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali serta pimpinan PAS Negeri Sembilan.

Zulkefly merupakan lulusan Master Sains (UPM) dan Ijazah Komunikasi (UiTM) juga seorang ahli perniagaan. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan sejak 2007 lagi dan seorang profesional yang mampu mengangkat umat dan bangsa.



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...