BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya
Memaparkan catatan dengan label OIC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label OIC. Papar semua catatan

Isnin, Januari 05, 2009

Gaza; Pakatan Rakyat desak sidang khas Parlimen

Kuala Lumpur - Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) hari ini akan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendesak supaya diadakan sidang khas Parlimen untuk membahas dan membuat ketetapan mengenai serang kejam Israel ke atas Gaza.


Menurut Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, memorandum itu akan diserahkan kira-kira jam 11.00 pagi hari ini di Jabatan Perdana Menteri, di Putrajaya.


"Kita berharap Perdana Menteri selaku Pengerusi Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) akan mengambil tindakan yang lebih substantif mengenai perkara itu.


"Ketetapan Parlimen boleh membuka jalan kepada tindakan yang lebih bermakna dari negara ini bagi menentang serangan kejam itu dan membantu rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis yang kejam," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.


Beliau berharap ahli-ahli semua parti di dalam PR akan bersama-sama mengiringi ahli-ahli Parlimen PR itu menyerahkan memorandum tersebut.


Di Gaza, kereta kebal dan pasukan tentera Israel bertempur dengan pejuang Hamas hari ini dalam serangan darat yang dilancarkan oleh rejim Yahudi itu sejak lewat Sab tu lalu selepas lapan hari bedilan udara gagal menghentikan serangan roket ke atas negara Yahudi itu.


Lengkap dengan gogal penglihatan malam dan celoreng di muka, askar Zionis menceroboh Gaza lewat malam tadi dengan kemaraan kereta kebal dari empat pintu masuk selain dibantu oleh helikopter tempur.


Hamas memberi amaran bahawa pejuang-pejuangnya akan menjadikan Gaza sebagai tanah perkuburan Israel.

Timbalan Ketua Menteri bidas OIC 'peluk tubuh'

Georgetown - Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin membidas Persidangan Negara-negara Islam (OIC) yang tidak tegas langsung membantu tangani serangan Israel terhadap Palestin malahan sekadar melihat dan berpeluk tubuh.


Beliau menyelar OIC sampai saat ini belum bertindak sesuatu untuk membantu sumber kewangan khususnya bagi meringgankan kesenggsaraan Umat Islam di sana yang rata-ratanya daif.


"OIC hanya pandang saja dan tidak lagi menghulurkan bantuan sebagaimana yang diperlukan. Sikap inilah yang membuat Israel bertambah ghairah melakukan kekejaman kerana mereka tahu Umat Islam tidak satu hati, " ujarnya.


Menurut beliau lagi, keengganan Mesir dan Jordan membuka pintu sempadan kepada rakyat Palestin juga menjadi faktor utama kenapa Israel bersikap megah dan berani bertindak sedemikian rupa.


Beliau pasti rakyat Pulau Pinang juga tidak dapat menerima tindakan jahat dan bacul rejim Yahudi yang membunuh Umat Islam di saat-saat menjelangnya Maal Hijrah 1430 semata-mata kerana mahu memburu kepimpinan Hammas.


Bagi mencapai hasrat penentangan itu maka rakyat Pulau Pinang seharusnya memboikot semua barangan Amerika yang terang-terangan memberi keuntungan ekonomi pada Israel.


"Boikot barangan Amerika bererti membunuh ekonomi Israel maka laksanakanlah untuk menyelamatkan umat Islam di Palestin, " tegasnya yang juga Exco Hal Ehwal Agama, Pembangunan, Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Negeri Pulau Pinang.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...