BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Selasa, April 05, 2011

KEADILAN letak calon terbaik, BN tidak akan menang mudah

SIBU: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu tidak akan memberi kemenangan mudah kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya Sarawak yang akan berlangsung 16 April ini.

Menurut Anwar, KEADILAN meletakan calon terbaik untuk menggalas harapan rakyat bagi memastikan parti itu, bersama Pas dan Dap berjaya menawan Sarawak, sekaligus membawa perubahan besar melalui dasar pro rakyat di Bumi Kenyalang.

“Kita akan lakukan yang terbaik dan soal pemilihan calon, ia dibuat berlandaskan prinsip parti,” katanya dalam satu ceramah di Sibu malam tadi.

Dalam ceramah itu, Anwar turut mengulas mengenai kelewatan BN mengumumkan calonnya untuk bertanding di DUN Ba’kelalan kerana ketiadaan calon sesuai untuk berdepan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian yang disahkan bertanding di kawasan itu.

Difahamkan, isu tanah merupakan tumpuan utama pengundi di kawasan itu.

Semalam, KEADILAN mengumumkan  48 calon untuk bertanding di sebahagian kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak,  menampilkan sebanyak 40 peratus muka baru termasuk golongan muda.

Kesemuanya calon tersebut merupakan golongan profesional dan memiliki pelbagai latar belakang seperti doktor, peguam, ahli perniagaan, pensyarah dan tokoh masyarakat.

Pada pilihan raya kali ini, KEADILAN turut menawarkan seorang ahli perniagaan wanita, Suriati Abdullah untuk berdepan Ketua Menteri paling lama ‘beraja’ di Malaysia, Tan Sri Taib Mahmud.

Beliau dijangka mendapat sokongan padu pengundi Dun berkenaan yang  majoritinya adalah wanita yang sudah muak dengan kerakusan kuasa Taib memunggah harta kekayaan Sarawak.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...