BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Isnin, April 19, 2010

SNAP bersama Pakatan Rakyat di Sarawak

Pakatan Rakyat hari ini mencatatkan satu lagi sejarah apabila melebarkan sayapnya di Sarawak dengan penubuhan Pakatan Rakyat Sarawak secara rasmi yang diumumkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah mendapat persetujuan daripada KEADILAN, DAP, PAS dan SNAP.

Keputusan tersebut dicapai selepas mesyuarat tertutup yang di Sibu yang dihadiri oleh Anwar serta pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sarawak, Baru Bian dan juga seorang Naib Presiden SNAP.

Anwar berkata penubuhan Pakatan Rakyat Sarawak telah mendapat persetujuan oleh empat parti yang akan menjadi rakan kongsi dalam membawa perubahan senario politik Bumi Kenyalang itu.

"Keputusan mesyuarat hari ini kita telah mendapat persetujuan menubuhkan Pakatan Rakyat di Sarawak dan kita akan umumkan butiran lanjut dalam masa yang terdekat.

"Selain itu juga pada pilihan raya kecil di Sibu nanti kita telah bersetuju untuk meletakkan calon dari DAP bagi bertanding di situ.

"Saya juga akan menghantar surat rasmi kepada SNAP bagi menjemput parti itu menyertai Pakatan Rakyat," jelas Anwar kepada Suara Keadilan.

Anwar juga berkata Pakatan Rakyat pusat akan membantu jentera pilihan raya kecil di Sibu bagi memastikan kemenangan calonnya.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB