BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Selasa, April 20, 2010

Pencapaian Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor – Bahagian 1

Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dilancarkan dengan falsafah bahawa kekayaan negeri harus dinikmati oleh rakyat negeri.

*Bantuan air percuma sebanyak 20 meter padu – 1.5 juta meter individu pengguna mendapat manfaat daripada bantuan ini. RM 166.7 juta dibelanjakan.

*Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) – Anugerah kepada pelajar yang berjaya masuk ke universiti. 
RM1,000 untuk 7339 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (RM1,500 ke bawah) kelahiran Selangor terpilih masuk ke universiti.

*Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) – Insuran kepada bayi kelahiran Selangor sehingga umur 18 tahun. Mula dengan masukkan RM100. Terima RM1500 apabila berusia 18 tahun. 15,802 telah dilulus daftar dengan peruntukan RM1.34 juta.

* Skim mesra warga usia emasRM2,500 diberikan kepada warga tua dan golongan kurang upaya. (Tertakluk kepada tempat kelahiran dan status mastautin). 122 ribu dari lebih 300 ribu telah daftar dan 13,342 telah mendapat manfaat skim ini.

*Dana Pendidikan untuk anak Pekerja Ladang -Biasiswa kepada anak-anak pekerja ladang. 
Bantuan kewangan membina dan menyelenggara hostel untuk mereka. 130 orang mendapat manfaat dan berpeluang sambung belajar di INPENS.

*
Bantuan lain seperti pemberian geran tanah, rumah, insurans, cuti bersalin dan bantuan keusahawanan juga diberi.




Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...