BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Isnin, Jun 15, 2009

Pendemokrasian KeADILan: Ke Arah Merealisasikan Gagasan Ketuanan Rakyat

Oleh : YB Zulkifli Noordin


Hari Sabtu 19 Jamadil Akhir 1430/ 13 Jun 2009 adalah hari paling bersejarah dalam proses demokrasi dunia apabila Parti Keadilan Rakyat mengadakan Kongres Khas di Dewan Besar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Bangi bertujuan untuk melakukan rombakan besar-besaran kepada Perlembagaan parti dalam usaha mengadakan reformasi kepada sistem pemilihan kepimpinan parti.


Reformasi perlembagaan ini dibuat dalam usaha “merakyatkan pemilihan” sesuai dengan slogan “Ketuanan Rakyat” yang diperjuangkan oleh PKR.


Buat pertama kali dalam sejarah dunia demokrasi, PKR telah membuka proses pemilihan terus kepada akar umbi dimana kesemua jawatan utama kepimpinan parti daripada Presiden sehingga ahli Majlis Pimpinan Parti akan dipilih melalui pengundian oleh ahli akar umbi. Ini adalah parti politik pertama didunia yang memberikan ahlinya kuasa “satu ahli satu undi”. Secara langsung kepimpinan parti akan mencerminkan kehendak dan asipirasi sebenar rakyat bawahan dan ahli akar umbi.


Ini juga sekaligus memustahilkan keujudan politik wang kerana hampir mustahil seseorang calon mampu membiayai kos pengundian dengan membeli tiap ahli parti!


Bagi seseorang ahli yang mahu menawarkan diri untuk bertanding, tiada sistem kuota dikenakan sebagai penghalang. Sebaliknya sesiapa juga ahli berdaftar berhak menawarkan diri untuk dicalonkan dan bertanding apa-apa jawatan.


Bagi memastikan Presiden tidak terlalu berkuasa, maka semua jawatan lantikan ke Majlis Pimpinan Parti saperti Setiausaha Agong, Bendahari, Ketua Komunikasi tidak mempunyai kuasa mengundi didalam mesyuarat MPP walaupun berhak hadir sebagai ahli mesyuarat.


Begitu juga untuk memastikan suara wanita memainkan peranan penting dalam proses kepimpinan parti, maka perlembagaan memperuntukkan kuota 30% kerusi kepimpinan kepada kalangan wanita.


Hari ini merupakan titik tolak kepada satu permulaan sejarah baru politik kepartian bukan sahaja bagi negara ini tetapi juga dipentas antarabangsa.


Banyak pihak menunjukkan minat untuk melihat keberkesanan reformasi pemilihan kepimpinan yang dibuat oleh PKR. Moga reformasi ini akan menjadi suatu permulaan positif kepada pembangunan politik dalam negara. Semoga cita-cita mengembalikan kuasa rakyat ke tangan rakyat dan perjuangan memperkasakan rakyat dengan slogan “Ketuanan Rakyat” akan menjadi kenyataan.


Suara rakyat suara keramat.


Salam reformasi!










Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB