BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Selasa, Jun 16, 2009

1 Ogos : Perhimpunan Mega Prostes Akta ISA


Tanggal 1 Ogos bukan sahaja menyaksikan sambutan ulang tahun ke 49 perlaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA bahkan serentak tarikh itu satu perhimpunan besar memprotes akta zalim itu akan diadakan di ibu negara, Kuala Lumpur.


Perhimpunan mega ini, pada asalnya dijadualkan berlangsung sebaik sahaja demonstrasi membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) 7 Mac lepas, selesai.


Demonstrasi membantah PPSMI yang dikepalai Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, menarik kira-kira 8,000 penyokong dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan.


Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang disertai lebih 80 NGO dan parti pembangkang bertindak menangguhkan perhimpunan itu atas beberapa alasan antaranya berlangsungnya pilihanraya kecil serentak di tiga kawasan melibatkan Parlimen Bukit Gantang, Perak, DUN Bukit Selambau, Kedah dan DUN Batang Aii, Sarawak.


Datuk Seri Najib Razak, sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keenam, berikrar ingin menyemak kembali ISA yang terus-menerus menjadi bahan kritikan NGO dan pembangkang.


Bagaimanapun sehingga kini tiada langkah konkrit diumumkan.




Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB