BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Ahad, November 16, 2008

Tradisi diteruskan...


Bandar Tasek Mutiara - Majlis berkhatan secara berkumpulan bukan sahaja dijalankan di kampung-kampung, malah ia turut diamalkan di kawasan penempatan taman perumahan. Ia juga mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan penduduk setempat.

Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Bandar Tasek Mutiara dan melibatkan 3 hospital iaitu Hospital Sungai Bakap, Hospital Bukit Mertajam dan Hospital Kulim.

Menurut pengelola program tersebut, Ustaz Mohd Anur bin Hussien, ini merupakan tahun yang ke-2 majlis berkhatan diadakan dan seramai 33 orang menyertainya.

Hadir sama di dalam majlis tersebut ialah ADUN Sg. Bakap, YB Tuan Haji Maktar bin Haji Shapee dan Ahli Majlis MPSP, Haji Mohd Kamil Abu Bakar serta Setiausaha BKMPP, En. Md Arof Yahya.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB