BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Ahad, November 09, 2008

Pembinaan Jambatan Kedua diteruskan

Batu Maung - Ketua Menteri, YAB Lim Guan Eng telah merasmikan jeti sementara CHEC (China Harbour Engineering Company) seterusnya menyaksikan majlis penyerahan tapak projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang daripada Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) kepada CHEC di tapak pembinaannya.

Jambatan Kedua yang sebelum ini pembinaannya terbantut akibat daripada diskriminasi Kerajaan Persekutuan, kini diteruskan apabila kesediaan China menyediakan pinjaman mudah bernilai hampir RM2.4 bilion bagi membiayai pembinaannya melalui China Exim Bank.

Beliau berkata pembinaan tersebut akan menjadi tanda hubungan erat yang sedia terjalin antara Malaysia dan China disamping jalinan hubungan diantara rakyat Pulau Pinang dengan Kerajaan Persekutuan.

"Kita boleh bersatu padu di bawah panji keamanan. Kemudahan ini akan dapat dinikmati oleh semua rakyat demi menjamin kesejahteraan hidup. Jambatan ini juga boleh menjadi landasan agar kita dapat memupuk semangat perpaduan untuk semua penduduk dunia." ujarnya ketika berucap di majlis tersebut.

Menurutnya, projek itu akan dapat merangsang pertumbuhan ekonomi, terutama dalam sektor perindustrian. Ia akan memberi laluan terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dan dapat mengurangkan kesesakan lalulintas di atas jambatan sedia ada.

"Ini adalah detik bersejarah kepada Pulau Pinang dan rakyatnya. Jambatan Kedua ini adalah sesuatu yang amat bermakna kepada 1.5 juta penduduk negeri ini. Saya berharap ia dapat disiapkan mengikut jadual iaitu penghujung 2011. Kerajaan Negeri komited untuk memberi bantuan dan kerjasama kepada syarikat yang terbabit agar semua proses pembinaan berjalan lancar." tambahnya lagi.

CHEC adalah syarikat dari China yang diberi kontrak melaksanakan separuh daripada kerja pembinaan iaitu untuk memasang struktur dan tiang utama serta bahagian bawah jambatan.

Hadir sama di dalam majlis tersebut, Pengarah Urusan CHEC, Sun Ziyu dan Pengarah Urusan JKSB, Tan Sri Zaini Omar.

Proses tender jika UEM tolak tawaran

JKSB akan melaksanakan tender terhad atau tender terbuka untuk proses membina sebahagian daripada Jambatan Kedua seandainya UEM Builders Sdn. Bhd menolak tawaran membina jambatan sepanjang 23 kilometer bersama China Harbour Engineering Company (CHEC).

Pengarah Urusan JKSB, Tan Sri Zaini Omar berkata UEM Builders dijangka memberi jawapan minggu depan. Beliau menjangkakan UEM Builders akan menerima tawaran tersebut.

UEM Builders telah ditawarkan kontrak bernilai RM1.35 bilion.

Menurutnya, pilihan pertama pihaknya ialah melaksanakan tender terhad kerana ia lebih menjimatkan masa kerana dapat mengenal pasti kontraktor yang berkelayakan sahaja untuk perbincangan lanjut.

"Jika tidak, kami akan meneruskan dangan tender terbuka yang mungkin mengambil masa yang lebih panjang." katanya.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB