BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya
Memaparkan catatan dengan label Tanjong Tokong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tanjong Tokong. Papar semua catatan

Isnin, September 14, 2009

Tanjung Tokong menyusul...














KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN


PENDUDUK TANJONG TOKONG MULAKAN KEMPEN “SELAMATKAN TANJUNG TOKONG”

Terjemahan Oleh : Amiruddin Ahmad

Penduduk kampong Tanjong Tokong yang mendakwa bahawa mereka adalah antara terawal yang mendiami Pulau Pinang telah memulakan kempen mereka bagi mengekalkan suasana kampong di Pulau Pinang.

Keatuan Penduduk kampong Tanjong Tokong yang berdaftar dengan mempunyai 500 ahli telah melancarkan langkah pertama mereka dengan meminta tandatangan bagi seluruh negara bagi mendapatkan sokongan dari seluruh masyarakat Malaysia bagi mengekalkan keadaan di kampong tersebut.

Menurut penduduk kampong tersebut , mereka berazam bagi mendapatkan tandatangan 3000 orang dengan sokongan dari berbagai NGO’s tempatan dalam usaha menjaga warisan kampong itu.

Keduanya, mereka juga akan mengemukakan kepada pihak UDA berkaitan dengan semua bentuk risalah,serta dokumen yang berkaitan dengan politik dan juga sejarah dimana ianya akan dapat dijadikan sebagai satu cntoh agar pihak UDA memahaminya.Begitu juga mereka akan mengemukakan sejumlah tuntutan yang sepatutnya diterima penduduk jika mereka di paksa untuk berpindah dari kampong tersebut.

Menurut pengerusi bertindak Mohd Salleh Yahaya, berliau berkata bahawa ,perkara penting yang menjadi keutamaannya mereka ialah mengekalkan kebudayaan dan juga kependudukan sebagai sebuah perkampongan Melayu dan diiktiraf sebagai sebuah kampung Melayu yang kekal di Pulau Pinang.

Sejak UDA menyatakan bahawa penduduk di kampong tersebut tinggal di tanah setinggan , semua penduduk merasakan bahawa mereka kehilangan hak mereka di atas tanah sendiri.

“Kami telah kehilangan hak kami, pada hal kami adalah penduduk asal di kampong ini setelah ianya di katakan kami ini adalah setinggan oleh UDA”

“Kerajaan Persekutuan harus memberikan satu keyataan bahawa kampung ini adalah hak penduduk Melayu Tanjong Tokong dan ianya menjadi hak kami untuk tinggal di sini” , demikian jelas beliau lagi.

Merujuk kepada apa yang terjadi kepada perkampung asal penduduk kampong Buah Pala dan apa yang terjadi kini , maka jelaslah tidak ada mana-mana pihak pun baik kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang mahu bertanggungjawab bagi membantu penduduk di Pulau Pinang.

Beliau menyatakan demikian di mana pekampungan yang di iktiraf oleh kerajaan negeri seperti perkampungan nelayan kaum Cina di Bang Laud an juga Jetti kongsi kaum Cina di iktiraf.Adakah ini diiktiraf sedangkan kampung Buah Pala dan kampung Melayu tanjong Tokong di ketepikan???soalnya lagi

“Kita hanya akan dapat mengekalkan keadaan ini apabila kerajaan persekutuan mengeluarkan kenyataan bahawa kampung ini adalah kampong yang menjadi perkampung tradisional yang menjadi lambang budaya masyarakt Melayu”; jelas Mohd Salleh lagi.

Selepas mendapatkan tandatangan dalam jagkamasa l sebuan ini , mereka akan membawa semua maklumat dan bukti untuk bertemu dengan Rais Yatim, menteri yang bertanggungjawab bagi menjaga kepentingan kebudayaan dan kesenian negara.

Kampung Melayu Tanjung Tokong dianggarkan mempunyai 24 ekar tanah dengan 3000 buah rumah , termasuk 30 buah rumah setinggan yang tidak mempunyai nombor rumah , dan mempunyai 6000 penduduk.Namun dengan pemecahan yang dilakukan UDA , mereka hanya mengiktiraf sebanyak 1,026 keluarga sahaja.

Namun menurut setiausaha kampong tersebut, Wahab Sini Ibramsa berkata bahawa persatuan itu mendapati bahawa sebanyak 500 nama penduduk kampong ini telah di hilang sebagai pemilik tanah.

“Kami akan menyenaraikan dan menjelaskan kepada pihak yang berkenaan dengan bantuan pelajar Universiti sains Malaysia untuk membetulkan senarai nama dan pemilik tanah asal di dalam kampung ini".beliau menyatakan dalam sidang akhbar beliau.

Seorang aktivis dalam bidang social dan juga kajian serta analysis mengenai perkampungan Melayu Wazir Jahan Karim mendapati bahawa pihak berkuasa mempunyai satu sikap iaitu tidak mahu mengekalkan perkampungan ini kononnya ianya tidak terurus dan sanggup membina penempatan asing yang lebih terurus Cuma untuk menempatkan pelancong.Beliau juga menyatakan demikian dengan menjelaskan bahawa ianya kini terjadi di Pangkor,Langkawi Tioman dan Pulau Pinang.

Sejarah telah membuktikan bahawa Kampung Melayu Tanjong Tokong adalah sebuah perkampungan yang tertua dan mengekalkan kebudayaan Melayu dalam negeri ini.

Sebuah buku yang berjudul “Penang Lama” menjelaskan kampong Melayu tersebut wujud sejak 200 tahun dahulu sebelum kedatangan Inggeris iaitu Sir Francis Light pada tahun 1786.


Namun dalam afidavit yang di kemukakan oleh UDA, jelas menyatakan bahawa penduduk kampong ini adalah setinggan.Menurut mereka lagi pihak penduduk kampung telah menghantar surat ke pejabat Perdana Menteri sejak November lalu menuntut agar pihak Kerajaan Persekutuan mengktiraf kampong Melayu Tanjong Tokong adalah perkampung Tradisional Melayu.

Namun menurut Mohd Salleh Perdana Menteri DS Najib Riazak tidak pernah menjawab perkara tersebut sehingga kini.

Kerajaan terdahulu yang di ketuai oleh Barisan Nasional telah mengeluarkan kenyataan bahawa perkampungan yang mempunyai 64 ekar ini di pajak kepada kepada pihak UDA pada tahun 1974 dulu dalam usaha untuk pembanggunan semula perkampungan ini.Ianya bertujuan untuk menyusun semula kaum Melayu di Pulau Pinang dimana ianya di rancang oleh bekas perdana menteri Tun Abdul razak , bapa kepada DS Najib Tun Razak.

Beberapa tahun lepas , kerajaan Bn juga telah memberikan hak kepada UDA kawasan berdekatan seluas 54 ekar lagi bagi membangunkan penempatan.Menurut Mohd Salleh. Dalam piolisi ini juga penduduk mestilah di pindahkan, dimajukan bersesuaian dengan era pembanggunan tempatan, namun usaha ini gagal di lakukan oleh UDA.

Pihak UDA dijangka akan membina 650 unit bungalow dan juga rumah kos rendah di tanah seluas 40 hektar dan menyusun semula penduduk , yang mana ianya bukan pemilik tanah tersebut.Pihak UDA juga katanya membina apartment kos sederhana dan terbuka kepada sesiapa yang mahu membelinya.

“semua bentuk perumahan yang akan di bina adalah untuk kepentingan pemaju dan juga keuntungan dan bukan untuk penduduk kampong ini” demikian jelas Mohd salleh.

Pihak UDA menawarkan kepada penduduk kampong sebuah unit rumah flat kepada penduduk’ demikian jelas beliau lagi

Dalam hal ini kepada siapakah penduduk kampung Tanjong Tokong akan merayu kerana dengan apa yang berlaku kepada penduk kampung Buah Pala, harapan mereka tidak kemana.


Ahad, September 13, 2009

UDA - Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi..Kg Melayu Tg Tokong diambang kemusnahan.


Penduduk Kampung Tanjong Tokong menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pemaju, UDA Holdings Berhad yang telah mengistiharkan rumah-rumah penduduk kampung sebagai setinggan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Tanjong Tokong, Mohd Salleh Yahya berkata, persatuan penduduk kampung nekad untuk mendapatkan semula hak-hak sebagai pemilik tanah.

“Masalah yang belum selesai selama penglibatan UDA 35 tahun di kampung ini. Pertama pihak UDA tidak dapat menyempurnakan projek pembangunan semula Tanjung Tokong dalam jangka masa tiga dekad. "

“Keduanya sepanjang penglibatan UDA di dalam kampung telah mengistiharkan dan mengklasifikasikan semua penempatan penduduk termasuk yang bernombor adalah penempatan setinggan,” katanya.

Jelas Salleh, UDA yang merupakan salah satu agensi penempatan semula bagi kaum Melayu di bandar terutamanya Pulau Pinang tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik apabila menghentikan projek pembangunan kampung selama hampir dua dekad bermula dari tahun 1990 sehingga 2008.

Beliau mengingatkan semua pihak bahawa pembangunan di perkampungan ini harus dibuat atas dasar sosial dan kemasyarakatan dan bukan keuntungan komersil semata-mata.

Ini kerana perkampungan ini dibangunkan menerusi peruntukan langsung dari kerajaan pusat dan bukannya menerusi UDA Holdings yang lebih menjurus ke arah komersial.

Salleh menjelaskan status setinggan yang diklasifikasikan oleh UDA itu telah menyebabkan penduduk di kawasan tersebut tidak mempunyai apa-apa hak lagi.

Walhal, kata Salleh, tanah yang seluas 54 ekar itu diperolehi atas nama pembangunan semula Tanjung Tokong.

Daripada 300 buah rumah, 270 daripadanya mempunyai nombor rumah sendiri manakala 30 buah rumah lagi tidak mempunyai nombor.

“Sebagai setinggan kami tidak mempunyai apa-apa hak lagi ke atas rumah yang kami duduki. Oleh itu, kami merayu kepada pemilik rumah bernombor untuk mempertahankan hak mereka dengan cara menjadikan Tanjung Tokong sebagai zon warisan Melayu di Pulau Pinang.

“Jadi kita merayu kepada menteri yang bertanggungjawab tentang UDA Holdings dapat membuat keputusan yang jelas tentang pembangunan kerana rekod 35 tahun pihak UDA tidak dapat menyelesaikannya, kampung ini terbiar dan bilangan yang tidak mempunyai rumah mencecah hampir 1000 kali kerana tidak ada penyelesaian masalah dan tidak ada projek sepanjang 20 tahun,” katanya.

Kampung Tanjong Tokong telah wujud di Tanjung Tokong selama lebih daripada 200 tahun di Pulau Pinang sebelum kedatangan Francis Light.

Penduduk kampung tersebut pernah memohon bagi mendapatkan bantuan daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat untuk mendapat balik tanah ini daripada UDA Holdings.

Surat aduan telah dihantar berulang kali sejak tahun 2006 kepada Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi tiada sebarang jawapan.

Bagi Salleh, projek segera bagi menyelesaikan masalah penduduk juga harus dibuat di kawasan baru dan bukannya di kampung asal iaitu Kampung Tanjong Tokong.

Beliau mendakwa UDA Holdings pernah berjanji dengan penduduk untuk memberikan surat pampasan sah dan mempamerkan pelan pembangunan keseluruhan Tanjung Tokong di pejabat cawangannya di Prima Tanjung.

“Tanpa sebarang perjanjian yang diikat antara pemaju dan penduduk, pihak UDA Holdings tidak mempunyai apa-apa ganti rugi dan pampasan sama ada berbentuk kewangan atau pun rumah ganti ke atas rumah-rumah penduduk.

“Persis seperti skandal tanah Kampung Buah Pala, tawaran yang dijanjikan kepada penduduk sememangnya lumayan tetapi tiada perjanjian secara hitam putih dibuat melalui kedua-dua pihak,” katanya.



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...