BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT

BUKU JINGGA - AGENDA PAKATAN RAKYAT
Klik pada imej untuk membaca kandungannya

Isnin, Februari 02, 2009

Mohd Nizar mengadap Sultan Perak, SPR dimaklumkan

Kuala Lumpur - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengadap Sultan Perak pada kira-kira pukul 10 pagi tadi di Istana Kinta memaklumkan perletakan jawatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering).

Dalam pada itu Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf ketika dihubungi mstar online mengesahkan beliau sudah dimaklumkan oleh Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak, Ahmad Adli Abdullah bahawa telah menerima notis kekosongan daripada Speaker.


Malah, kata beliau, Pejabat Pilihan Raya Perak juga ada menerima surat daripada dua Ahli Dewan Undangan Negeri yang dikatakan telah mengosongkan kerusi masing-masing.


Pengarah Pilihan Raya Perak, Ahmad Adli Abdullah mengesahkan ada menerima notis kekosongan dan salinan surat daripada kedua-dua ADUN berkenaan.


Bagaimanapun Abdul Aziz tidak menyatakan kandungan surat kedua-dua ADUN berkenaan.


"Esok kami akan mengadakan mesyuarat dan melihat kandungan surat itu," kata beliau tengah hari tadi.


Dalam pada itu, bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika dihubungi mStar Online memberitahu, mengikut perundangan pilihan raya, sebaik sahaja notis kekosongan diterima daripada Speaker, pilihan raya kecil wajar diadakan.


Mengikut skop perundangan, kata beliau, SPR perlu menerima langkah Speaker mengumumkan kekosongan yang tidak boleh dicabar atau diketepikan.


"Mengikut undang-undang (Perlembagaan negeri dan persekutuan), SPR perlu menghormati notis pengesahan kekosongan dan mengadakan pilihan raya kecil dengan sewajarnya (dalam 60 hari)," kata beliau yang juga bekas Setiausaha SPR.



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...

ARKIB